Anda di halaman 1dari 10

Eksplorasi : Diskriminasi Gender Di Malaysia dan Negara di Rantau Asia.

Definisi Diskriminasi Gender a. Diskriminasi Diskriminasi yang berasal dari perkataan Latin, dis yang membawa maksud memisahkan dan crimen pula bererti dipisahkan berdasarkan suatu petimbangan yang mempunyai positif dan negatif. Diskriminasi adalah suatu istilah yang member erti penegasan dalam perbezaan gender atas dasar suatu nilai. b. Gender Gender adalah perbezaan lelaki dan wanita yang dilihat dari aspek sosial budaya (Elaine Showalter (ed.) 1989: 3) dan juga dijadikan sebagai konsep analisis yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu (Nasaruddin Umar, 1999:4). Menurut Womens Studies Encyclopedia pula gender adalah suatu konsep budaya yang digunakan untuk membezakan peranan, perilaku, mentality dan karakteristik emosional antara lelaki dan wanita (Siti Musdah Mulia, 2004:4) c. Diskriminasi Gender Diskriminasi gender merujuk kepada bentuk ketidakadilan terhadap individu tertentu di mana bentuk layanannya yang bias terhadap karakteristik seseorang individu. Diskriminasi seringkali berlaku dalam kalangan masyarakat serata dunia. Sebagai contoh, seseorang individu dilayan atau diperlakukan secara tidak adil berdasarkan berlainan jantina, ras, agama dan kepercayaan, aliran politik, keadaan fizikal dan warna kulit. d. Apakah perbezaan antara istilah seks dan gender dalam kerangka yang dikemukan oleh Persatuan Badan Bersatu (PBB)? Seks adalah perbezaan yang ketara yang dapat dilihat secara fitrah dan secara biologi di antara lelaki dan wanita. Gender pula adalah peranan sosial yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita dalam suatu budaya dan masyarakat. Gender boleh terbentuk dengan dipengaruhi oleh satu proses

sosialisasi yang kompleks dan mungkin berbeza-beza mengikut adat dan budaya. Memandangkan gender ini boleh diubah, maka ianya boleh dibentuk semula untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan saksama antara lelaki dan wanita. Diskriminasi Gender dalam Kehidupan Seharian Pelajar lelaki seringkali mendapat peluang yang lebih baik berbanding pelajar perempuan di mana ia merupakan salah satu diskriminasi terhadap gender. Hal ini kerana sesetengah masyarakat beranggapan pelajar perempuan tidak mempunyai keyakinan ataupun ketegasan seperti yang dimiliki oleh pelajar lelaki. a. Faktor i) Kedudukan perempuan subordinat dalam sosial dan budaya. o Perempuan emosional dan tidak boleh memimpin. o Perempuan tidak perlu bersekolah tinggi hanya perlu ke dapur menguruskan keluarga. o Angkatan Tentera dan Polis : jawatan wanita yang bekerja dalam uniform ini tidak setaraf dengan lelaki di mana ketidakadilan berlaku. o Hanya perlu bekerja di kilang canting batik atau menjadi buruh kain. o Hanya mendapat upah yang lebih murah berbanding lelaki. ii) Stereotaip terhadap perempuan. o Perempuan bersolek untuk memikat lelaki. o Lemah dari segi fizikal dan intelektual. o Tugas wanita hanya perlu melayan suami di rumah. o Golongan lelaki dianggap pencari nafkah yang utama. iii) Tahap pendidikan perempuan rendah o Nilai ekonomi anak lelaki lebih tinggi daripada anak perempuan. o Pendidikan yang dimiliki oleh anak perempuan adalah minimum. b. Langkah i) Pendidikan

Pendidikan merupakan kunci utama yang membolehkan golongan wanita untuk berdikari. Ia bukan sahaja mempunya kapasiti untuk memperkasa golongan wanita bahkan juga dapat memajukan hak-hak golongan wanita.

ii)

Memperkasa dengan penggunaan maklumat

Berkongsi maklumat serta pengalaman-pengalaman mereka dengan kaum wanita yang lain. hal ini penting untuk membuka minda golongan ini kepada pelbagai jenis isu dan juga kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang telah diketahui. Pendekatan terhadap Kesamaan Gender Terdapat tiga kaedah terhadap kesamaan gender : 1. Kaedah formal / persamaan Melalui kaedah ini, golongan lelaki dan wanita akan dilayan sama rata di mana golongan ini akan dianggap sama tanpa mengambilkira perbezaan biologi atau gender antara kedua-dua golongan ini. Namun begitu, kaedah ini telah membebankan golongan wanita. Hal ini kerana kaedah ini merupak kaedah yang buta gender di mana golongan wanita terpaksa mengikut standard lelaki walaupun keadaan sosial dan ekonomi mereka adalah berbeza. 2. Kaedah melindungi Kaedah ini pula mengiktiraf perbezaan antara golongan lelaki dan wanita dengan menghalang golongn wanita melibatkan diri dalam beberapa bidang yang boleh menggugat keselamatan dengan alasan untuk melindungi mereka. Meskipun kaedah ini memberi pandangan yang positif namun begitu ianya berasaskan nilai gender yang negatif terhadap wanita di mana mereka mengandaikan mereka adalah golongan yang lemah yang perlu dilindungi. 3. Kaedah persamaan substantif Kaedah ini telah mengiktiraf perbezaan antara golongan lelaki dan wanita tetapi telah membei penekanan di mana perlu ada persamaan antara mereka. CEDAW menggunakan kaedah ini di mana ia memerlukan penghasilan yang sama bukan layanan yang sama. Persamaan yang telah dituntut adalah peluang dan pencapaian yang sama dan hasil yang sama.

