Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH TAHUN 6

UNIT 4: KAUM DI MALAYSIA

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA


Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di
Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis
muzik dan tarian yang terdapat di sini.

Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta


beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan
Sarawak benar-benar eksotik dan
menawan.

Setelah sekian lama kaum Cina, India dan


Portugis menetap di Malaysia, tarian-
tarian tradisi negara asal mereka juga
menjadi sebahagian daripada warisan dan
budaya Malaysia.
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan
Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita,
permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja
lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta
tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan
kesultanan Melayu
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat
dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang
terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh
para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN KAUM MELAYU

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah


tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju.
Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari
dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan,
berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di
Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN KAUM CINA

Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari


Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh
bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah
satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis
haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan
mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina.
Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa
diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan
keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara
penari-penarinya.
Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan
kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta
kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan
dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang
baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi
mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran,
keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.
TARIAN KAUM INDIA

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian
yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India
purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada
umur semuda lima tahun.
TARIAN BANGSA SIKH

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada


mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai,
tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan
kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan
Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema
romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan
dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian
Banghra sangat menghiburkan.
TARIAN SUKU KAUM IBAN

Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban


di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan
Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku
kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak,
diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki
mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang
persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang
panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
TARIAN SUKU KAUM KADAZAN

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya


dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan
kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda
kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk
menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari
lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang
mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta
pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang
terbang.

Anda mungkin juga menyukai