Anda di halaman 1dari 7

PENGEKALAN MUZIK TRADISIONAL MELALUI AKTIVITI KO KURIKULUM

Pendahuluan Muzik. Satu perkataan yang mudah disebut tetapi terlalu luas makna dan penggunaannya dalam kehidupan seharian seseoramg manusia. Muzuk sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang sentiasa berevolusi sesuai dengan peredaran masa, zaman dan latar budaya serta fahaman sesuatu bangsa. Muzik tidak dapat dikatakan milik mutlak seseorang individu tetapi boleh menjadikan sesuatu bangsa atau kaum itu sinonim dengan muzik berkenaan.

Sebut sahaja muzik blues, motown, rap, R&B, rock & roll, jazz dan banya lagi tentu sahaja kaum kulit hitam di Amerika Syarikat menjadi pengasas dan pemilik mutlah muzik berkenaan yang lahir dari luahan perasaan mereka terhadap ketidakpuasan kepada tuan mereka semasa zaman hamba abdi dan peralihannya sehinggalah sekarang.

Jika muzik latin seperti rhumba, calypso, cha cha, merengue dan sebagainya, jari akan mudah menunjukkan ke Amerika Selatan yang cukup terkenal dengan muzik sedemikian. Pengaruhnya bukan sahaja terkenal di negara mereka bahkan sehingga lah ke peringkat antarabangsa. Budaya muzik mereka seakan mempengaruhi dunia pada hari ini. Perkembangan ini sedikit sebanyak telah mula mempengaruhi budaya muzik tradisional di serata dunia.

Budaya Muzik Malaysia Kini Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arus muzik dunia. Segala jenis muzik yang ada di dunia pada hari ini dapat dinikmati dengan mudahnya selaras dengan perkembangan teknologi. Jika dahulu peminat muzik Malaysia hanya mengharapkan kaset dan cakera padat di kedai-kedai sahaja, kini trend itu sudah jauh berubah. Mereka bukan sahaja tidak perlu lagi membeli kaset dan cakera padat yang dijual dikedai malah boleh mendapatkan lagu kegemaran mereka melaui akses internet sama ada secara muat turun lagu dari laman- laman web atau dari radio interner dengan

menggunakan perisian ynag juga boleh didapati srcara percuma. Mereka hanya perlu mengeluarkan belanja untul bil internet mereka sahaja di samping bil elektrik.

Perkembangan ini menjadikan rakyat Malaysia sangat beruntung kerana dapat menikmati muzik yang seluas-luasnya tanpa batasan. Fenomena ini akan memajukan lagi industri muzik tanahair. Namun begitu keghairahan ini seakan menenggelamkan muzik trodisional Malaysia yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Musik tradisional Malaysia yang diwarisi turun-\temurun dari satu generasi kesatu generasi melalui tradisi lisan seakan mengalami zaman gerhananya. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak seperti Kementerian Kebudayaan, Warisan dan

Pelancongan, badan-badan kebudayaan di peringkat negeri dan daerah serta pelbagai pihak lagi ternyata usaha ini amat terbatas. Muzik tradisional hanya menjadi gemilang apabila diadakan upacara sambutan sesuatu pesta atau keramaian atau acara tertentu sahaja. Selain itu muzik tradisional Malaysia hanya tinggal dalam kenangan selepas sesuatu majlis diadakan.

Tidak ramai anak-anak muda yang tahu apakah sebenarnya muzik tradisional Malaysia. Adakah ianya kepunyaan sesuatu kaum tertentu ataupun merentasi berberapa suku kaum lain. Adakah ianya berasal dari negara ini ataupun ia hanya sekadar muzik sinkretik iaitu muzik luar yang telah diadaptasi dan dijadikan muzik tradisional Malaysia.

Justeru itu amat wajarlah dicari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini. Salah satu cara untuk merealisaikan apa yang diperkatakan tadi adalah menanam rasa cintakan budaya sendiri kepada remaja dan kanak-kanak sejak mereka di alam persekolahan lagi. Untuk itu adalah dicadangkan di sini bahawa ko kurikulum adalah satu medium yang dapat digunakan untuk menyemai rasa cintakan budaya dan muzik tradisional melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankannya.

Muzik Tradisional Malaysia Sepintas Lalu Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik amat kaya dengan dengan muzik tradisionalnya sendiri. Muzik tradisional dapat ertikan sebagai muzik tradisi masyarakat yang diperturunkan secara lisan atau bertulis dari satu generasi kepada generasi lain.

Mubin Sheperd mendifinisikan muzik tradisional sebagai sesuatu perkara yang diwarisi dari satu zaman ke satu zaman yang lain dan dari satu generasi ke satu generasi dan masih dipertahankan atau diamalkan serta dihormati oleh generasi sekarang. Dr. Ariff Ahmad pula mengatakan bahawa muzik tradisional ialah pada keseluruhannya merangkumi sikap dan cara hidup sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Ia memupuk perpaduan, kerjasama dan hormat menghormati.

