Anda di halaman 1dari 9

TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA

   Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada tiga kaum yang
utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada
masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan
sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai
contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan
sumazau.

TARIAN MELAYU

TARIAN MAK YONG


Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan
drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari
Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN JOGET

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu
era perdagangan rempah di situ.

TARIAN INDIA 

TARIAN BHARATHANATYAM

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah
“bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik),
“ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).
Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai
manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya
Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.

Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang


menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat.
Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka
terhadap dewa yang dipuja.

Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki


juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.

Terdapat dua bahagian utama dalam


tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari
dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.

Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang


akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh
ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis
wanita.

Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi


muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata)
dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).

Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan,
maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu
menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata
digerakkan.
TARIAN KOLATTAM

Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang
kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu
bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta
bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi,
seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan
lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka  untuk
mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta
menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan
lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.

TARIAN CINA 

TARIAN NAGA 

Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada
kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.  Pada zaman kuno, rakyat berfikir
naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada
musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina
sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah 
menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.

Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian
naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang
istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.

Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lain-lain. Selepas
hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder
untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai
menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada
waktu malam dan ia sangat menarik.  Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa
perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk
menunjukkan semangat orang Cina.

TARIAN SINGA

Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China, juga adalah aktiviti yang
popular.  Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah
keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun.  Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta
boleh dibahagikan kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan.  Bentuk, corak, warna dan
banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.

Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut legenda,
pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru, raksasa itu
mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan
sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara bermain singa untuk
menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh
itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib
baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun
Baru.
TARIAN KIPAS

Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan
pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari
antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai
baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari
akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.

        Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan
2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu
mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan
buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan
kepada seluruh anggota masyarakat.
TARIAN SABAH

TARIAN SUMAZAU 

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh
Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian
ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan
dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung
terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan
semasa majlis jamuan.
TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai
Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa
Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria
seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam
pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari
lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk
menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk
memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan
oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan
terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama
lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-
insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau
rangsangan daripada para penonton.

TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT

Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat
popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat
Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila menyambut Hari
Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan.

     Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’.
Semasa menari, penari-penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju
burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang
seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang yang
dihiaskan dengan buru-buru burung juda dipakai.

    Penari-penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah
serta melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian dengan
upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai
kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan
menghayunkan badan ke kiri dan kanan.

      Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti
gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong. Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil
membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang
menyambut Hari Gawai.

Anda mungkin juga menyukai