Anda di halaman 1dari 7

1.

TARIAN SINGA (CHINNA)


Kostum tarian singa selatan.
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞 獅 ;pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalamadat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh
dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala
kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi olehgong,dram, dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negaraChina,Taiwan,Jepun,Korea,Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun
lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan
warna merah, jingga dan kuning(hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara
adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan. Tarian Singa
Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan
sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian
Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang
lebih besar dari pada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.
2. TARIAN TRADISIONAL SABAH (MALAYSIA)
Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar
masyarakat adalah seni tari. Sabah juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian
tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain,
Sabah sememangnya kaya dengan tarian tradisional. Antara tarian-tarian asli yang
popular dan dikenali ramai adalah Sumazau, Limbai, Sumayau, Magunatip, Adai-adai
dan Daling-Daling.
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah
dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian
ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan
juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan
irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki
dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.
Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
TARIAN LIMBAI
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan
ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan
sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan
upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan
istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota
anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai- lambaikan
selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga
dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut
hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya
tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan
sebagainya. Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah
lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus
juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar
besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk
mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau
memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk
memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang
lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari
penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan
tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika
dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat
perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau
rangsangan daripada para penonton.
TARIAN MAGUNATIP
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau
(Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa
maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh)
jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan
muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat
serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan
sesuatu upacara yand diadakan.
TARIAN ADAI-ADAI
Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai
pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat
muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan
pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung
atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian
masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.
TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia
dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat
Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik
masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling- daling berasal
daripada perkataan Inggerisda rlin g yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian
hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki
dan perempuan.

3. TARIAN ASAL INDIA


Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana
untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di
kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat
peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian
Ekspressi ).Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam Kebudayaan India
telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya
dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada
gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali
adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan
Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada
tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat
asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:

BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam


Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India
dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20
rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari
bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang
paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan
muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan
perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian
Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu
persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu
unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli
menyerupai gerakan api. Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu
kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh
manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya
Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari
penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-
penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri
semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan
hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu
adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah
tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata
Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama
ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek
maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan
Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci
ini telah hilang ditelan zaman. E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan
status sosial Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula
menarik perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama
tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra
luar kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia
salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk
mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya
dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars,
hanya pernah mengajar Bharata Natyam
tanpa benar-benar melakukannya. Cara Bharata Natyam ditarikan Tarian ini dianggap
sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api
dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian
klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat
pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali
sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-
peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari
profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda,
langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan
menyanyi. Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan
Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata

Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam
(Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam
pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan),
Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan
bernyanyi). Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada
campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya
(tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang
banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang
merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting
iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang
dihias (nritta-hasta). Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli
tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman
pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai
pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada
beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan
penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana
tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini. Muzik
iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya
kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),
nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling,
biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali
dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu,
Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.Biasanya perkara-
perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan
halangan.
Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah
seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari
menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat
kebaktian atau tema cinta kasih.
Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling
lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh
mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan beberapa
aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan
cinta bagi kekasih.
Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa
muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang
menawan.
Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara
Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti. Selain perkara-
pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam,
Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu
daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu
mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha
Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam,
semasa persembahan, dia biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).

Anda mungkin juga menyukai