Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Tajuk ini membincangkan tentang Myanmar pada zaman penjajahan British dari tahun 1824
hingga 1948 iaitu pada era kemerdekaan Myanmar. Ini mencakupi hubungan awal antara pihak
Burma dan British sebelum berlakunya Perang Inggeris –Burma pertama pada 1824-1826 serta
sedikit penjelasan mengenai perang tersebut.

Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan dasar-dasar yang diperkenalkan
di Myanmar serta kesannya terhadap masyarakat Myanmar dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Seperti yang kita ketahui bahawa dasar-dasar yang dijalankan oleh British terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Burma Hilir dan Burma Hulu. Namun, di dalam esei ini hanya menjelaskan secara
umum tentang dasar yang dijalankan yang memberikan impak yang positif da negatif kepada
masyarakat Burma.

Seterusnya, perbincangan ini memberikan penekanan kepada dasar-dasar British yang


dilakukan sejak mereka menguasai Burma Hilir dan Burma Hulu dari segi politik, ekonomi dan
sosial serta kesan terhadap masyarakat Burma sehingga membawa kepada gerakan nasiolisme
serta kemerdekaan Burma pada 1948. Di dalam penulisan ini, apa yang paling penting adalah
analisis secara keseluruhan tentang pendudukan British di Burma. Di dalam analisis ini juga
menjelaskan perkara yang tersirat berdasarkan kajian perpustakaan yang dijalankan mengenai
polisi British di Burma sehingga menyebabkan kesan yang berpanjangan antara kaum minoriti
dan majoriti.

2.0 POLISI PENTADBIRAN BRITISH DI BURMA

2.1 DASAR POLITIK

Setelah kedatangan British ke Burma, negara tersebut telah mengalami perubahan yang drastik
terutamanya dalam pentadbiran iaitu bidang politik, ekonomi dan sosial. Kedatangan Pihak
British ke Burma telah membawa perubahan yang besar keatas negara Burma dari satu peringkat
ke peringkat lain. Hal ini kerana dasar kolonial yang dilaksanakan oleh pihak British ke atas
Burma telah menyebabkan istitusi beraja telah berakhir yang menampakkan berakhirnya Dinasti
Konbaung. Penghapusan Wangsa Konbaung telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah

1
tempatan sehingga dapat memberi kesan kepada sangha terutamanya apabila penjajah enggan
mengambil alih tugas sebagai penaung agama yang sebelum ini dipegang oleh raja sehingga
sangha akhirnya gagal dikawal oleh kerajaan British.

Sememangnya British sedari awal lagi ingin menguasai keseluruhan Burma demi
menjaga kepentingan mereka. Persaingan British antara Perancis dan Itali menyebabkan British
bertindak dengan cara menakluki dan sekaligus menguasai keseluruhan Burma. Satu persatu
daerah di Burma telah jatuh ke tangan British dan akhirnya pada tahun 1885, British telah
berjaya menguasai keseluruhan Burma. Malah sistem Monarki yang diamalkan oleh Raja,
Hlutdaw, Wun dan myothugyi sudah tidak ada lagi. Mereka ini sudah digantikan oleh pegawai-
pegawai Inggeris. Apabila bermulanya penguasaan British di Burma, orang Burma pula tidak dapat
memahami sistem Inggeris. Sebagai akibatnya, kerjasama sangatlah sedikit dan orang Burma pula
banyak menimbulkan masalah. Pentadbiran British ke atas Burma boleh kita lihat di mana
terdapatnya perbezaan pentadbiran di antara bahagian Burma Hulu dan Burma Hilir.

2.1.1 BURMA SEBAGAI WILAYAH INDIA

Dari segi pentadbiran politik, selepas berjaya dalam perang pertama, British telah menyerapkan
pentadbiran wilayah Rakhine dan Tanintharyi seperti strukutur pentadbiran British East India
Company dengan menempatkan konsul mereka di Bengal.1 Wilayah-wilayah Arakan dan
Tenasserim terletak di bawah kekuasaan langsung Gabenor Jeneral di India. Oleh kerana wilayah-
wilayah Burma itu dianggap sebagai pos-pos luar India, maka Arakan diletakkan di bawah
pentadbiran Chittagong dalam tahun 1828. Kerajaan melantik pegawai-pegawai tadbir yang dilatih
berkhidmat di India bertugas di Burma termasuklah pegawai-pegawai dari Pulau Pinang dipinjamkan
untuk berkhidmat di Burma. Akibatnya pegawai-pegawai tersebut tidak memahami adat resam,
bahasa dan budaya orang Burma. Sehingga 1921, semua jawatan penting di Burma dikhaskan kepada
orang Inggeris. Oleh itu, Kerajaan British telah mengambil orang-orang India menjadi pegawai-
pegawai rendah bangsa Burma menentang. Hal ini memandangkan peluang kenaikan pangkat mereka

1
N. Ganesan and Kyaw Yin Hlaing (Ed.), Myanmar: States, Society and Ethnicity, Kuala Lumpur: ISEAS Publishing, 2007,
hlm.73.

2
terbantut. Orang Burma tidak ada wakil dalam kerajaan sehingga tahun 1922. Burma yang diletakkan
di bawah Leftenan Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Perundangan. Tetapi ahli-ahlinya tidak
mewakili kepentingan orang Burma. Corak pentadbiran itu dibuat menurut dasar-dasar Liberal dan
amalan-amalan tempatan dipatuhi bila didapati sesuai. A.D. Maingy dikirim ke Tenassarim dalam
bulan September pada tahun 1825 dengan perintah mentadbirkan negeri itu menurut dasar-dasar
tersebut.

Perkara ini tidaklah mudah dilakukan kerana Maingy menggunakan dasar-dasar Liberal
apabila amalan-amalan tempatan tidak dapat ditentukan dan perkara ini berlaku dalam banyak hal. Di
bawah pemerintahan Maingy (1825-33) dan Blundell (1833-43) pemerintahan secara langsung seperti
di India digunakan. Ekoran daripada itu, Parlimen British meluluskan perlembagaan Dyarchy di
Burma. Perlembagaan ini telah dikuatkuasakan pada tahun 1923. Dibawah perlembagaan ini jawatan
Leftenan Gabenor dinaikkan kepada Gabenor.

