Anda di halaman 1dari 10

BAHASA MELAYU

(MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN)


TAHUN 3

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan 1 hingga 5 berdasarkan


petikan tersebut.

Rumah Anak yatim Ceria terletak di Sarawak. Rumah anak yatim itu
dikendalikan oleh seorang usahawan yang bernama Encik Samshudin.

Di rumah anak yatim itu terdapat 18 orang kanak-kanak anak yatim.


Dua orang wanita Cina, seorang wanita Melayu dan seorang wanita India
yang bekerja di situ untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
tersebut berumur dari 5 tahun hingga 12 tahun. Kesemuanya masih
bersekolah di sekolah rendah.

Encik Samshudin seorang yang baik hati. Beliau sayang akan kanak-
kanak di situ. Rumah anak yatim itu juga mendapat bantuan daripada
orang ramai.

Kadang-kala ada persatuan sukarela yang datang melawat kanak-


kanak di situ. Pada musim perayaan, rumah anak yatim itu akan dikunjungi
ramai budiman.

1. Di manakah Rumah Anak Yatim Ceria terletak?


A. Sarawak B. Johor C. Melaka

2. Siapakah yang mengendalikan rumah anak yatim itu?


A.Encik Samshudin B. Kanak-kanak C. Encik Ali

3. Berapa ramaikah kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim itu ?


A. 5 orang B. 12 orang C. 18 orang

4. Encik Samshudin seorang yang _______.


A. baik hati B. miskin C. malas

5. Perkataan budiman dalam petikan bermaksud


A. kedekut B. murah hati C. garang
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan 6 hingga 10
berdasarkan petikan ini.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah menganjurkan
Kursus Rawatan Asas. Kursus tersebut diadakan di SJK (T) Jempol
pada 18 Mei 2013 yang lalu.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan


pengetahuan tentang ilmu pertolongan cemas.

Seramai 80 orang murid daripada 40 buah sekolah rendah telah


menyertai kursus ini. Peserta menjalani latihan praktikal. Mereka
memberikan bantuan awal seperti merawat mangsa yang mengalami
pendarahan dan membalut kecederaan.

Kursus ini dapat membantu murid-murid menolong mangsa


sementara menunggu rawatan selanjutnya.

6. Di manakah kursus ini diadakan?


A. SJK (T) Jempol B. dewan C. SK Suria

7. Bilakah kursus ini diadakan?


A. 18 Mei 2013 B. 8 Jun 2013 C. 1 Mei 2013

8. Apakah tujuan kursus ini diadakan?


A. Mengisi masa lapang.
B. Memberikan pengetahuan tentang Muzik.
C. Memberikan pengetahuan tentang ilmu pertolongan cemas.

9. Berapakah jumlah murid yang menyertai kursus ini?


A. 80 orang B. 40 orang C. 8 orang

10.Peserta menjalani latihan praktikal bagi merawat mangsa yang_______.


A. batuk
B. keracunan makanan
C. mengalami pendarahan dan membalut kecederaan.

Pilih Imbuhan yang betul bagi ayat di bawah.

Gambar soalan 11
11. Farhana ___________(siram) pokok bunga di halaman rumah.
A. menyiram B. penyiram C. tersiram

Gambar soalan 12

12. Encik Bintung ______________(cat) pagar yang sudah pudar


warnanya.
A. pengecat B. mengecat C. bercat

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 3


Gambar soalan 13

13. Encik Kim dan keluarganya ____________ (lawat) ke Menara Kembar


Petronas di Kuala Lumpur.
A. dilawat B. lawatan C. melawat

Gambar soalan 14

14.Murid-murid __________(diri) tegak semasa menyanyikan lagu


Negaraku.
A. sendirian B. berdiri C. terdiri

15. Kim Ho mengangguk-angguk, tanda faham akan __________ (pesan)


ibunya.
A. pesanan B. memesan C. berpesan

16. Haikal sabar menunggu giliran untuk menerima _________(rawat) di


hospital itu.
A.rawatan B. merawat C. perawat

Pilih Kata Kerja Terbitan yang betul bagi ayat di bawah.

