Anda di halaman 1dari 6

SULIT

MADRASAH AT TARIQ,
NO. 12 JALAN SUTERA MERAH 2,
TAMAN SUTERA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021

BAHASA MELAYU
KERTAS 1

ABYAD
(TAHUN 1)
1 jam 15 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi satu bahagian.. Jawab semua soalan.

NAMA

KELAS

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA


Bahagian Soalan Markah penuh Markah diperoleh
A 1-35 35
JUMLAH 35

1
SULIT

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Saya _______________ Lina ke sekolah.


   A. sambil B. dan

2. Kamu makan nasi ____________ roti ?


   A. dan B. atau

3. Logah menangis ______________ bukunya hilang.


    A. kerana B. sambil

4. Kaki adik luka ________________ dia tidak menangis.


    A. tetapi B. sejak

5. Amira makan ______________ membaca.


    A. tetapi B. sambil

6. Diana memetik tiga _________________ bunga.


A. keping B. kuntum

7. Kamal mandi di se ____________________ sungai .


A. batang B. buah

8. Fati ada dua _________________ ikan.


A. biji B. ekor

9. Boni membeli tiga _______________ baju.


A. helai B. ikat

10. Se ___________________ burung terbang ke sarang.


A. kawan B. kumpulan

2
SULIT

B. Pilih jawapan yang sesuai.

11. Adik suka makan ubat yang __________________.


A. pahit B. manis C. pedas

12. Sita _____________ belajar supaya pandai.


A. benci B. tekun C. malas

13. Malam ini amat _____________________.


A. rajin B. gelap C. takut

14. Buah durian itu sungguh _________________________.


A. lebat B. cantik C. bijak

15. Ayam jantan itu berbulu ____________________________.


A. kerdil B. parau C. hitam

16. Pokok betik itu ____________________ kerana ada baja.


A. buncit B. pendek C. tinggi

17. Jam dinding itu _______________ sepuluh minit.


A. suntuk B. lambat C. segera

18. Sanjana _______________________ untuk bertanya.


A. malu B. pekak C. buta

19. Pisang muda rasanya _____________________________.


A. tawar B. manis C. kelat

20. Air sungai  di rumah saya sangat _______________________.


A. masin B. sejuk C. manis

3
SULIT

C. Pilih ayat betul berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi.

21. A. Dali sedang bermain dengan ikan.

B. Dali sedang memancing ikan.

C. Dali sedang memberi ikan makan.

22. A.Kamal dan Ranjit berenang di kolam.

B. Kamal dan Ranjit bermain bola.

C. Kamal dan Ranjit berlari di padang.

23. A.Emak Doris sedang memasak di dapur.

B. Emak Doris sedang menjahit baju.

C. Emak Doris sedang menjaga adik.

24. A.Rani sangat rajin membeli buku.

B. Rani sangat rajin menyusun buku.

C. Rani sangat rajin menjual buku.

25. A.Seha suka menyiram pokok bunga.

B. Seha suka menyiram sayur di taman.

C. Seha suka menyiram pokok kayu.

4
SULIT

D. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan petikan di bawah.

Mei Hua : Itu burung apa?

Siva : Itu burung kakak tua.

Mei Hua : Itu burung kakak tua siapa?

Siva : Itu burung kakak tua saya.

Mei Hua : Burung kakak tua kamu namanya apa?

Siva : Burung kakak tua saya namanya Kiki.

Mei Hua : Burung itu tinggal di mana?

Siva : Burung itu tinggal di dalam sangkar.

26. Burung kakak tua itu milik siapa?


A Mei Hua B Siva C Kiki

27. Apakah nama burung kakak tua itu?


A Kaka B Kiko C Kiki

28. Di manakah burung kakak tua itu tinggal?


A Sangkar B Hutan C Rumah

29. Siapakah Mei Hua?


A Kawan Kiki B Kawan Siva C Adik Kiki

30. Siva dan Mei Hua berkawan______________________.


A rajin B. baik C. jahat

5
SULIT

E. Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan petikan yang diberi.

Nasib Anak Belalang


Di sebuah padang rumput tinggal seekor anak belalang. Dia tinggal di sana kerana banyak rumput.
Rumput di padang itu hidup subur.

Datuk belalang selalu menasihatinya supaya berhati-hati. Di padang itu juga ada banyak
burung, ular dan katak.

Pada suatu pagi, ketika sedang melompat-lompat mencari makanan, tiba-tiba dia disambar
oleh burung merpati. Anak belalang pun mati.

31. Di manakah anak belalang tinggal?


A. kebun B. pulau C. padang

32. Apakah makanan anak belalang?


A. kuih B. rumput C. cacing

33. Siapakah yang selalu menasihati anak belalang?


A. nenek B. datuk C. bapa

34. Haiwan yang suka makan anak belalang kecuali..


A. siput B. burung C. katak

35. Apakah yang terjadi kepada anak belalang?


A. gemuk B. mati C. tidur

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ _______________________ _____________________


(NUR NAZIHAH NAIEM) (SITI AISYAH JEMY) (DR. SYAHIRAH SHEIKH)
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Pengetua Madrasah At Tariq

Anda mungkin juga menyukai