Peta Burma dan penyatuan Burma


3
2.1.2 PEMBENTUKAN-PEMBENTUKAN SISTEM PENTADBIRAN BEBAS

Manakala, corak pentadbiran yang dijalankan di Pegu adalah mengikut dasar liberal seperti yang
disesuaikan dengan corak-corak tempatan. Bahagian Wilayah di Burma dibahagikan kepada 5
buah daerah dengan setiap daerah dilantik seorang Pesuruhjaya Daerah yang terdiri daripada
bangsa Inggeris. Daerah-daerah ini pula dipecahkan kepada bandar-bandar kecil di bawah
seorang Pegawai Bandaran (Myo-oks). Setiap bandar dipecahkan menjadi sistem bulatan dengan
seorang ketua sebagai penasihat. Corak pentadbiran di Pegu ini adalah mirip dengan corak
pentadbiran di India. Hal ini berlaku kerana pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas pernah
berkhidmat di Benggala dan Madras.2

Di Burma Utara pula, ia dibahagikan kepada 14 daerah. Sir Charles Bernard, pesuruhjaya
yang pertama mengusulkan supaya pentadbiran awam dan pungutan cukai dijalankan melalui
wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan tetapi Sir Charles Crosthwaite yang
menggantikan Sir Charles Bernard lebih suka menjalankan pentadbiran ini mengikut sistem di
India. Apabila British berjaya menawan Myanmar Utara, British telah melakukan beberapa
perubahan besar dalam sistem pentadbiran tempatan. Perubahan yang paling ketara ialah
terhapusnya sistem pemerintahan beraja (monarki). British memberi alasan bahawa tidak ada
putera-putera raja yang layak ditabalkan menjadi raja. Selain pemerintahan beraja, sistem
tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Badan Hlutdaw (Majlis Tertinggi
Orang-orang Bangsawan) dan Thatnabaing yang terdiri daripada sami-sami Buddha turut
dimansuhkan. Kedua-dua badan tersebut merupakan badan penasihat kepada raja.3 Keadaan ini
memberi kesan terhadap pengaruh sangha kerana Raja merupakan ketua agama ketika itu.

Selain itu, sebahagian daripada Hlutdaw telah dilantik oleh British sebagai pegawai
kerajaan yang bergaji tetap. Oleh sebab kebanyakan pegawai-pegawai dilantik oleh British, maka
ini menyebabkan mereka tidak mendapat penghormatan dan kerjasama dari rakyat tempatan.
Pemansuhan Thainabaing yang mempunyai pengaruh kuat terhadap raja telah dilakukan. Orang-
orang Myanmar mendesak agar sistem Thainabaing dikekalkan tetapi ditolak oleh British. Sir
Charles Crosthwaite telah mebuat rancangan untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit

2 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 226.
3 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 896.

4
pentadbiran dan dengan demikian kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada
lingkungan kawasan itu. Perlaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan berdasarkan kepada
Undang-undang Kampung Myanmar 1889. Berdasarkan undang-undang ini seorang ketua
kampung dilantik dan secara tidak langsung juga bertugas sebagai pegawai kerajaan. Keamanan
dan kutipan cukai adalah di bawah tanggungjawab ketua dan Majlis Kampung sendiri.

Penubuhan Dewan Perundangan memperlihatkan Penglibatan mereka dalam pentadbiran


benar-banar aktif pada tahun 1897 apabila jawatan Ketua Pesuruhjaya telah dinaikkan menjadi
Leftenan Gabenor. Major Arthur Phayre, Gabenor Myanmar yang pertama, dibantu oleh Dewan
Perundangan yang mengandungi 9 orang anggota yang dilantik. Pada tahun 1909, jumlah
anggota dewan telah ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota dewan ditambah
menjadi 30 orang. Golongan pedagang mempunyai wakil paling ramai. Beberapa orang
Myanmar juga dipilih untuk menjadi anggota dewan ini.4 Keadaan ini memperlihatkan monopoli
pedagang bukan sahaja dari segi ekonomi malahan penguasaan terhadap pentadbiran dengan
kebanyakan mereka mempunyai wakil yang paling tinggi di Parlimen.

2.1.3 PENGENALAN AKTA KAMPUNG 1887

British telah memperkenalkan Akta Kampung 1887 yang dibuat oleh Crosthwaite pada 28
Oktober 1887. Tujuan Akta Kampung ditubuhkan sebenarnya adalah untuk mengekalkan
keamanan dan mengumpulkan hasil cukai yang dikenakan ke atas ketua dan kampung-
kampung.5 Akta ini juga bertujuan menjadikan ketua kampung sebagai alat utama untuk
menguasai rakyat dengan memberikan sedikit kuasa dan sokongan undang-undang kepada
ketua kampung. Selain itu, melalui Akta Kampung 1887, British telah memperkenalkan konsep
tanggungjawab kolektif terutamanya apabila melibatkan pembunuhan pegawai-pegawai British,
tanggungjawab penduduk kampung untuk menangkis setiap serangan musuh dan kuasa pegawai
6
daerah memindahkan individu serta saudara-mara mereka yang dianggap subversif.

4 Ibid., hlm. 897.


5 D.G.E.Hall. Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 896.
6 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Selangor:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 211.

5
Crosthwaite telah mengakui undang-undang seperti Akta Kampung cukup berkesan untuk
mengamankan daerah-daerah yang sentiasa bergolak setiap kali berlaku perubahan kerajaan di
pusat seperti yang berlaku di Sagaing, Shwebo, Ava dan Hilir Chindwin.

