Anda di halaman 1dari 13

TARIAN ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.

Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa
dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.

Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.

TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini

juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang
mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman

ataupun persembahan terbuka.


Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN SUMAZAU

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.

Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.

Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

TARIAN NAGA

Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.

Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.


Orang Cina selalu menyebut Keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.

TARIAN IBAN

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan
melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.

Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2

lelaki.

Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.

Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai Fung Shui iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud seni bercerita . Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.

Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.

Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk
setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka.

TARIAN ULEK MAYANG

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian . Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut .

TARIAN INAI

Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin. Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan pertabalan diraja.

TARIAN-TARIAN DI MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai