Anda di halaman 1dari 5

KONSEP FALSAFAH

Falsafah merupakan satu komponen yang penting dalam perbincangan bagi pelaksanaan sesuatu sistem
pendidikan khasnya. Perkembangan ilmu falsafah pada masa kini sangat menggalakkan lantaran aktiviti-
aktiviti intelektual seperti perbahasan dan penyelidikan oleh ahli-ahli falsafah dalam mencari hakikat
kebenaran dan tabiat sesuatu ilmu berdasarkan kemampuan akal. 1

Perkataan falsafah diambil dari perkataan Greek iaitu Philien Sophia yang bermaksud mencintai
kebenaran atau hikmah.2 Semasa zaman Greek, ramai ahli falsafah telah muncul dan terkenal sehingga ke
abad ini. Antara tokoh falsafah pada ketika itu adalah Plato, Aristotle dan Socrates. Ahli-ahli falsafah ini
banyak menilai, memikir dan mentafsir nilai kehidupan dan pengalaman manusia juga memikirkan
mengenai fenomena alam. Kebanyakkan dapatan ilmu diperoleh melalui kaedah perbahasan dan
pembuktian. Selain itu, falsafah juga didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebahagian ilmu yang tertinggi menjadi dasar-dasar ilmu. 3 Oleh hal yang demikian, falsafah itu sendiri
boleh didefinisikan sebagai satu usaha menuju kearah mencintai, mencari, menggali dan mengkaji sesuatu
perkara yang melibatkan kecerdasan dan kebijaksanaan intelektual untuk mendapatkan kebenaran dan
keyakinan yang hakiki4 selain dari mengisi kelompangan yang wujud dalam sesuatu ilmu.

Untuk mentafsir konsep falsafah secara lengkap, falsafah merupakan pertimbangan asas dan
andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting serta mempersoalkan prinsip-prinsip
realiti, ilmu dan nilai. Di samping itu, falsafah juga ditafsir sebagai pendekatan yang rasional terhadap
sesuatu masalah atau persoalan dan cenderung mengumpul rumusann kepada bentuk mazhab-mazhab
atau sistem-sistem pemikiran serta satu penyiasatan yang komprehensif dan logical mengenai asas-asas
pemikiran atas semua aktiviti manusia khusunya dalam bidang sains, seni agama dan pendidikan. 5

Dalam konteks ini, konsep falsafah yang lebih khusus dan komprehensif amat diperlukan kerana
ia dapat memberi hala tuju dalam menggubal satu-satu dasar terutamanya yang berkaitan pendidikan. 6
Oleh hal yang demikian, dapat kita lihat bahawa tugas utaman seorang ahli falsafah adalah untuk menilai
kehidupan dan pengalaman manusia dengan menganalisis dan memberi intepretasi, kemudian mencari
rumusan yang boleh membawa kepada taksiran secara menyeluruh terhadap ilmu dan kebenaran yang
berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia. Penemuan dan rumusan ahli falsafah adalah sangat
berguna dan akan dijadikan pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna serta
menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan negara di masa akan datang.

1
Azka Zihni Mohamad, Epistemologi dalam Pendidikan Islam (Sarjana Pendidikan). Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 2007, hlm 4.
2
Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1995, hlm 1.
3
Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 348.
4
Sharifah Alawiyah Alsagoff, Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinamenn Educational Book, 1987, hlm 5.
5
Ibid., hlm 6-7.
6
Abdullah Ishak, Ibid., hlm 1-2.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah pendidikan mengandungi dua perkataan yang mana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai
makna dan skop ilmu yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah ini saling berkait khasnya
dalam membentuk satu ilmu baharu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana falsafah menerima konsep
pendidikan dan pendidikan pula berkehendakkan falsafah untuk memberi hala tuju. Tokoh-tokoh falsafah
menyediakan rangka-rangka teori pendidikan dan memberi sumbangan kepada tujuan dan kaedah
pendidikan. Oleh hal yang demikian, pendidikan terlihat telah membantu menaik taraf mutu falsafah itu
sendiri.7

Pendidikan merupakah proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap
individu. Proses pemindahan nilai tersebut telah berlaku melalui proses pengajaran, latihan dan
pengindoktrian.8 Secara ringkasnya, pendidikan adalah satu proses yang membawa kepada satu mobilasi
sosial dan tambah nilai kepada setiap manusia. Sekiranya tiada akses kepada pendidikan, maka seseorang
itu tidak akan membawa kepada kemajuan dalam diri.