2.1.4 PERLEMBAGAAN DYARCHY

Selain itu juga, perlembagaan Dyarchy (dua pihak yang bebas) yang telah diperkenalkan pada
tahun 1921 berikutan bantahan yang keras telah muncul dengan tiba-tiba di Burma dan
perkembangan politik yang telah mengejutkan semua pihak. Semangat kebangsaan Burma telah
memuncak dan mereka telah memulaukan serta membuat tuntutan untuk berkerajaan sendiri.
Oleh itu, British telah memutuskan untuk meluaskan ke Burma perlembagaan Dyarchy seperti
yang telah diperkenalkan ke beberapa wilayah India yang lain oleh Rang Undang-undang
Kerajaan India pada tahun 1919. Jawatankuasa Pembaharuan Burma yang dipengerusikan oleh
Sir Frederick Whyte telah membuat butir-butir lanjut tentang peraturan baharu. Walaupun
terdapat puak-puak pelampau dalam kalangan ahli-ahli politik Burma mencela pemerintahan dua
kuasa bebas sebagai tidak mencukupi, namun Burma telah menjadi sebuah wilayah Gabenor
pada tahun 1923.7

Namun dalam menubuhkan sebuah wilayah Gabenor tersebut, Negara-negara Syan, Bukit
Kerenni dan Tribal telah dikecualikan daripada turut serta. Hal ini dikatakan sebagai langkah
pertama untuk menuju ke arah “ Kesedaran kerajaan bertanggungjawab yang progresif”. 8 Dalam
hal ini Majlis Mesyuarat Undangan telah bertambah ahlinya menjadi 103 orang dan di antaranya
79 dipilih mengikut hak mengundi cara demokrasi, 2 orang adalah bekas pegawai dan 22 orang
dilantik kerajaan telah ditugaskan kepada gabenor berserta dengan Majlis Kerja yang terdiri
daripada dua orang anggota yang menjaga Perkara-perkara Khas, dan dua orang Menteri yang
bertanggungjawab kepada majlis mesyuarat undangan yang menjaga Perkara-perkara
Perpindahan. Perkara-perkara Khas yang dimaksudkan ialah hal-hal pertahanan, undang-undang,
keamanan dan hasil cukai. Manakala Jabatan yang boleh dipindahkan ialah Jabatan Pelajaran,

7 D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 902.
8 Ibid., hlm. 902.

6
kesihatan umum, kehutanan, dan eksais. Hak untuk mengundi juga telah diberikan kepada ketua
keluarga tanpa mengira jantina dan 19 tahun sebagai had umur yang paling rendah sekali.9

2.2 DASAR EKONOMI

Kedatangan pihak British ke Burma jelas telah membawa perubahan kepada ekonomi Burma
yang berlaku akibat dasar kolonial yang diamalkan oleh pihak penjajah British ke atas tanah
jajahan mereka terutamanya Burma. Melalui perkembangan ekonomi pelbagai dasar yang telah
dilakukan oleh British bagi mengaut keuntungan mereka dalam mengusai ekonomi Burma di
mana perkembangan ekonomi Burma di bawah kekuasaan British telah memberi kesan kepada
sistem ekonomi tradisi sehingga membawa kepada kemerosotan ekonomi tradisi masyarakat
Burma. Dasar ekonomi semasa pemerintahan British di Myanmar adalah berasaskan penanaman
padi, eksplotasi balak dan logam sehingga menyebabkan Myanmar terlalu bergantung kepada
pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import.10 Melalui hasil pertanian, balak dan logam,
Myanmar dihubungkan dengan ekonomi empayar British dan rakan niaga utamanya yang terdiri
daripada India, Tanah Melayu (Negeri-Negeri Selat) dan Britain.

2.2.1 DASAR EKONOMI BEBAS

Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak British Di Myanmar adalah dasar ekonomi
byang merupakan satu dasar kolonialnya ke atas Myanmar. Dasar ekonomi bebas yang
diperkenalkan oleh British dikuasai oleh kepentingan asing seperti syarikat-syarikat besar British
dan juga orang India.11 Contoh dalam sektor industri minyak tiga syarikat eropah iaitu Burmah
Oil,British Burma Petroluem dan Burma Shell telah memonopoli hampir 98 Peratus pengeluaran
minyak yang berpusat di Yenangyang dan Chauk.12 Burma Corporation telah mengusai
perlombongan terutamanya di Bawdwin yang terletak berhampiran Lashio yang merupakan

9 Ibid., hlm. 902.


10 Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma, United Kingdom: University Press, 2001, hlm. 131-139.
11 Ibid., hlm. 141.
12 Abdullah Zakaria Ghazali et.al, Op,cit, hlm. 248.

7
antara pengeluar terbesar plumbun dan Perak di dunia sementera syarikat-syarikat seperti
British-Burma Trading Corporation,Steel Brothers,Foucar,MacGregors dan T.D.Findlay terlibat
dalam pelbagai bidang seperti pembalakan,pengilangan padi,ladang getah,kilang simen,kilang
tekstil dan kilang penapis minyak. Sektor perbankan pula telah dimonopoli oleh kepentingan
British,India dan China seberang laut. Dalam bidang pengangkutan sungai Irrawaddy dimonopoli
oleh syarikat Irawaddy Flotilla. Syarikat-syarikat British telah mengusai kegiataan import dan
eksport yang menggunakan kapal-kapal British atapun India.

Selain itu dalam sektor pertanian pihak penjajah British telah memberi tumpuan kepada
penanaman padi, hal ini kerana tanaman padi dikatakan dapat memperkembangkan ekonomi
British di Burma. Semasa pemerintahan British di Burma tanaman padi telah mengusai lebih 70
peratus tanah pertanian dan menjadi hasil utama yang menyumbang kepada kemakmuran
ekonomi British.13 Kawasan penanaman padi telah diperluaskan dari sekitar 800,000 ekar kepada
6 juta ekar hal ini menunjukkan populasi meningkat dari 1 juta pada tahun 1885 kepada 4 juta
pada tahun 1901. Antara kawasan penting yang menghasilkan padi ialah Myanmar Hulu (459
000 ekar tanah padi),Arakan(931 000 ekar),Tenasserim(1 447 000 ekar) dan delta Irawaddy(8 jua
ekar) yang meliputi Henzada,Tharawaddy dan Bassien.14 Akibar daripada memberi tumpuan
kepada tanaman padi telah menyebabkan Myanmar berperanan sebagai keperluan beras untuk
India dan Negeri-negeri Selat di samping menjadi sasaran barangan industri dari India dan
Britain. Namun perkembangan pertanian padi telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
dari segi wilayah dan tumpuan sentiasa diberi kepada lembah Irrawaddy khusunya Myanmar
Hilir yang dibangun dengan pesat selepas tahun 1852. Sebelum tahun 1852 kerajaan Burma telah
menyekat pengeksportan beras.15 Namun semasa British mengusai Burma British telah
menghapuskan sekatan keatas pengeksportan beras dan menghapuskan sekatan perdagangan.
Semasa Myanmar di bawah pentadbiran British bandar Yangon mula mengalami kemajuan dan
menjadi pintu kegiataan import dan eksport Myanmar.

