Anda di halaman 1dari 10

KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN ZAPIN

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15.
Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam
dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.

Khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif
dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang
didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga
buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan
oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-
laki dengan perempuan.

Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama,
ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir
Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.

Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan
pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di
kampung kampung melayu.

Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian
melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di
persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk
menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.

1
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN PIRING

Tarian piring dikatakan telah wujud beratus tahun dahulu di kawasan Kuala Tembeling. Di sana, tarian
piring adalah yang asal yang diwarisi secara turun-temurun. Tarian ini sering ditarikan di majlis-majlis
perkahwinan di kampung-kampung. Tarian piring terdapat juga di daerah-daerah lain tetapi dikatakan ada
percampuran atau perubahan dalam pergerakannya. Asasnya ialah dengan menggunakan piring dan
disertakan dengan bunga atau ragam tarian. Tarian ini mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana
disebut juga ayun atau buai. Selain itu, tarian ini juga menekankan mimik muka.

Alat muzik yang digunakan ialah rebana dan gong (tetawak). Terdapat juga tarian piring diiringi
dengan gendang, serunai dan gong mengikut kumpulan dan daerah di mana ia berkembang.
Di Sanggang, Temerloh, tarian piring dipercayai dibawa oleh pedagang dari Sumatera khususnya dari
daerah Rawa. Mereka terdiri daripada peniaga dan mubaligh yang datang ke Tanah Melayu untuk
menyebarkan agama Islam. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan
penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Kini, tarian piring giat dimainkan di beberapa buah
kampung di negeri Pahang

2
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai
suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang
digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan
Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-
unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani,
Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud
sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan
Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan
peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

3
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula
dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara
persandingan Tengku Hussain.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini
hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini
dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun
persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini
adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan
adat tarian Melayu.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi


dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan
bersemangat ini berdasarkan kisah epik India
purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak
tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini
memakan masa yang lama untuk dikuasai,
terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang
mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

4
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki.
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di
mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin
merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu
kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu
kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa
kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

TARIAN SINGA

Menurut Ann Wan Seng, seorang ahli sosiologi


dan penulis terkenal, tarian singa dipercayai
mampu membawa tuah serta kekayaan pada
tahun baru. Ia juga dipercayai ditarikan bagi
membuang semangat jahat.

Tarian ini juga dikatakan menjadi pelindung


kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan.
Terdapat dua tarian singa yang amat popular
iaitu, Tarian Singa Utara dan Tarian Singa
Selatan.

Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja,
manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa kepada perlambangan alam sekitar.

Tarian singa lebih diminati berbanding tarian naga kerana ia diiringi muzik rancak, tidak memerlukan penari
yang ramai, dan tarian yang lebih agresif dan memukau.

5
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN IBAN

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian
tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung
merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang
tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri
dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan
tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan
kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

6
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN-TARIAN SUKU KAUM SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama dan dikatakan lebih dari 30 suku
kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui kebudayaan dan cara hidup
mereka. Salah satu cara untuk mengenali suku kaum di negeri ini ialah melalui tarian kebudayaan.Terdapat
lebih kurang 80 jenis tarian terdapat di negeri Sabah dan kesemuanya merupakan identiti bagi setiap suku
kaum. Setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian kebudayaan yang diwarisi turun temurun. Banyak
tarian yang masih popular sementara yang lain telah dilupakan begitu sahaja kerana peredaran zaman
serta trend hidup rakyat Sabah yang kian berubah. Generasi baru yang tidak berminat dengan tarian
kebudayaan adalah satu punca kepupusan tarian-tarian tersebut.

TARIAN SUMAZAU (Kadazan)

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang


lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara
keagamaan dan kemasyarakatan. Ia
dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas
hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar
roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari
lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian
yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang
perlahan serta pergerakan yang menggambarkan
burung yang sedang terbang.

TARIAN BRUNSAI (Bajau)

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian


Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan
musik ataupun bunyi-bunyian, ianya
mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas
pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari
lelaki.

7
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

TARIAN ADAI-ADAI (Brunei)

Adai-adai pula ialah tarian bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian
ini merupakan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu
kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana
dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei
ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang
berwarna warni.

Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang
berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat
menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun
seperti "spring".

Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian
tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu
burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.

Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi
hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke
atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.

Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka.
Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai
kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

TARIAN BOLAK-BOLAK (Suluk)

8
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering
diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh
kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.

Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu
dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

TARIAN DALING-DALING (Suluk)

Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang"
dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di
sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya
memperlihatkan keunikan tarian ini.

TARIAN MANGUNATIP ( Murut)

9
KEBUDAYAAN NEGARA KEBANGGAAN KITA

Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran serta Mangunatip yang penuh
tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta
bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di
bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara.
Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih
tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut
serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari
tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.

Gaya tarian Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang memegang
parang akan melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas
itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap sebagai seorang pemburu) akan menggunakan penyumpit
(buluh yang dimasukkan sejenis sumpit) untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik
daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini.

TARIAN SUMUNDAI (Rungus)

Tarian Sumundai ditarikan oleh orang-orang Rungus semasa upacara


perayaan tertentu sahaja. Tarian ini biasanya ditarikan bagi menandakan
perasaan syukur serta berterima-kasih kepada dewa sempena mendapat
hasil tuaian padi yang baik. Kini tarian ini ditarikan dalam majlis tertentu
seperti majlis perkahwinan serta upacara keramaian.

10

Anda mungkin juga menyukai