Falsafah pendidikan merupakan satu proses yang memiliki dua hujungan iaitu mendidik dan
pendidik. Pendidik khususnya para guru yang mempunyai falsafah mereka sendiri untuk mendidik.
Mereka mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk disampaikan kepada anak murid. Untuk
menyampaikan pendidikan secara rasmi, pendidikan adalah berpusat di sekolah. Oleh itu sekolah adalah
sebagai satu alat menyampaikan pendidikan kepada masyarakat. 9 Selain itu, falsafah pendidikan juga
merujuk kepada ciri-ciri falsafah itu sendiri iaitu ditentukan melalui kaedah spekulatif, normatif dan
analitik. Ianya harus berlandaskan kepada ciri-ciri umumnya iaitu epistemologi dan disusuli dengan
penerapan metafizik, kaedah deduksi dan logik untuk membentuk teori pedagogikal. 10

Berdasarkan penjelasan tokoh pendidikan ini, falsafah pendidikan didefinisikan sebagai sesuatu
yang memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan disampaikan oleh guru-guru secara
formal. Tujuan utama penyampaian ilmu secara formal ini adalah untuk mendidik, selain membina
sahsiah pelajar agar selari dengan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara. Secara
umumnya, falsafah pendidikan merupakan satu cara pemikiran yang analitikal dan digunakan untuk
menjelaskan konsep-konsep atau asas berhubung dengan pendidikan. Falsafah pendidikan berfungsi
sebagai proses sosioliasasi, pembentukan budaya dan penempatan sosial.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu falsafah pendidikan yang dinamakan
sebagai ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan’. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi garis panduan
kepada semua aktiviti pendidikan di Malaysia sama ada di peringkat pendidikan rendah mahu pun
institusi pengajian yang lebih tinggi. Pengenalan kepada Falsafah Pendidikan Malaysia ini telah
menjadikan negara kita semakin unggul di persada dunia terutamanya dalam kalangan negara-negara
membangun selain telah membawa kepada pembinaan modal insan yang berkualiti selaras dengan tujuan
dan matlamat pendidikan di Malaysia.

PERBEZAAN FALSAFAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN


7
Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab, Aliran Pendidikan, Cetakan 7. Kota Bharu: Pustaka Aman, 1977, hlm 25.
8
Hassan Langgulung, Asas-asas pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka Al-Husna, 1987, hlm 11.
9
Ibid., hlm 26.
10
Abdullah Ishak, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1995, hlm 4-5.
FALSAFAH PERBEZAAN FALSAFAH PENDIDIKAN
 Kehidupan manusia secara FOKUS KAJIAN  Konsep, nilai, pencapaian dan
keseluruhannya (pengetahuan, realiti permasalahan yang berlaku
dan kewujudan) terutamanya dalam dalam bidang pendidikan
aspek kerohanian.11 sahaja.12
 Pemandu arah untuk mengenal pasti FUNGSI  Memberi idea baru terhadap
punca kepada masalah yang berlaku semua aspek pendidikan
dalam kehidupan.13 termasuk kurikulum, murid dan
 Menganjurkan manusia berfikir guru, cara mengajar dan juga
secara kritikal, logik dan sistematik pentadbiran.17
tanpa bias.14
 Membuka fikiran manusia agar isu
yang dibahaskan mencakupi pelbagai
bidang dan jurusan yang membawa
kepada isu yang difokuskan.15
 Membawa kepada rumusan.16

PERBEZAAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN


BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR PERBEZAAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


 Menumpukan pencapaian KONSEP  Menumupkan kepada perkara asas
kebijaksanaan.18  Bersifat praktikal dan pragmatik.
 Bersifat penyampaian ilmu dan  Mewujudkan ciri-ciri yang bersifat
gaya hidup yang betul.19 sejagat.21
 Mengekalkan struktur
kekeluargaan.20
 Melahirkan individu yang MATLAMAT  Mewujudkan individu yang
berkebolehan dan bermoral tinggi.22 mempunyai ilmu dan budaya asas.
 Melahirkan individu yang mampu
menghadapi perubahan dalam
kehidupan seharian.23
 China (Konfusianisme, Taoisme, ALIRAN  Tradisional ( Perenialisme,
Mengzi, Xun zi)24 Essensialisme)
 India (Hinduisme, Buddhisme,  Modern (Progresivisme,
11
P. G. Walsh, The Consolation of Philosophy. United Kingdom: Oxford University Press, 1999, hlm 5.
12
Nel Noddings, Philosophy of Education (4th Edition). United States: Taylor & Francis Inc, 2015, hlm 2.
13
P. G. Walsh, Ibid., hlm 16-20.
14
Ibid.
15
Ibid.
16
Ibid.
17
Nel Noddings, Ibid., hlm 5-6.
18
Abdul Jalil Hasan, Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, hlm 192.
19
Ibid.
20
Ibid.
21
Nel Noddings, Op. Cit., hlm 18-20.
22
Hung Chung Yen, Human nature and learning in Ancient China, dalam Shinkuan Hsu dan Yuh Yin Whu (Eds.),
Education as Cultivation in Chinese Culture. Taiwan: Springer Inc., 2015, hlm 19-43.
23
Nel Noddings, Op. Cit., hlm 21-22.
Nasionalisme)25 Rekonstruktstisme,
Eksistensialisme)26
 Guru sebagai penyampai ilmu PERANAN  Guru sebagai penyampai ilmu yang
 Fasilitator GURU pakar
 Memaksimumkan potensi murid27  Pemangkin ilmu
 Agen perubahan
 Membimbing dan mengurus murid28
 Pendidikan Moral KURIKULUM  Sains dan Matematik
 Sejarah29  Kemanusiaan dan Kesusteraan
 Estetik30
 Confucius31 TOKOH  Plato
 Rabindranath32 FALSAFAH  Aristotle33

RUJUKAN

24
Hung Chung Yen, Human nature and learning in Ancient China, dalam Shinkuan Hsu dan Yuh Yin Whu (Eds.),
Education as Cultivation in Chinese Culture. Taiwan: Springer Inc., 2015, hlm 19-43.
25
Azrina Elmina Arzi, Falsafah Pendidikan Timur di China dan India, diakses pada Jun 11, 2021 dari
https://dokumen.tips/documents/gpp1063-falsafah-pendidikan-timur-china-india.html
26
Nel Noddings, Philosophy of Education (4th Edition). United States: Taylor & Francis Inc, 2015, hlm 22-37.
27
Hung Chung Yen, ibid., hlm 247-250.
28
Nel Noddings, op. cit., hlm 22-37.
29
Hung Chung Yen, op. cit., hlm 247-250.
30
Ibid., hlm 248.
31
Ibid., hlm 241.
32
Azrina Elmina Arzi, Falsafah Pendidikan Timur di China dan India, diakses pada Jun 11, 2021 dari
https://dokumen.tips/documents/gpp1063-falsafah-pendidikan-timur-china-india.html
33
Nel Noddings, op. cit., hlm 24.
Azka Zihni Mohamad. 2007. Epistemologi dalam Pendidikan Islam (Sarjana Pendidikan). Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Jalil Hasan. 1973. Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azrina Elmina Arzi. 2015. Falsafah Pendidikan Timur di China dan India. Diakses pada Jun 11, 2021 dari
https://dokumen.tips/documents/gpp1063-falsafah-pendidikan-timur-china-india.html.

Hassan Langgulung. 1987. Asas-asas pendidikan Islam. Jakarta: Pustaka Al-Husna.

Hung Chung Yen. 2015. Human nature and learning in Ancient China, dalam Shinkuan Hsu dan Yuh Yin Whu
(Eds.). Education as Cultivation in Chinese Culture. Taiwan: Springer Inc.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nel Noddings. 2015. Philosophy of Education (4th Edition). United States: Taylor & Francis Inc.

P. G. Walsh. 1999. The Consolation of Philosophy. United Kingdom: Oxford University Press.

Sharifah Alawiyah Alsagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinamenn Educational Book.

Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab. 1977. Aliran Pendidikan (Cetakan 7). Kota Bharu: Pustaka
Aman.

Anda mungkin juga menyukai