13 Ibid., hlm. 267.


14 David Joel Steinbery.et.al, In Search Of Southeast Asia, United States of America: Praeger Publishers Inc, 1971, hlm. 272-275.
15 Ibid., hlm. 299.

8
2.2.2 PENGHIJRAHAN PENDATANG ASING

Di samping itu, Dasar kolonial british dalam bidang ekonomi telah menggalakan penghijrahan
pendatang asing ke kawasan Myanmar atau Burma. Akibat daripada pertumbuhan ekonomi yang
pesat dalam bidang pertanian,perdagangan,dan perlombongan telah menyebabkan pihak British
membawa masuk buruh dari India sehingga dapat mengubah pola kependudukan Myanmar. Hal
ini dapat dilihat pada tahun 1852 Myanmar Hilir dikatakan mula menerima penghijrahan dari
Myanmar Hulu,Arakan dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan bangsa Mon terus
terbenam dalam budaya bangsa Burma akibat kemasukkan pendatang asing ke Burma dan pada
masa yang sama kedatangan buruh India telah memberi sumbangan besar kepada kemakmuran
Myanmar sehingga menyebabkan selepas tahun 1826 Arakan telah dibanjiri oleh penghijrah
Benggala yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan. Kemasukkan buruh dari India dikatakan
telah berlaku sehingga tahun 1883 dan buruh dari India di Burma telah mececah 80 000 orang
pada tahun tersebut.16 Tidak dapat dinafikan kemajuan dalam ekonomi yang diperkenalkan oleh
British ke atas Burma telah memajukkan sistem pengairan dalam pertanian,kemajuan
Infrasrtuktur dan pemodenan pembangunan yang mendorong kepada berlakunya penghijrahan
buruh-buruh India. Dalam Hal ini juga pihak British turut memberi perhatian dalam sektor
pembalakan khususnya perusahaan kayu jati yang dapat membantu perkembangan ekonomi
pihak British.17

2.3 DASAR SOSIAL

2.3.1 SOSIAL

Selain daripada kemasukan orang India, Myanmar juga di datangi oleh orang-orang dari Eropah
khususnya orang Britain, orang Cina dan Armenia. Kesan daripada kemasukan mereka ke
Myanmar maka wujudnya ‘golongan kacukan’ hasil perkahwinan antara orang tempatan dengan
orang asing seperti zerbadi (wanita tempatan dengan lelaki India-Muslim), maq (wanita
Chittagong dengan lelaki Arakan) dan Serani (wanita tempatan dengan lelaki Eropah atau lelaki

16 Ibid., hlm. 301.


17 Ibid.

9
Eropah dengan wanita India. Sebahagian golongan kacukan ini menganggap diri mereka sebagai
penduduk peribumi Myanmar kerana telah lama bermastautin di sana.18

Dari segi pengelasan dan struktur susun lapis sosial di Myanmar pula, bangsa Eropah
khususnya dari England, Scotland, dan Ireland serta orang Serani menduduki kedudukan teratas.
Golongan kelas menengah pula dimonopoli oleh orang Burma dan India yang terdiri daripada
tuan tanah, peniaga dan kapitalis serta golongan profesional seperti peguam, guru dan kakitangan
kerajaan dalam kategoriBurma Civil Service Kelas 1 dan Kelas 2. Seterusnya adalah tuan tanah
dan kapitalis peribumi yang berperanan sebagai penyumbang dana kepada ahli-ahli politik dan
menguasai sektor ekonomi pertanian di samping mempunyai bank sendiri. Kedudukan yang
paling terbawah adalah kebanyakannya rakyat Myanmar yang terdiri daripada petani dan buruh
termasuk juga India.

2.3.2 PENDIDIKAN

Pembaharuan sistem pendidikan yang dilakukan oleh British ini kebanyakannya mendapat
kritikan daripada nasionalis-nasionalis tempatan kerana hanya 2% dari keseluruhan penduduk
tempatan yang mendapat pendidikan. Hal ini demikian kerana, British hanya sekadar
mengeluarkan graduan yang menjawat jawatan kerajaan dan firma-firma asing (amnya British)
dan peluang memasuki universiti yang kebanyakannya dibolot pelajar bukan Burma khususnya
yang berbangsa India.

Pada tahun, 1909 Kerajaan British telah menubuhkan lima buah sekolah muzik untuk
pelatihan guru, dua survey sekolah dibawah Jabatan Records dan Latihan Pertanian, dasar
sekolah Teknik yang ditubuhkan di Rangoon pada tahun 1895, sebuah sekolah vernakular di
Tharrawaddy, sekolah tinggi di Rangoon, Kolej Rangoon, dan program pengajaran seni serta
undang-undang sahaja. Sekolah untuk memberi latihan kepada para bidan di Rumah Sakit
Dufferin, Rangoon turut ditubuhkan dan sebanyak enam belas buah sekolah menengah yang
dikendalikan oleh pelbagai misi, dan Kolej Kecil Baptis Amerika di Rangoon, terutama untuk
pendidikan Karen, di antaranya dilakukan oleh mubaligh dari Amerika yang telah bekerja selama

18 Kobkua Suwannathat-Pian, Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 208.

10
lebih dari setengah abad di Burma.19 Kegiatan mubaligh dan perkembangan sekolah Inggerish ini
juga telah memberi kesan kepada perkembangan sekolah-sekolah Buddha yang di ajar oleh
Rahib-Rahib yang sejak sekian lama menjadi ajaran masyarakat di Burma.

Semua sekolah yang diperkenalkan adalah dikelaskan mengikut umur iaitu sekolah
rendah (6-10 tahun), sekolah menengah(10-14 tahun), sekolah menengah atas (14 hingga 16
tahun) dan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Burma dijadikan sebagai bahasa pengantar.
Kemuncak kepada sistem pendidikan penjajah adalah kewujudan Universiti Rangoon yang
mengikuti model Oxbridge dan mengandungi beberapa kolej seperti Kolej Universiti dan Kolej
Judson. Semua lulusan universiti berpeluang dan layak untuk berkhidmat dalam jawatan awam
seperti pendidikan dan kesihatan jika mereka lulus dalam peperiksaan khas. Pada masa yang
sama, sekolah biara terus dipinggirkan apabila bilangan sekolah jenis ini semakin merosot
setelah semakin ramai orang tempatan memilih pendidikan Inggeris yang dianggap lebih
terjamin dari segi peluang pekerjaan.20

3.0 KESAN PERLAKSANAAN POLISI BRITISH DI BURMA

3.1 KESAN POLITIK

3.1.1 KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME

Dr.R.Suntharalingam telah memberi satu takrif yang sangat menarik berkenaan nasionalisme
yang kini menjadi rujukan umum. Menurutnya, nasionalisme itu merupakan satu “fenomena
sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang
tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada Negara bangsa itu”, tidak kiralah konsep
Negara itu hanyalah sebuah masyarakat politik yang diimiginasikan. Bagi Negara-negara Asia
yang dijajah oleh kuasa Barat umpamanya Myanmar, nasionalisme ini dikenal pasti sebagai
“Usaha menamatkan penjajahan serta merombak nilai-nilai dan institusi politik secocok dengan
konsep Negara bangsa yang bebas dan berdaulat.21

19 Sir Reginald Coupland, Op. Cit., hlm. 125.


20 Abu Talib Rahman, Op. Cit., hlm. 254.
21 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 279.

11
Kebanyakan perbincangan tentang nasionalisme sebelum tahun 1942 lebih banyak
merujuk Mynmar sebagai pusat dan jarang sekali diketahui tentang kesedaran nasionalisme di
peringkat daerah seperti di Arakan, Moulmein ataupun di negeri-negeri Shan yang sengaja
dilindungi oleh British daripada arus nasionalisme. Arakan walaupun berada dalam keadaan lesu
dari segi ekonomi dan pembangunan fizikal turut menyumbang kepada arus perdana
nasionalisme melalui tokoh-tokoh pro-British seperti U May Oung, Htoon Aung Gyaw dan Paw
Tun ataupun individu anti-British dan radikal seperti U Oktama dan Thakin Kha, seorang
berbangsa India yang bertanggungjawab menubuhkan cawangan pertama parti Thakin di Arakan.
Oleh sebab kegiatan mereka bertumpu di Yangon, maka tidak banyak maklumat tentang kegiatan
mereka di Akyab, Mrohaung ataupun sandoway diketahui umum.22

Dalam membincangkan nasionalisme Myanmar, terdapat beberapa kumpulan yang


memberikan sumbangan penting. Kumpulan terpenting adalah kelas menengah yang muncul
selepas tahun 1885, dan lebih awal lagi di Arakan, akibat dasar-dasar British dalam bidang
pendidikan, pentadbiran dan ekonomi. Mereka ini umumnya berasal daripada keluarga individu
yang pernah bekerjasama dengan pentadbiran penjajah termasuk guru, peguam dan juga tuan
tanah. Daripada kumpulan ini kemudiannya muncul parti-parti politik seperti YMBA,GCBA,
Myochit, Sinyetha dan Dobama Ahsiahyone. Satu lagi kumpulan penting ialah golongan petani.
Mereka melihat kerajaan penjajah sebagai kerajaan yang menindas, justeru itu mereka berjuang
menubuhkan sebuah kerajaan yang didukung rakyat peribumi yang lebih prihatin kepada
kepentingan petani. Kumpulan ketiga adalah rahib dan bekas rahib seperti U Oktama yang sangat
dikenali umum. Rahib juga berjuang melalui persatuan yang menentang British seperti Grand
Council of Sangha Samegyi (GCSS). Kumpulan pelajar pula merupakan pecahan kumpulan
pertama yang memandang sinis terhadap pensubahatan kelas menengah dengan kerajaan
penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan dengan cara yang tersendiri.23

Pertubuhan pertama yang mempunyai ciri-ciri organisasi parti seperti di Barat ditubuhkan
pada tahun 1881 oleh orang Karen yang beragama Kristian dengan bantuan paderi Amerika.
Persatuan ini amat pro-British dan beridentiti Kristian menyebabkan persatuan ini terasing
daripada majoriti rakyat tempatan apatah lagi pertubuhan ini hanya memperjuangkan

22 Ibid., hlm. 280.


23 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 287-288.

12
kepentingan bangsa Karen. Perjuangan yang sempit ini berterusan sehingga tahun 1930 di
kalangan persatuan Karen yang lain termasuk persatuan terbesar pimpinan San C Po yang
terkenal kerana bersikap pro-British.24

3.1.2 KESAN PELAKSANAAN AKTA KAMPUNG 1887

Seluruh penduduk kampung di Sagaing yang telah memberi bantuan kepada pihak musuh telah
dipindahkan dan sebuah kampung lain yang telah berbuat demikian telah didenda. Berikutan
tindakan yang dijalankan tersebut, akhirnya telah berjaya memaksa seorang pemimpin gerakan
anti-British menyerah diri bersama dengan 42 orang pengikutnya pada bulan Mei 1890.25
Pengenalan Akta kampung ini juga telah berjaya mengamankan keadaan di daerah-daerah yang
bergolak dan keadaan yang tidak terkawal berjaya dibendung oleh pihak British. Selain itu,
Pihak British telah berjaya memansuhkan kuasa-kuasa ketua kampung yang sebelum ini
memiliki kuasa dan pengaruh yang kuat terhadap penduduk tempatan. Namun selepas Akta
Kampung 1887 diperkenalkan oleh British myothugy-myothugy dan taikthugy-taikthugy telah
dimansuhkan dan beransur-ansur unit sosial dan politik bumiputera yang terbesar telah
termusnah dan corak pentadbiran yang tetap secara langsung telah dikuatkuasakan dengan
daerah kampung-kampung telah diletakkan di bawah kuasa pegawai pentadbiran awam iaitu
myo-ok atau pegawai pentadbiran.26

3.1.3 PENGHAPUSAN SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL

Untuk kepentingan British serta meneruskan dasar yang pernah dibuat oleh raja-raja, Myanmar
telah dipecahkan dari segi pentadbiran kepada pusat yang meliputi Lembangan Irrawaddy,
Tenasserim serta bahagian Pama di Arakan dan Myanmar pinggir yang meliputi negeri-negeri
Shan, Bukit Kachin, Bukit Chin serta kawasan berbukit di Arakan. Bagi mewujudkan sebuah
Negara baru, Britain dipengaruhi oleh konsep-konsep kenegaraan di Eropah seperti konsep kuasa

24 Ibid.
25 Ibid.
26 D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 896-897.

13
Kerajaan yang perlu dihormati atau ditakuti oleh setiap rakyat ataupun penentuan sempadan
Myanmar dengan jiran-jirannya yang dilakukan tanpa mengambil kira taburan geografi pelbagai
kelompok etnik yang mendiami kawasan perbatasan yang melibatkan bangsa-bangsa minoriti
seperti Rohingy, Chin dan Shan-China. Antara kesannya yang dapat dilihat pada masa kini ialah
bangsa Chin telah dipecahkan kepada yang bermastautin di Utara Assam.27

Penguasaan Tenasserim dan Arakan selepas tahun 1826 merupakan satu peluang baik
bagi Britain mencari satu bentuk pentadbiran untuk sebuah negara yang dijajah seperti Myanmar.
Di Arakan, sejak awal lagi terdapat dua bentuk pentadbiran yakni secara langsung yang
dikendalikan oleh para pegawai British dan pensubahat tempatan, sementara di kawasan bukit
pula kedudukan ketua-ketua tradisional dikekalkan. Sementara itu,Tennaserim yang ditadbir oleh
Maingy sebagai ketua Pesuruhjaya dipecahkan kepada tiga daerah yang setiap satu diketuai
seorang timbalan pesuruhjaya kecuali mereka yang bermasalah dari segi politik, Myothugyi dan
thugyi diserap ke dalam perkhidmatan penjajah namun mereka tidak diberi sebarang
tanggungjawab sosial seperti sebelumnya. Dengan kata lain, kebajikan rakyat kini semakin
terpinggir lantaran menjadi mangsa kelicinan pentadbiran. Pegu yang diambil alih selepas tahun
1852 dipecahkan kepada lima daerah dengan bentuk pentadbiranya sama seperti yang terdapat di
Tenneserim.28

3.1.4 PENGHAPUSAN INSTITUSI BERAJA DAN KEJATUHAN SISTEM


PEMERINTAHAN DINASTI KONBAUNG.

Raja-raja Konbaung merupakan pemerintahan terakhir di Myanmar sebelum dikuasai oleh


British pada tahun 1886, dinasti ini diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1753, sebelum
kejatuhan dinasti ini mereka dianggap sebagai penaung dan pengembang ajaran Buddha,
penakluk negeri, tunggak kekuatan dan mengekalkan adat resam tempatan. Selain itu, Raja-raja
Konbaung juga dipercayai mempunyai daulat yang tinggi. Pada abad ke-19, kuasa pemerintahan
dinasti Konbaung ini sudah mula menunjukkan kesukaran untuk dikekalkan kerana British sudah
mula bertapak kukuh di India dan sentiasa menanti peluang serta ruang untuk melebarkan

27 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 226-227.
28 Ibid.

14
sayapnya ke atas Myanmar. Tindakan Raja Bodawpaya untuk menguasai Arakan telah disalah
anggap oleh British sebagai usaha memperkukuh kuasa dan mengancam British. Akibat daripada
peristiwa ini telah meletus perang di antara British dan Myanmar pada tahun 1824 yang menjadi
titik tolak kepada kejatuhan Dinasti Konbaung.29

Raja Myanmar terakhir ialah Raja Thibaw Min yang telah gagal menghadapi serangan
British dan menyerahkan Myanmar kepada pihak British. Tindakan tersebut telah mengakhiri
pemerintahan dinasti Konbaung pada tahun 1886. Penyerahan Myanmar pada tahun 1886 ini
menandakan satu tahap penting dalam pemerintahan beraja di Myanmar, Keadaan ini
menunjukkan sistem pemerintahan beraja yang amat bergantung pada kebijaksanaan dan
kebolehan raja telah berakhir. Kelemahan pemerintahan dan keperibadian raja-raja Myanmar
serta tidak peka kepada perkembangan semasa telah melemahkan kedudukan mereka dan juga
kerajaan.30

Keadaan ini berbeza pada zaman Mindon Minh yang mempunyai sikap yang berlainan
berbanding dengan raja-raja yang lain. Baginda mengamalkan sikap berdiplomasi kerana tidak
percaya peperangan sebagai jalan untuk menyelasaikan perbalahan politik. Pada zaman
pemerintahan Bodawpaya pula berlaku kemerosotan dalam bidang ketenteraan dan ekonomi
kerana baginda menjalankan dasar perang ke atas Thailand yang mempunyai kekuatan tentera
yang seimbang. Perbendaharaan Negara telah dihabiskan untuk membina pagoda yang terbesar
di dunia tetapi gagal disiapkan selepas dua belas tahun pembinaannya. Peristiwa-peristiwa ini
menunjukkan zaman Dinasti Konbaung amat lemah dan tidak mampu menahan gelombang
perubahan yang dibawa oleh pihak Barat pada abad ke-19.31

29 Wan Abdul Rahman Latif et al., Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm. 265-267.
30 Ibid.
31 Ibid.

15
3.2 KESAN EKONOMI

3.2.1 PENGUASAAN EKONOMI OLEH KUASA ASING DAN GOLONGAN


IMIGRAN

Sejajar dengan dasar ekonomi bebas, ekonomi penjajah dikuasai oleh kepentingan asing seperti
Syarikat-syarikat besar British dan juga orang India. Contohnya dalam sektor industri minyak,
tiga syarikat eropah iaitu Burmah Oil, British Burma Petroleum dan Burma Shell memonopoli
hampir 98 peratus pengeluaran minyak yang berpusat di Yenangyang dan Chauk, sementara
pengeluar-pengeluar burman yang kecil hampir tidak kelihatan lagi. Burma Corporation pula
menguasai bidang perlombongan terutamanya di Bawdwin yang terletak berhampiran Lashio
yang merupakan antara pengeluar terbesar Plumbum dan perak di dunia . Sektor perbankan juga
turut dimonopoli oleh kepentingan British, India dan juga China sebarang laut. Dalam bidang
pengangkutan, sungai Irrawaddy dimonopoli oleh syarikat Irrawaddy Flotilla, sementara di
Arakan, syarikat Arakan Flotilla yang lebih menyerlah. Syarikat-syarikat British juga menguasai
kegiatan import dan eksport yang menggunakan kapal-kapal British ataupun India.32

Selain itu ekonomi Burma juga banyak dikuasai oleh golonga imigran iaitu orang India
yang mana kedai-kedai kepunyaan mereka seperti kedai runcit, kedai kain, kedai ubat dan kedai
makan berselerak di seluruh Myanmar, dibandar mahupun di luar Bandar. Pada tahun 1931,
orang India menyumbang hampir 17.3 peratus bilangan peniaga dan peruncit, sementara gedung-
gedung yang terdapat di Bandar-bandar utama seperti di Yangon, Mandalay, Maymyo,
Moulmein, Bassein, Pegu dan Akyyab hampir kesemuanya dimiliki oleh pemodal India. Mereka
juga menguasai sektor perhotelan, panggung wayang dan kedai emas serta memiliki tanah dan
sebagai tuan punya bangunan perniagaan. Di Yangon, hampir 50 peratus keluasan tanahnya
dikuasai orang India. Keadaan yang serupa wujud di Bandar- Bandar yang lebih kecil, sementara
di peringkat desa pula terdapat peniaga-peniaga India-Muslim yang dikenali sebagai Culia atau
kaka.33

32 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 256.
33 Ibid.

16
3.2.2 PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL TANAMAN PADI.

Penggunaan peralatan yang lebih moden dalam pertanian hasil daripada dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh British telah membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil tanaman padi
yang mana tanaman ini telah menguasai lebih 70 peratus tanah pertanian dan menjadi hasil
utama yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi penjajah. Antara kawasan penting yang
menghasilakn padi ialah Myanmar Hulu (sehingga tahun 1941 mempunyai keluasan tanah
sebanyak 459,000 ekar tanah padi), zon kering (dua juta ekar), prome dan Toungoo di Lembah
Sittang (800,000) Arakan (931,000), Tenasserim (1447,000) dan Delta Irrawaddy (lapan juta
ekar) yang meliputi Henzada, Tharawaddy, Insein, Yangon, Maubin, Pyapon, Myaungmya dan
Bassein.34

Pertumbuhan industri padi di delta Irrawady sejak tahun 1852 memang mengagumkan,
pada tahun 1885, terdapat 700,000 ekar tanah sawah, keluasan ini meningkat kepada enam juta
ekar pada tahun 1906 dan seterusnya kepada lapan juta ekar pada tahun 1930-1931. Jumlah
pengeluaran padi yang dieksport dalam tempoh yang sama pula meningkat dari Rs120 untuk
seratus bakul kepada Rs195 pada tahun 1920-an. Jumlah kilang padi juga bertambah dengan
pesatnya dari 124 buah pada tahun 1908 kepada 486 buah pada tahun 1930.35

3.3 KESAN SOSIAL

3.3.1 PEMINGGIRAN BIARA ATAUPUN PENDIDIKAN BERBENTUK


KEAGAMAAN

Selain itu, kesan daripada dasar pendidikan British di Burma, sekolah biara telah dipinggirkan
kerana tidak terdapat satu usaha yang serius dilakukan oleh pihak British untuk menyerapkan
sekolah tersebut dalam pendidikan penjajah. Bilangan sekolah biara juga telah merosot apabila
penduduk tempatan memilih sekolah Inggeris yang dianggap lebih menjamin masa depan
mereka dari segi peluang pekerjaan. Malahan ibubapa juga tidak teragak-agak untuk menghantar

34 Abu Talib Rahman, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 257-258.
35 Mya Than & Joseph L.H. Tan, Myanmar Dilemmas and Options, Singapore: Institute Of Southeast Asian
Studies Heng Mui Keng Terrace, 1990, hlm. 119.

17
anak mereka ke sekolah mubaligh walaupun mereka sedar anak-anak mereka akan terdedah
kepada agama Kristian.36 Namun mereka sedar bahawa jawatan yang tinggi dan bergaji besar
hanya akan diberikan kepada orang Burma yang mahir berbahasa Inggeris dan ilmu akaun.
Lulusan sistem pendidikan biara pula hanya sesuai diterap ke sekolah aliran campuran atau
sekolah yang menggunakan bahasa Burma sebagai bahasa pengantar tetapi yang terbaik antara
mereka masih boleh mendapatkan bantuan kewangan kerajaan.

Perkembangan pendidikan di wilayah pinggir pula amat berbeza sekali, Di sini terdapat
penglibatan mubaligh yang amat ketara dalam sistem pendidikan seperti dalam kalangan bangsa
Chin, Kachin dan Karen, sementara di negeri-negeri Shan, pendidikan diurus oleh kerajaan
negeri. Pada Umumnya, pendidikan di kalangan bangsa Shan masih berada pada tahap yang
rendah, di kalangan bangsa ini mereka yang mendapat pendidikan Barat juga menganuti agama
Kristian di samping menjadi penyokong setia pentadbiran penjajag yang paternalistic. Individu-
individu seperti inilah yang amat kecewa apabila Britian akan kembali semula selepas tahun
1920.37

3.3.2 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN

Kesan daripada pendidikan British ini, maka berkembanglah sistem pendidikan di Burma dan
melahirkan golongan yang cerdik pandai serta melahirkan golongan politik seperti Paw Tun dan
Aung Htoon Gyaw walaupun mereka pro-British.38 Kemuncak sistem Kemajuan pendidikan di
Burma telah adalah kewujudan Universiti Rangoon yang mengikut model Oxbridge (Oxford
Cambridge). Bilangan pelajar juga telah bertambah apabila seramai 2400 orang pelajar yang
melanjutkan pelajaran di Universiti berkenaan pada tahun 1940. Malahan pelajar-pelajar
tersebut mendapat tenaga pengajar yang berwibawa seperti D.G.E. Hall (sejarah), John F.Cady
(sejarah), J.R. Andrus (ekonomi), dan Gordon Luce (arkeologi).39 Semua lulusan universiti ini
akan berpeluang untuk diserap dalam perkhidmatan awam seperti pendidikan dan kesihatan.

36 Ibid.
37 Ibid.
38 Ibid., hlm. 239.
39 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 240.

18
Universiti Rangoon juga dikatakan turut melahirkan para pemimpin politik tempatan dan
akhirnya menjadi pemimpin negara seperti Aung San.

4.0 ANALISIS
Soalan ini membincangkan tentang polisi pentadbiran British di Burma. Berdasarkan kepada
petikan soalan ini jelaslah menunjukkan sememangnya telah berlaku perubahan yang agak
drastik jika dilihat dari sudut politik, ekonomi dan sosialnya. Hal ini berikut pentadbiran di
Burma yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Burma Hilir dan Burma Hulu. Jika dilihat
dari sudut pentadbiran politiknya, bahagian Burma Hilir lebih maju berbanding bahagian Burma
Hulu kerana majoriti di bahagian Burma Hilir adalah penduduk Burma manakala bahagian
Burma Hulu yang didiami oleh golongan minoriti iaitu etnik Chin, Kachin, Shan, Mon, Kayin
dan Kayah. Kerajaan British lebih memajukan Burma Hilir jika di bandingkan bahagian Burma
Hulu akan tetapi Burma Hulu tetap masih dalam kawalan British. Malah British juga
membenarkan masyarakat Burma Hulu mentadbir kerajaan mereka sendiri disebabkan jarak
Burma Hulu sangat jauh dengan Burma Hilir dan menyukarkan Kerajaan British untuk
mentadbir secara keseluruhan Burma Hulu. Disamping itu juga, Kerajaan British menggunakan
masyarakat Burma Hulu untuk menjadi pegawai dan polis-polis dalam pentadbiran Burma Hulu.
Dari segi ekonominya pula, kedua-dua bahagian ini juga turut mengalami perbezaan dimana
bahagian Burma Hilir lebih berkembang maju jika dibandingkan dengan ekonomi di bahagian
Burma Hulu. Pengasingannya daripada India membolehkan Burma berdiri sebagai sebuah entiti
politik yang tersendiri dan yang paling penting ia telah membuka peluang kepada ramai rakyat
Burma yang terpelajar untuk terlibat dalam pemerintahan di Burma sendiri. Dasar British yang
lebih terbuka selepas pengasingan daripada India dalam bidang sosial dan politik telah memberi
peluang kepada ramai rakyat Burma menerima pendidikan dan seterusnya terlibat dalam
pemerintahan yang mana ia secara tidak langsung membawa kepada peningkatan dalam
semangat nasionalisme selepas itu. Walau bagaimanapun, dalam aspek ekonomi pula rakyat
Burma telah dihimpit dengan dengan kesengsaraan apabila mereka ini terpaksa berhutang
dengan golongan Chettier sehingga menyebabkan kehilangan tanah selain daripada terpaksa juga
bersaing dengan tenaga buruh dari India dalan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh British
sehingga mewujudkan masyarakat majmuk di India dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini.

19
5.0 KESIMPULAN

Jelaslah bahawa polisi British membawa kepada perubahan yang besar terhadap masyarakat
Burma dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik telah memperlihatkan dasar
British itu telah menyebabkan institusi monarki Burma telah pun dihapuskan selamanya
sehingga sekarang. Apa yang kita lihat sistem pemerintahan di Myanmar pada masa kini ialah
berdasarkan pihak junta yang memerintah iaitu ketenteraan. Oleh itu, kesan politik ini
merupakan kesan paling penting dalam sejarah negara Myanmar yang dulunya mempunyai
institusi beraja yang agung bertukar kepada hanya kuasa presiden yang mengetuai negara. Selain
itu, dasar ekonomi dan sosial British juga memberikan impak yang besar dalam merubah
kehidupan masyarakat Burma. Walaupun terdapat impak negatifnya, namun ia juga menjamin
kemajuan dari aspek pendapatan penduduk tempatan serta pembinaan institusi pendidikan seperti
Universiti Rangoon pada tahun 1920 dan seterusnya melahirkan golongan nasionalisme seperti
Aung san bagi membela nasib rakyat demi mencapai kemerdekaan mereka.

20
RUJUKAN

Abu Talib Rahman. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman. 2008. Konflik Dunia Abad Ke-20. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

David Joel Steinbery.et.al. 1971. In Search Of Southeast Asia. United States of America: Praeger

Publishers Inc.

D.G.E Hall. 1971. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mya Than & Joseph L.H. Tan. 1990. Myanmar Dilemmas & Options. Singapore: Institute Of

Southeast Asian Studies Heng Mui Keng Terrace.

N. Ganesan & Kyaw Yin Hlaing (Ed.). 2007. Myanmar: States, Society and Ethnicity. Kuala

Lumpur: ISEAS Publishing.

Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka.

Sir Reginald Coupland. 1960. Burma. London: Hutchinson University Library.

Thant Myint-U. 2001. The Making Of Modern Burma. United Kingdom: University Press.

Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Anda mungkin juga menyukai