Kepentingan Kesamaan Gender Ada tiga sebab mengapa gender dan kesamaan gender penting dalam pembangunan : 1. Ketaksamaan gender merupakan ketidaksamaan yang selalu didapati di seluruh masyarakat serata dunia. 2. Ketidaksamaan gender boleh berlaku dalam suatu masyarakat tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi iaitu sama ada dalam kumpulan yang kaya, miskin, bangsa yang dominan atau bangsa yang dianggap bawahan. 3. Wanita mempunyai tanggungjawab dalam aktiviti ekonomi dan penjagaan manusia. Maka ianya perlu ada satu kesepaduan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan manusia. Wanita seringkali menjadi mangsa utama jika kedua-dua perkara ini bercelaru dan bertentangan. Kajian Kes Guru sandaran menang kes diskriminasi 1. Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal. 2. Sehubungan itu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf memerintahkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan adalah tertakluk kepada Perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW)- yang ditandatangani Malaysia pada tahun 1995. 3. NONE"Hakim berkata CEDAW adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya, kata peguam Honey Tan. 4. Norfadilla Ahmad Saikin, 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula sebagai tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan.

5. Wanita itu diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi ini dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung. 6. Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden. 7. Hakim turut memerintahkan bahawa semua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga arikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh semua defendan kepada plaintif. 8. Peguam Edmund Bon yang mewakili Noorfadilla ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81. 9. Konvensyen itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum. 10. Bon berkata Hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan. 11. Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla berkata beliau menghadiri temuduga pada 2 Jan 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan. 12. Menurut Noorfadilla beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan GSTT melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat. 13. Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut

mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain. 14. Noorfadilla berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai GSTT kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti ko-kurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain. 15. Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai GSTT. 16. honey tan in pregnant teacher case Sehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955. 17. Selain Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam. Isu Diskriminasi Gender 1. Isu Diskriminasi Gender dalam Pekerjaan. Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek agihan pendapatan dalam kalangan pekerja lelaki dan pekerja wanita. Meskipun kerajaan telah mengambil langkah dengan memberikan bayaran gaji yang sama rata mengikut jawatan namun perkara ini tidak berlaku dalam organisasi swasta. Kebiasaannya, pekerja lelaki akan diberi pendapatan yang lebih berbanding pekerja wanita. Hal ini dapat dilihat dalam sektor perkilangan. Hal ini disebabkan oleh anggapan pihak organisasi di mana pekerja lelaki membuat kerja-kerja yang berat berbanding dengan pekerja wanita meskipun mereka memegang jawatan yang sama iaitu operator pengeluaran yang melakukan bidang tugas yang sama. Selain itu, diskriminasi juga wujud dalam pembahagian jawatan yang tertentu. Walaupun terdapat peningkatan dari segi bilangan pekerja wanita yang menjawat jawatan professional dan pengurusan, tetapi had sekatan

terhadap mereka tetap wujud. Golongan wanita dianggap lemah dan emosi menyebabkan mereka tidak dibenarkan memegang jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi. Malahan pekerja wanita yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan berpengetahuan tinggi mengenai pengurusan seringkali tidak diendah oleh pihak organisasi yang gemar memilih pekerja lelaki yang tidak berkemahiran. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana gender bukanlah sesuatu isu yang besar untuk dipersoalkan dalam memilih pekerja wanita untuk menjawat jawatan yang tinggi. Polisi sesebuah organisasi juga turut menimbulkan diskriminasi dalam kalangan pekerja wanita. Sesetengah organisasi yang mengutamakan kecantikan fizikal seseorang pekerja wanita untuk terus bekerja di organisasi tersebut. Sebagai contoh, industry penerbangan negara Malaysia masih mengamalkan diskriminasi terhadap wanita kerana meletakkan terma

kecantikan paras rupa dalam pengambilan krew kabin wanita. Selain penampilan fizikal, diskriminasi gender turut berlaku melalui polisi terhadap wanita yang telah berkahwin, hamil, berat badan, umur persaraan, kenaikan pangkat dan keperluan perubatan. Malaysia Berdasarkan laporan Berita Minggu, satu kes diskriminasi gender telah dilaporkan mengenai diskriminasi gender yang berlaku di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mana telah menetapkan supaya pramugari hanya dibenarkan mempunyai dua anak serta had umur persaraan pada usia 45 tahun. Beatrice Fernandez merupakan pramugari MAS yang dipecat kerana hamil dan enggan meletakkan jawatan bersesuaian dengan Persetujuan Bersama (CA) antara syarikat dan kakitangan yang mensyaratkan pramugari hamil perlu meletak jawatan atau membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian. (Berita Minggu, 13 Mac 2005). China Untuk menjamin hak kerja kaum wanita, badan kerajaan China sentiasa melaksanakan peraturan dan undang-undang seperti Undang-undang Kerja, melarang diskriminasi jantina dalam kerja pengambilan kerja, menjamin kaum

