Anda di halaman 1dari 2

KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata Hubung Pancangan Contoh

Agar Awak harus makan ubat agar lekas sembuh.

Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita kemalangan yang


melibatkan bapa saudara saya.
Bahawa Cikgu Eddy mengatakan bahawa semua muridnya mendapat gred
A dalam subjek Bahasa Melayu.
Biarpun Biarpun datang dari keluarga yang kurang berada,Linda mampu
bersaing dengan rakan-rakan lain di dalam kelas
Hingga Ayah dan kawan-kawannya berbual hingga tengah malam

Jika Jika beliau tidak sampai dalam masa sepuluh minit lagi, awak
bolehlah berangkat.
Kecuali Abang bekerja setiap hari kecuali hari Ahad.

Kerana Saya lapar kerana belum akan apa-apa sejak pagi tadi.

Ketika Ketika menunggu ibu pulang dari kerja, saya hampir tertidur.

Lantaran Lantaran kes buli yang melibatkan abangnya,Alia berasa bersalah


dengan Fatin.
Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain.

Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan.

Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke
kanan dahulu.

Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah.

Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolah sehingga habis.

Sekiranya Sekiranya dia datang, berikan nota ini kepadanya.

Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, kami tidak boleh membuka televisyen
kerana bimbang mengganggu ayah yang sedang lena.
Semenjak Semenjak berkawan dengan Hasrul, Azim selalu keluar rumah
pada waktu malam.
Sementara Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM.

Setelah Saya makan tengah hari setelah menyiapkan kerja sekolah.

Selama Budak itu tidak bertemu dengan ibunya selama lima tahun

Tatkala Saya dan ibu sedang berbual tatkala ayah balik kerja.

Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.

Sungguhpun Sungguhpun buta, pemuda itu mampu berdikari.

Yang Pemuda yang berkaca mata itu adalah abang saudara saya.

Jikalau Jikalau saya kaya,saya akan membina rumah perlindungan untuk


anak-anak yatim.
Andai Andai awak ingin berjaya,awak haruslah berusaha bersungguh-
sungguh.
Untuk Rumah untuk kegunaan pekerja-pekerja itu sudah dibaiki

Anda mungkin juga menyukai