Anda di halaman 1dari 2

Tradisi Persembahan Gamelan

Telah menjadi tradisi gamelan Terengganu dipersembahkan di istana raja dan


berfungsi sebagai sebahagian daripada acara dalam kegiatan-kegiatan istana
terutamanya pesta-pesta dan perayaan-perayaan diraja. Umumnya gamelan
dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan,
berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan dan majlis-majlis jamuan yang
istimewa. Selain dari itu, bahkan tidak kurang juga untuk hiburan raja dan
permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda. Dalam manamana fungsi, persembahan biasanya dimulakan dari selepas waktu Isyak ( jam 9
malam ) hingga ke tengah malam tetapi di Pahang biasanya dimulakan selepas
tengah malam hingga hampir subuh ( jam 5 pagi ) malah kadang-kadang dari 10
malam hingga menjelang siang.
Bentuk persembahan dapat dikatakan tipikal, dimulakan dengan lagu perang
sebagai lagu pembuka ( overture ) dan persediaan membariskan para penari.
Selepas lagu perang baru dimulai tarian dengan lagu Ayak-Ayak dan biasanya
diikuti oleh Lolo atau Lonang. Kemudian barulah dengan tarian-tarian lain
mengikut urutan cerita atau babak-babak yang telah ditentukan. Lagu-lagu
instrumental ( tanpa tarian ) dimainkan sebagai selingan bila diperlukan.
Suatu aspek yang dimestikan dan dijaga begitu rapi dalam kesenian gamelan
ialah pakaian dan perhiasan penari-penari. Menurut informan, barang-barang
kemas yang dipakai adalah dari emas dan permata yang asli ( bukan replika ).
Pending dari emas, gandik emas ditatah permata berlian, gelang tangan dan
gelang kaki dari emas tungkal, subang emas atau berlian, hiasan kepala. Pacak
sanggul, pin dan brooch , semuanya dari emas asli dari simpanan diraja. Para
penari kadang-kadang merasa berat dan rimas dengan hiasan yang terlalu sarat.
Suatu hal yang menarik ialah adanya kesungguhan untuk menghidupkan
persembahan dengan mengadakan props yang sesuai dengan urutan cerita atau
yang dipersembahkan. Misalnya dalam lagu dan tarian Geliung yang
menceritakan seorang anak raja ditukarkan dengan anak menteri, digunakan
anak patung dan buaian sebagai props. Penari berlakon bersungguh-sungguh
untuk menggambarkan gerak dan emosi dalam babak yang diceritakan.
Kesungguhan dalam menghidupkan lakonan dan menyediakan persembahan
dapat dilihat dalam tarian-tarian yang lebih elaborate, misalnya untuk tari dan
lagu Perang Besar, diterangkan dalam manuskripnya demikian :
Maka apabila hendak main perang, segala penari diusapkan dengan
kemenyan oleh tukang keromong serata badan, kaki tangan dan muka
disapu asap kemenyan. Kemudian perbara itu diletak di bawah
keromong.Bila asyik penari-penari dalam kelupaan, tukang keromong
hendaklah menabur beras basah yang dijampi kepada segala penari.
Ada ( penari ) terkadang lupa sampai dua tiga hari; ada kadang
semalaman. Yang lazim dan biasa di dalam masa perang sahaja jikalau
tiada termasuk daripada syaitan yang lain. Maka bila lupa sampai dua
tiga hari tiadalah makan satu apapun lain daripada bertih dan bunga
air.Maka kelakuan di dalam perang itu ada kadang boleh membawa
lakon tari, ada terkadang menjerit-jerit sahaja. Dipukul lagu-lagu yang
tidak disetujukan tidak ia hendak menari, sehingga dibiarkan dengan
begitu sedar sendirinya. Ada kadang sedar dengan lagu pemulih, ada

kadang sedar dengan lagu-lagu yang lain tidak ia berkehendak main


perang lagi.

Anda mungkin juga menyukai