Anda di halaman 1dari 3

Isnin 2 Ogos 2021

Latihan Kata Adjektif Pancaindera

1. Air kolam itu menjadi ______________ apabila semua ikan di


dalamnya mati.
A. tengik
B. hancing
C. busuk

2. Setelah penat bersorak, suara budak itu menjadi ___________ .


A. garau
B. serak
C. merdu

3. Ubi kayu yang empuk itu ___________ dimakan.


A. payau
B. enak
C. kelat

4. Air kopi itu terasa ___________ kerana belum dibubuh gula.


A. kelat
B. manis
C. pahit

5. Telefon bimbit itu berbunyi sungguh ___________ sehingga


mengganggu tumpuan kami.
A. merdu
B. gemersik
C. nyaring

6. Buah salak yang belum benar-benar masak akan


terasa ___________
A. tawar
B. masam
C. kelat

7. Permaidani itu masih ___________ walaupun telah dijemur


selama beberapa hari.
A. sejuk
B. dingin
C. lembab

8. Buah peria yang ditanam di kebun Pak Samad ___________


sekali.
A. masam
B. kelat
C. pahit

9. Minyak di dalam botol itu tidak boleh digunakan lagi


kerana berbau ___________ .
A. tengik
B. hapak
C. busuk

10. Bunyi jeritan yang ___________ dari rumah di tepi hutan


itu sungguh menakutkan.
A. mersik
B. nyaring
C. garau

Anda mungkin juga menyukai