BMMB3033 Prosa Tradisional : LEGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG
PEMIKIRAN PROSA : PERSEMBAHA LEGENDA PUTERI N GUNUNG LEDANG
Alessa Dorod @ Valery Saing anak
Nur Kholisatun binti Budi Ronnie Edward Pengarang memperlihatkan kesetiaan seorang rakyat terhadap pemerintahnya.
Pengarang menceritakan kebijaksanaan
seorang wanita. Pengarang menunjukkan sikap pemerintah yang mementingkan diri sendiri melebihi kebajikan rakyat dan anak kandung sendiri.
Sikap tidak bertimbang rasa dan
kurang memahami. Pengarang memaparkan permintaan- permintaan manusia yang mustahil untuk dipenuhi .
Pengarang menonjolkan kasih sayang
seorang ayah terhadap anak kandungnya. Pengarang memaparkan penyalahgunaan kuasa oleh golongan pemerintah dalam melaksanakan perintah. Janganlah melihat insan lain melalui rupa paras sahaja.
Kita haruslah bersyukur dengan semua
yang kita sudah miliki. Rujukan Puteri Gunung Ledang. Diakses pada 09 April 2018 daripada http:// infinatus-lagendamelayu.blogspot.my/2010/06/puteri- gunung- ledang.html Puteri Gunung Ledang. Diakses pada 10 April 2018 daripadahttp://bukually.blogspot.my/2010/08/puteri-gunung- ledang.html Di Istana Melaka Di Gunung Ledang Babak 6: Di dalam Istana Melaka Narator : Syarat-syarat peminangan yang diterima. Tujuh sulap kata semuanya. Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, 7 tempayan banyaknya. Jawapannya, 7 tempayan air mata anak dara sunti. Kedua, pinang. Bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya. 7 tempayan banyaknya. Jawapannya, 7 tempayan air pinang muda.Ketiga, merangkak bebas di dataran, darah juga kehendaknya. Sifatnya 7 dulang banyaknya. Jawapannya, 7 dulang hati hama. Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya. Sifatnya 7 dulang banyaknya. Jawapannya, 7 dulang hati nyamuk. Kelima, darah merah rakyat untuk menambat darah putih dari tapak ke takhta. Jawapannya, jambatan perak dari Melaka ke puncak Gunung Ledang.Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke takhta. Jawapannya, jambatan emas dari Melaka ke puncak Gunung Ledang. Ketujuh, dara seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti. Sebatil. Jawapannya, darah Raja Ahmad, putera Biar diketahui semua, tanggungjawab Beta bukan sekadar memberi titah. Putera Beta atau tanah Jawa. Semua ini peritnya seperti menelan hempedu, bagai racun menusuk kalbu. Tetap ia bukan penghalang. Beta sedia memenuhi ketujuh-tujuh permintaan Puteri Gunung Ledang. Narrator : Angin kuat memasuki ruang Istana, jelmaan G. Puteri datang menghadap baginda Sultan. PGL : Ampun tuanku. Pengorbanan demi cinta adalah indah. Dan pengorbanan demi Negara sungguh mulia. Tapi apalah artinya berkorban dengan tangan berlumur darah manusia yang tidak berdosa. Apa Tuanku sanggup melakukannya? Mungkin belum jelas bagi Tuanku kalau permintaan saya sebetulnya satu penolakan. S. Mahmud : Apakah ini semua hanya satu permainan? Beta sanggup berkorban demi rakyatmu. Dan kamu memperkecilkan usaha Beta ini? Berani kamu…mempersendakan Beta. Mempersendakan Beta yang ingin melindungi kedaulatan kerajaanmu. PGL : Sungguh mulia niat, Tuanku. Tapi apakah itu niat yang keluar dari hati? Saya telah membuat keputusan untuk pulang ke Jawa untuk bersama Pangeran Demak. Mengapa tujuan itu juga Tuanku halangi? S. Mahmud : Kamu sedar tak kepada siapa kamu berkata ini? Beta bukan rakyat kecilmu. Untuk kamu lakukan sedemikian rupa? PGL : Rakyat kecil saya? Rakyat kecil saya yang demi mereka Tuanku sanggup korbankan Putera Mahkota itu? Apa ada di kalangan kalian yang bertanya mengapa saya datang ke negeri ini? Saya hanya menuruti kata hati. Itu hak saya. Hak setiap manusia. Hak untuk memilih. Saya tidak ingin layu di karaton( Istana). Saya ingin merdeka. Bebas untuk mencintai dan dicintai. Bukan mengingkari kebesaran Melaka. Jikalau betul kebesaran Melaka berada di telunjuk Tuanku, mengapa perlu perkahwinan ini untuk menyelamatkan Negara saya? S. Mahmud : (berjalan ke arah PGL) Kamu berkata tanpa beralas. Kamu lupa Melaka ini negeri berdaulat. Sehiris luka yang Beta terima di tanah yang kamu pijak ini, Se-Melaka sakitnya merasa. Pilu Beta dengar hirisan katamu itu. PGL : Saya hanya ingin berdiam di atas puncak Gunung Ledang. Supaya tidak melukai hati sesiapa pun. Izinkan saya, Tuanku. S. Mahmud : Beta perkenankan permintaan kamu. Tetapi, perbuatanmu ini tetap derhaka. Dan sesungguhnya bumi Melaka ini bumi berdaulat. Kamu akan keseorangan di puncak Ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah subuh kelak. Nescaya dia yang memandang Beta sumpah hilang nyawa bermuntahkan darah. (keris ditikam ke lantai) PGL : Memang besar daulat Melaka. Tetapi Tuanku membazirkannya. Daulat Tuanku. Semoga Tuanku tetap bertakhta hingga ke akhir zaman. Narrator : H. Tuah datang ke Puncak Gunung Ledang setelah menerima perkhabaran itu. Memohon keampunan atas kesalahannya yang tidak mempertahankan cinta mereka. H. Tuah : Sekiranya adinda izinkan, biarlah kanda menetap di sini, menghirup udara yang sama dan betapak di tanah yang sama dengan adinda. Jikalau adinda setuju, berikanlah kanda petunjuk. Sesungguhnya kanda cintakan dinda. (bersujud ke tanah) PGL : Ku hinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas ku rasakan, namun akan menjadi bekal sampai akhir zaman. Aku juga mencintaimu Tuah. Narrator : Cinta agung yang tidak bersemi, tetapi masih tetap termetri. Umpama rindu bulan mengelilingi Bumi menyinari kegelapan di malam hari. Sejak itu tiada khabar berita tentang kedua insan bercinta. Namun Gunung Ledang menjadi tanda keagungan dan keluhuran cinta mereka. Pengorbanan cinta indah. Narrator : Cinta agung yang tidak bersemi, tetapi masih tetap termetri. Umpama rindu bulan mengelilingi Bumi menyinari kegelapan di malam hari. Sejak itu tiada khabar berita tentang kedua insan bercinta. Namun Gunung Ledang menjadi tanda keagungan dan keluhuran cinta mereka. Pengorbanan cinta indah.