Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KATA HUBUNG

Isi tempat kosong di bawah dengan kata hubung yang sesuai.

1. Semua murid berdiri tegak _________________ bendera Malaysia dinaikkan.

2. Pemuda ___________ berjaja buah-buahan itu sangat rajin.

3. Kamu suka minum kopi _____________ teh?

4. Amir _________ Ramli suka bermain badminton pada waktu petang.

5. Semua murid menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka ________________ Asnah.

6. Ayah mengambil galah ____________ menjolok buah rambutan itu.

7. Budak itu menangis ______________ perutnya lapar.

8. Abang mendengar muzik ________________ menyiapkan kerja rumahnya.

9. Datuk membubuh baja pada tanaman itu ____________________membesar dengan subur.

10. Murid di sekolah tersebut bertambah _________________ bangunan baru yang didirikan
telah siap.

11. Pertandingan bola sepak itu tetap diteruskan ________________ hari hujan.

12. Kami akan menunggu di sini ________________ dia datang.

13. Ibu menyajikan makanan di atas meja __________________ menunggu tetamu datang.

14. Guru-guru itu sedang berbincang ________________ Majlis Anugerah Cemerlang yang
akan diadakan pada bulan depan.

15. __________________ menternak ayam, Puan Wong juga menanam sayur-sayuran.

16. Dengan keberanian pemuda itu, _______________ budak yang hampir lemas itu berjaya
diselamatkan.

17. Selepas makan ubat, pesakit itu tidak sembuh, _____________ keadaannya
bertambah tenat.

18. Bukan kami sahaja ,_____________ murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab
soalan itu.

19. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula _____________bil


telefonnya belum dibayar.

20. Murid itu membaca petikan dengan teliti _____________ menjawab soalan.

Anda mungkin juga menyukai