Gambar soalan 17

17. Ayah ___________ lubang dengan menggunakan cangkul.


A. menggali B. memasak C. menonton

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 4


Gambar soalan 18

18. Lia suka ____________ gambar pemandangan pada waktu lapang.


A. berlari B. melukis C. membaca

Gambar soalan 19

19.Haikal ___________ buku di bawah pokok.


A. berjoging B. menjerit C. membaca

Gambar soalan 20

20.Kim Ho _____________ sampah ke dalam tong sampah.


A. melompat B. melambai C. membuang

Gambar soalan 21

21.Adam dan kawan-kawannya __________ sambil berbual-bual.


A. memasak B. berenang C. memandu
Gambar soalan 22

22. Puan Wong ____________ daun-daun kering di halaman rumah.


A. menyiram B. menyapu C. berjoging

Bagi soalan di bawah, pilih jawapan yang menggunakan Kata Adjektif


yang betul.

Gambar soalan 23

23.Bentuk jam dinding itu _____________.


A. segi empat B. bulat C. kurus

Gambar soalan 24

24.Ai Ling sentiasa mengemas bilik tidurnya supaya _________ dan selesa.
A. manis B. kotor C. bersih

Gambar soalan 25

25.Suara penyanyi lelaki itu sungguh lunak dan _____________.


A.pahit B. merdu C. rajin

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 6


Gambar soalan 26

26.Buku cerita yang dibaca oleh Kalang itu sangat ____________.


A.tebal B. busuk C. sedap

Gambar soalan 27

27.Bangunan perpustakaan itu sungguh ___________.


A. sedap B. tinggi C. rajin

Gambar soalan 28

28.Bunga ros di dalam pasu itu berbau _________ dan segar.


A. harum B. tebal C. rendah

Pilih Kata Ganda Penuh yang betul bagi ayat di bawah.

Gambar soalan 29

29.______________ terbang pada waktu malam dan mengeluarkan cahaya.


A. Ikan-ikan B. Pokok-pokok C. Kunang-kunang

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 7


Gambar soalan 30

30.Kanak-kanak bermain ____________ di padang dengan gembira.


A. layang-layang B. lalang-lalang C. baju-baju

Gambar soalan 31

31.Kawan Ahmad bekerja sebagai penggembala _____________.


A. burung-burung B. biri-biri C. bunga-bunga

Gambar soalan 32

32.Pesawah memasang ____________ di tengah sawah padi.


A. orang-orang B. belon-belon C. buku-buku

Gambar soalan 33

33.____________ di dalam akuarium itu berwarna-warni.


A. Kucing-kucing B. Ayam-ayam C. Ikan-ikan

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 8


Gambar soalan 34

34_____________ mestilah menumpukan perhatian semasa guru mengajar


di dalam kelas.
A. Ibu-ibu B. Murid-murid C. Burung-burung

Gambar soalan 35

35. Kita boleh meminjam ________________ di perpustakaan sekolah.


A. baju-baju B. kayu-kayu C. buku-buku

Bagi soalan 36 hingga 40, pilih nama permainan yang betul berdasarkan
gambar.

Gambar soalan 36

36.Nisya dan Tia bermain ____________ bersama-sama.


A. congkak B. tingting C. wau bulan

Gambar soalan 37

37. Vinod dan Haikal bermain ____________ di belakang rumah.


A. gasing B. aci sorok C.congkak

Rozilawana bt Ibrahim /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 3 / Ogos /Muka surat 9


Gambar soalan 38

38. Vinod dan Kim Heng menyertai acara _________ di sekolah.


A. bola sepak B. lari ikat kaki C. gasing

Gambar soalan 39

39. Siti bermain __________ di ruang tamu.


A. aci sorok B. batu seremban C.congkak

Gambar soalan 40

40. Suresh suka bermain ____________ pada waktu lapang.


A. gasing B.tingting C. layang-layang

Anda mungkin juga menyukai