Anda di halaman 1dari 2

Sesetengah pihak beranggapan bahawa semua yang menentang British adalah

pejuang kemerdekaan. Buktikan kebenarannya.

Choose ONE

YA.
1. Ya, hal ini adalah kerana askar melayu yang menentang British adalah
pejuang kemerdekaan termasuk polis. Begitu juga dengan Home Guard dan
Special Constable.
(SC) yang menjaga keselamatan kampong ketikan zaman darurat.
2. Golongan melayu kiri yang berjuang menentang British merupakan pejuang
kemerdekaan seperti AWAS, PETA, PKMM, BATAS dan API. Selain itu
Kesatuan Melayu Mudu (KMM) juga merupakan pejuang kemerdekaan.
3. Semua tokoh tanah air yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar campur tangan
British dianggap pejuang kemerdekaan seperti Dato Maharajalela, Dato
Bahaman, Mat Saleh, Rentap dan lain-lain. Semua yang berjuang atau sesiapa
sahaja yang ingin membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan British.
4. PKM turut dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka turut terkorban
dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Begitu juga dengan
Force 136, MPAJA dan Askar Wataniah yang dianggap pejuang kemerdekaan
kerana menentang Jepun.
5. Raja-raja Melayu yang menentang British dianggap pejuang kmerdekaan
seperti Sultan Abdullah dan Sultan Ismail dari Perak. Selain itu, sultan-sultan
melayu seoerti Sultan Kedan dan Sultan Perak atau sesiapa sahaja yang
menentang Gagasan Malayan Union dianggap perjuangan kemerdekaan.

TIDAK.
1. Tidak, hal ini adalah kerana PKM yang berjuang menentang British
kerana ingin menubuhkan Negara komnis di bawah Comintem (Komunis
Antrabangsa). PKM juga membunuh penduduk tempatan yang enggan
bekerjasama dengan mereka menyebabkan ramai anggota keselamatan
terkorban dalam pertempuran. Mereka tidak boleh dianggap sebagai
pejuang kerana mereka menerukan taktik ganas walaupun selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan dengan melakukan kerosakan terhadap
ladang-ladang, rumah, balai polis, kemudahan awam dan lain-lain. PKM
juga mahu menjadikan Tanah Melayu milik mereka secaa mutlak.
2. MPAJA juga dikenali sebagai bintang tiga telah memulakan aktiviti
perkauman dan kezaliman mereka khasnya ke atas orang melayu yang
diannggap bersekongkol dengan pihak Jepun.
3. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipengaruhi oleh PKM,
lebih cenderung menganjurkan agar Tanah Melayu menyertai Indnesia
bagi mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1949.
4. Orang Melayu yang berjuang dalam PKM dianggap bukan pejuang
kemerdekaan kerana mereka turut terlibat dalam pertempuran dengan
anggota keselamatan.
5. Akhir sekali, pihak yang memperjuangkan konsep Melayu Raya bersama-
sama Indonesia dan pihak yang menyokong gagasan Malayan Union
dianggap bukan pejuang kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai