Anda di halaman 1dari 4

Dalam bidang pendidikan, penguasaan kemahiran berfikir

secara kritis dalam kalangan pendidik penting untuk


menjadikan pelajar mampu mentafsir dan mempraktikkan
prinsip dan subjek yang dipelajari ke dalam konteks kehidupan
harian.

Kemahiran berfikir secara kritis juga mendorong pelajar


meneliti dan membuat pertimbangan sesuai ketika menghadapi
babak kritikal dalam kehidupan mereka.

Kemahiran pemikiran kritis merupakan salah satu aspek


tumpuan sejak tahun 90an lagi oleh sistem pendidikan di
negara ini, di mana Kementerian Pendidikan (KPM) telah
menetapkan kemahiran berfikir secara kritis supaya dijadikan
sebagai sebahagian asas pemerolehan ilmu dan kemahiran
dalam mata pelajaran.

Selain itu, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian


masalah juga merupakan salah satu elemen terkandung dalam
kemahiran abad ke-21 di mana era globalisasi negara di serata
dunia memandang berat terhadap bidang pendidikan yang
memainkan peranan penting dalam mencorakkan modal insan
mempunyai pakej lengkap dengan mempunyai sahsiah tinggi
serta berkualiti.

Pemikiran kritis didefinisikan sebagai membuat pertimbangan


dan penilaian kualiti sesuatu maklumat bertujuan untuk
memutuskan tindakan dan kepercayaan.

Oleh itu, Malaysia haruslah menyahut cabaran ini untuk


mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 dalam sistem
pendidikan.

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa pemikiran kritis


pelajar dipengaruhi kualiti dan corak pengajaran pendidik.
7 langkah yang guru perlu tahu untuk menghasilkan
pelajar kritis:

1. Pelaksanaan pengajaran yang merangsang pemikiran


kritis memerlukan integrasi kemahiran berfikir ke dalam
kandungan pelajaran, penyoalan aras tinggi, cara
respons dan permodelan oleh pendidik yang
mencambahkan potensi pemikiran pelajar.

2. Seorang pendidik hanya mampu mengendalikan


pengajaran berfikir dengan lebih berkesan sekiranya dia
seorang yang kritis.

3. Pendidik perlu diasuh sebagai pemikir yang inovatif


untuk melahirkan pelajar kritis.

4. Pendidik perlu cenderung membuat refleksi kritis ke


atas maklumat yang diperoleh bagi menjadikannya
seorang yang menguasai secara mendalam konsep
sesuatu ilmu itu.

5. Pemikiran kritis akan membentuk seorang pendidik


cemerlang.

6. Kaedah pengajaran perlu diubah, tidak boleh


dikendalikan bersifat dogmatik, iaitu bertumpu pada
teks.

7. Elak guna kaedah pengajaran yang kurang


meningkatkan daya intelek pelajar.
Faktor Sosial
Seterusnya, faktor persekitaran sosial dianggap penting sebagai
pemangkin kepada daya berfikir individu. Nilai yang terbentuk dalam
persekitaran sosial mempengaruhi kebolehan individu berfikir.

Dalam hal ini, ahli falsafah dalam pemikiran kritis menjelaskan pemikiran
kritis sesuai dibangunkan dalam konteks pembelajaran sosial dengan
mewujudkan komuniti berfikir.

Justeru pembangunan kualiti pemikiran pendidik itu dipengaruhi faktor


personal dan faktor persekitaran.

Selain itu, pelajar juga perlu menukar persepsi mereka, bahawa


kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan penyebab
utama mencapai kecemerlangan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan
nilai kemahiran serta modal insan.

Kelemahan itu perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang


dikeluarkan institusi pendidikan di negara ini mempunyai nilai idea
baharu, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat
membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.

Kajian tinjauan dijalankan Kementerian Sumber Manusia pada 2005 telah


mendapati faktor utama yang menjadi punca pengangguran adalah
kurang kemahiran komunikasi khususnya dalam kemahiran lisan dan
kemahiran pemikiran kritikal khususnya dalam penaakulan yang berkaitan
penyelesaian masalah.

PENTING PEMBUDAYAAN ILMU

Perhatikan bahawa tugas melahirkan pendidik yang kritis bukan


usaha yang mudah, malah memerlukan masa, tenaga dan
iltizam serta dukungan daripada persekitaran.
Pelbagai pihak termasuk pihak kementerian dan pendidik perlu
berganding bahu untuk menggilap potensi ini dengan kaedah
membudayakan ilmu.

Hanya melalui pembudayaan ilmu, sikap kritis dan penguasaan


ilmu dapat diraih. Bagi menjamin inisiatif ini berterusan,
pendidik memerlukan sokongan persekitaran iaitu daripada
pentadbir, rakan sekerja, pelajar dan kemudahan yang lengkap.

Sekiranya suasana berfikir telah membudaya dari dalam dan


luar, Malaysia pasti berupaya melaksanakan pengajaran
bercorakkan pemikiran kritis dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai