Anda di halaman 1dari 15

ANAK-ANAK PEJUANG

GHAZALI LATEH

TEMA
Cerpen ini bertemakan semangat cintakan tanah air
yang dimiliki oleh generasi yang hidup sewaktu zaman
pramerdeka demi mempertahankan kemerdekaan tanah
air. Pak Denan merupakan individu yang mewakili
kelompok masyarakat melayu yang masih menebal
semangat cinta akan tanah air dalam dirinya selepas
mengharungi detik yang sukar di bawah pemerintahan
penjajah. Pak Denan telah lama berhasrat untuk turut
serta dalam perarakan menyambut Hari Kebangsaan
yang akan diadakan di Kuala Lumpur walaupun dibatasi
oleh usianya yang tua.

PERSOALAN
Persoalan perbezaan pemikiran
berhubung perjuangan
Persoalan berhubung sikap mengambil
berat perasaan orang tua
Persoalan tentang pengalaman
seseorang yang akan mencorakkan
kehidupannya.
Persoalan berhubung nilai sebuah
kemerdekaan.

WATAK PERWATAKAN
a)Pak Denan
Seorang pejuang. Merupakan seorang pejuang kemerdekaan.
Menjelajah ke seluruh kampung untuk memupuk semangat
perjuangan dalam kalangan rakyat pada masa tersebut.
Berpendirian tegas. Bertekad untuk pergi ke Kuala Lumpur
keranamenyertai Sambutan Hari Kebangsaan.
Suka membantu. Membantu Ah Yau dan anak-anaknya semasa
daruratdengan memberi perlindungan kepada mereka.
Tidak mementingkan sanjungan. Tidak peduli walaupun namanya
tidak tercatatdalam buku sejarah sebagai seorang pejuang
kebangsaan.
Tidak meminta dihargai . Pak Denan tidak pernah meminta
sumbangannya dihargai.

WATAK PERWATAKAN
b)Abdul Rahman
-Merupakan anak sulung Pak Denan. Abang kepada Abdul Razak.
Diberi nama tersebut sempanamenghargai perjuangan Perdana
Menteti pertama, Tunku Abdul Rahman.
-Seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup mewah di bandar.
Taksub dengan kehidupan mewah dan tidak menganggap perbuatan
meraikan Hari Kemerdekaan sebagai sesuatu yang penting.
-Tidak menepati janji. Berpura-pura bersetuju untuk memenuhi
permintaan ayahnyamembawanya menyertai perarakan
kemerdekaan.
-Seorang anak yang tidak memahami perasaanorang tua yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
-Seorang anak yang mementingkan diri sendiri kerana
menganggap kehadiran ayahnya ke Kuala Lumpurakan

WATAK PERWATAKAN
c)Abdul Razak
-Anak bongsu Pak Denan. Adik kepada Abdul
Rahman. Namanya juga diambil daripada nama
salah seorang pemimpin Negara iaitu Tun Abdul
Razak. Kematian ibu ketika berumur 5 tahun.
-Bersikap seperti abangnya yang tidak
menghargai perjuangan bapa mereka sendiri, iaitu
Pak Denan.
-Bersikap lepas tangan kerana saling
menyalahkan satu sama lain apabila mendapati Pak
Denan hilang dari rumah.

WATAK PERWATAKAN
d)Ah Bee
-Umurnya sebaya dengan Abdul Rahman .
Seorang peniaga sayur-sayuran di Kuala
Lumpur. Anak kepada rakan Pak Denan iaitu
Ah Yau
-Seorang yang bersikap mengenang jasa.
Oleh kerana Pak Denan pernah membantu
mereka sekeluarga semasa darurat maka Ah
Bee sentiasa membantu Pak Denan ketika
kesusahan.

PLOT

a.Permulaan

Pak Denan menyatakan hasratnya untuk menyertai perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan kepada anakanaknya. Anak-anaknya kurang bersetuju,, oleh itu merekaterpaksa berbohong untuk menjaga perasaan Pak
Denan.

b.Perkembangan

Pak Denan menunggukepulangan anak-anaknya sehingga menjelang malam. Akhirnya Pak Denan nekad pergi
ke Kuala Lumpur bersendirian dengan meminta pertolongan Ah Bee. Kebetulan Ah Bee ingin ke Kuala Lumpur
untuk menghantar sayur-sayurannya ke sana.

c.Puncak/klimaks

Keesokan harinya Abdul Rahman pulang ke kampung , namun didapati Pak Denan telah hilang. Dalam perjalanan
pulang ke bandar, Abdul Rahman singgah di kedai kopi Maniam untuk bertanyakan tentang Pak Denan. Dia
dikejutkan dengan sorakan orang kampong yang melihat kemunculan Pak Denan di kaca televisyen

d.Penurunan

Abdul Rahman dan Abdul Razak saling menyalahkan di antara satu sama lain. Mereka ke Dataran Merdeka tetapi
sambutan Hari Kemerdekaan telah selesai. Alhirnya mereka menemui Pak Denan di depan Tugu Negara.

e.Peleraian

Abdul Rahman dan Abdul Razak menyesal akan sikap mereka yang tidak menghargai dan menghayati perjuangan
bapa mereka

LATAR MASA
-Latar masa sekitar tahun 2002 kerana watak utama menjelaskan
negara kita sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan.
-Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke
seluruh kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang
penjajah.
-Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan
menunggu kepulangan anak-anaknya yang telah berjanji untuk
membawanya ke Kuala Lumpur. sehingga malam. Ah Bee juga sedang
memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk dihantar ke Kuala Lumpur
pada malam itu.
-Di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anakanaknya berada di hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anakanaknya yang tidak mempunyai semangat perjuangan sehingga
mereka menyesal dengan sikap mereka selama ini yang gagal
memahami perjuangan ayah mereka.

LATAR TEMPAT
-Latar masa sekitar tahun 2002 kerana watak utama menjelaskan
negara kita sudah 45 tahun mencapai kemerdekaan.
-Zaman pramerdeka/ sebelum merdeka. Pak Denan menjelajah ke
seluruh kampung untuk meniupkan semangat perjuangan menentang
penjajah.
-Malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak Denan
menunggu kepulangan anak-anaknya yang telah berjanji untuk
membawanya ke Kuala Lumpur. sehingga malam. Ah Bee juga sedang
memuatkan sayur ke dalam lorinya untuk dihantar ke Kuala Lumpur
pada malam itu.
-Di Tugu Negara, kuala Lumpur. Pak Denan ditemui oleh anakanaknya berada di hadapan Tugu Negara. Pak Denan menyindir anakanaknya yang tidak mempunyai semangat perjuangan sehingga mereka
menyesal dengan sikap mereka selama ini yang gagal memahami
perjuangan ayah mereka.

LATAR MASYARAKAT
-Masyarakat kampong yang hidup di kawasan pedalaman. Pak Denan tinggal di
rumah kampong yang terletak di kawasan pedalaman.
-Masyarakat Cina yang hidup dalam kelompok masyarakat Melayu dan saling
membantu di antara satu sama lain.
-Masyarakat yang gigih mempertahankan kemerdekaan tanah air. Pak Denan
sanggup menjelajah seluruh pelusuk kampong untuk menaikkan semangat rakyat
dalam memperjuangkan kemerdekaan.
-Masyarakat yang ikhlas dalam perjuangan. Pak Denan tidak meminta namanya
disanjungi ataupun mengharapkan imbuhan di atas usahanya memperjuangkan
kemerdekaan.
-Masyarakat yang tidak menghargai menilai sebuah kemerdekaan. Generasi yang
hidup selepas merdeka seperti Abdul Rahman dan Abdul Razak sudah tidak
menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan kerana diulit oleh kesenangan hidup
di bumi merdeka.
-Masyarakat yang gagal memenuhi janji. Anak-anak Pak Denan membohongi bapa
mereka kerana tidak sanggup menyusahkan diri untuk membawa Pak Denan ke Kuala
Lumpur.

NILAI
-Suka membantu tanpa mengenal agama, bangsa dan
keturunan.
-Berpendirian tegas dalam membuat sesuatu keputusan
-Mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam
memperjuangkan kemerdekaan tanah air
-Berjuang secara ikhlas tanpa memikirkan ganjaran dan
sanjungan.
-Bertanggungjawab mendidik anak-anak sehingga
berjaya dalam kehidupan mereka.
-Penyayang kepada isteri dan menghargai jasanya
walaupun orang yang disayangi sudah meninggal.
-Menghargai nilai sebuah kemerdekaan dan tidak taksub

PENGAJARAN
-Kita hendaklah suka membantu sesiapa saja
tanpa mengenal agama, bangsa dan keturunan .
contohnya Ah Bee yang suka menolong Pak Denan.
-Kita hendaklah mengenang jasa orang yang
pernah membantu kita. Contohnya Ah Bee yang
sentiasa mengenang jasa Pak Denan.
-Semangat patriotikhendaklah dipupuk dalam
perhubungan pelbagai kaum di Malaysia demi
memastikan negara sentiasa aman.
-Kita hendaklah berjasa kepada negara tanpa
mengharapkan balasan dan sanjungan daripada
masyarakat.

SUDUT PANDANGAN

-Menggunakan sudut
pandangan orang ketiga
terbatas.Contohnya ganti
nama orang ketiga dapat
dilihat pada perenggan
pertama, halaman 70.

GAYA BAHASA
-Simile. Pokok-pokokgetahseperti barisan askar
yang berbondong-bondong menuju kemedanjuang.
Halaman 70, baris 11- 13
- metafora. Lorong sejarah . Halaman 71, baris ke25.
-Pengulangan perkataan. Kali ini mereka terpaksa
mengakui bahawa mereka telah
mengabaikantanggungjawabyang
besar.Tanggungjawabterhadap
bapa.Tanggungjawabterhadap negara.Halaman 77,
baris ke -6 hingga ke- 7.
Simpulan bahasa.Darah daging. Halaman 77,

Anda mungkin juga menyukai