wanita menikmati hak pembahagian modal, teknologi dan faktor produksi lain secara sama rata dengan kaum lelaki, menjamin kaum wanita dan kaum lelaki memperoleh jumlah gaji yang sama dalam kerja yang sama, memperkecilkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum wanita dengan kaum lelaki, memperbanyakkan cara bekerja kaum wanita, mempertimbangkan keperluan wanita dalam proses pembangunan ekonomi dan penyusunan semula struktur perusahaan, mengembangkan perusahaan perkhidmatan untuk memberi peluang kerja baru kepada kaum wanita, melaksanakan dasar perlindungan bekerja pekerja wanita, membimbing pelbagai perusahaan atau syarikat memasukan peraturan perlindungan bekerja pekerja wanita ke dalam kontrak bekerja dan kontrak kolektif, melindungi pekerja wanita pada masa haid, hamil, kelahiran dan menyusui bayi. Kaum wanita di desa juga akan menikmati hak secara sama rata dengan kaum lelaki seperti hak tanah berkontrak, hak produksi dan urus niaga, hak pembahagian tanah rumah persendirian, bayaran pampasan tanah, bayaran saham dan lain-lain. Di samping itu, penyediaan pelbagai latihan kepada tenaga kerja lebihan kaum wanita di desa untuk membantu mereka bekerja di tempat yang bukan menghasilkan barangan pertanian. 2. Isu Diskriminasi Gender dalam Sukan. Wanita sering dipandang rendah oleh masyarakat terutamanya jika golongan ini menyertai suatu pertandingan yang bersifat maskulin. Golongan ini dikatakan tidak berkelayakan untuk menyertainya meskipun mereka

mempunya bakat. Malaysia Roshini Muniam seorang siswazah dari Universiti Malaya merupakan satusatunya peserta wanita yang berjaya melayakkan diri ke pringkat lima peserta akhir di mana Roshini telah mengatasi 10 peserta yang lain dalam Pertandingan Axe Malayia. Pertandingan tersebut diadakan untuk mencari wakil Malaysia ke kem angkasa lepas di Florida di mana pertandingan ini yang disertai oleh 150 buah negara yang akan bersaing untuk merebut peluang ke ruang angkasa.

India India telah memperoleh 54 pingat dalam Sukan Asia Doha 2006 tetapi telah diarahkan untuk memulangkan sebutir pingat. Hal ini kerana seorang atlet 800 meter, S. Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gender semasa sukan terbesar di rantau Asia itu. Selain Santhi, seorang lagi atlet wanita iaitu Nanda Jadhav seorang jaguh wanita pada tahun 1986 hingga 1987. Nanda dipertikai jantinanya namun ujian membuktikan dia adalah wanita tulen. 3. Isu Diskriminasi Gender dalam Kemiskinan. Kemiskinan telah mencetuskan pelbagai diskriminasi terhadap gender khususnya golongan wanita. Kemiskinan juga mampu membuatkan atau mendorong golongan lelaki untuk melakukan diskriminasi sehingga

menyebabkan golongan wanita memikul beban yang berat. India Golongan wanita dieksploitasi oleh golongan lelaki di mana tenaga mereka dikerah untuk menampung kehidupan keluarga. Mereka terpaksa mengutip sampah untuk menampung kehidupan mereka. Kemiskinan juga menyebabkan mereka terbeban dalam menyediakan dowry di mana mereka terpaksa mengerah tenaga untuk membolehkan mereka berkahwin. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat menyediakan dowry, mereka tidak boleh berkahwin. Golongan lelaki akan mengambil kesempatan dengan meletakkan nilai dowry yang tinggi. Hal ini memperlihatkan satu kuasa eksploitasi terhadap golongan wanita untuk kesenangan individu. Filipina Disebabkan kemiskinan melanda di sesetengah kawasan, golongan wanita sukar mendapatkan perubatan yang sempurna. Sebagai contoh, golongan wanita yang melahirkan anak terpaksa berkongsi katil semasa proses kelahiran.

Rujukan CIO, 2001, A Critical Riview of CEDAW Lips, Hillary M. (1993). Sex and Gender: An Introduction. London: Myfield Publishing Company Mulia, Siti Musdah (2004). Islam Menggugat Ekonomi. Jakarta: Gradedia Pustaka Utama. Cet. I. Showalter, Elaine (ed.) (1989). Speaking of Gender. New York and London: Routledge Umar, Nasaruddin. (1999). Argumen Keserataan Jender: Perspektif Al-Quran. Jakarta: Paramadima. Cet. I. UN Document, Convention on The Elimination of All Forms Of Discrimination Against Women (CEDAW) web.worldbank.org/southsia www.malaysiakini.com www.themalaysianinsider.com

Anda mungkin juga menyukai