Muzik tradisional ini dapat dikelompokkan kepada berberapa jenis kesenian seperti teater dan seni lakon, permainan alat, tarian , nyanyian dan sebagainya. Tidak kira bangsa, ,etnik dan latar budaya yang berbeza semuanya mempunyai muzik yang dianggap sebagai tradisi mereka. Kadangkala juga dianggap sebagai medium

penyembuh penyakit atau sebagai hubungan antara makhluk dan penciptanya selain sebagai hiburan rakyat biasa atau istana.

Antara teater rakyat Malaysia yang masih ada sehingga hari ini dan masih dimainkan walaupun hanya untuk upacara tertentu sahaja ataupun sebagai satu eksperimen untuk menghidupkannya semula ialah opera cina, permainan mak yung, bangsawan, menora, jikei, mek mulung, dan berberapa lagi. Selain itu permainan main puteri telah tidak lagi dimainkan kerana pengaruh kefahaman terhadap agama.

Tarian berentak tradisional seperti tarian inang, joget, zapin, joget gamelan serta berberapa jenis tarian lagi amat popular suatu masa dahulu. Begitu juaga dengan permainan alat tradisional seperti ensemble orkestra cina, ghazal, ghazal parti,

gambus arab, gendang silat, kertuk kelapa, tumbuk kalang, caklempung, rebana, kompang dan sebagainya masih dimainkan oleh warga tua sahaja di kampungkampung atau kawasan kejiranan yang tertentu sahaja. Ko kurikulum Dan Peranannya Dalam Pengekalan Muzik Tradisional

Ko kurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum yang sedia ada dengan andaian bahawa pelajar dapat mempelajari perkara-perkara yang tidak diajarkan dalam mata pelajaran biasa. Ko kurikulum yang biasanya di jalankan pada waktu petang untuk pelajar sesi pagi atau sesi pagi untuk pelajar petang ataupun pada hari sabtu merupakan pentas terbaik untuk melaksanakan aktiviti muzik tradisional di sekolah rendah ataupun menengah. Tidak ketinggalan juga pelajar di institusui pengajian tinggi. Mereka juga masih boleh menjalankan aktiviti muzik tradisonal melalui pelbagai cara yang dirasakan sesuai dengan umur dan tahap pemikiran mereka selagi ianya tidak menggangu sensitiviti keagamaan dan budaya masyarakat setempat serta akta ataupun undang undang yang sedang berkuat kuasa. Aktiviti ko kurikulum seperti persatuan dan kelab boleh menjadi gelangang aktiviti yang berkesan . Sebagai contohnya Kelab kebudayaan boleh mengadakan aktiviti seperti pertandingan tarian, nyanyian dan drama,

nasyid sebagainya . Aktiviti lain yang difikirkan sesuai dengan keadaan masa, tempat dan latas budaya setempat juga boleh dijalankan. Aktiviti kebudayaan juga tidak harus terbatas kepada sesuatu persatuan atau kelab tetapi boleh juga merentasi kelab atau persatuan lain. Sekadar mengambil contoh; Persatuan atau Kelab Bahasa (Bahasa Melayu terutamanya) boleh

menjalankan pertandingan nyanyian lagu-lagu asli yang banyak menumpukan kepada pantun dan gurindam. Dondang sayang, dikir barat, boria juga boleh dipertandingkan jika mempunyai kemudahan kerana ia boleh dinilai dari segi bahasa oleh pakar bahasa. Ini secara tidak langsung merupakan aktiviti merentasi kelab atau persatuan.

Strategi Pelaksanaanya

Muzik tradisional biasanya terdapat di kawasan-kawasan

luar bandar.

Persekitaran sekolah di luar bandar biasanya berbeza dengan persekitaran sekolahsekolah di bandar. Masyarakat di luar bandar kebanyakannya terdiri dari satu atau berberapa golongan, iaitu petani, nelayan, penoreh getah dan sebagainya. Dalam hal ini penglibatan masyarakat setempat terhadap sekolah selalunya lebih bercorak kepada penglibatan diri. Oleh kerana kesibukan tugas, penyertaan tidak begitu meluas. Walaupun ada penyertaan, tetapi penglibatannya adalah kurang.

Justeru itu satu strategi atau cara yang dapat melibatkan masyarakat setempat dalam akiviti ko kurikulum di sekolah-sekolah perlu diaturkan.

Kebanyakan ibu bapa mempunyai kemahiran yang tertentu dalam muzik tradisional berdasarkan pengalaman atau penglibatan mereka dalam aktiviti kesenian tempatan. Adalah wajar membawa mereka ini ke dalam sekolah sebagai pengajar atau jurulatih kepada sesuatu muzik tradisiomal setempat tidak kira dari segi nyanyian, permainan alat atau teater tradisional. Kebanyakan mereka tidak mengharapkan imbuhan untuk melakukan perkara yang sedemikian. Cukup jika pengiktirafan diberikan kepada muzik tradisonal yang dibawanya sahaja.

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh menjadi tunggak utama dalam mengelolakan aktiviti ini. Disebabkan semua anggota masyarakat setempat adalah juga ahli PIBG maka amat mudah Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG untuk meminta bantuan mereka mengajar pelajar pelajar di sekolah akan kemahiran mereka melalui aktiviti ko kurikulum sejajar dengan konsep deschooling.

Selain itu, pelajar juga boleh menjalankan kajian mengenai muzik tradisional yang terdapat di kawasan mereka. Mereka boleh membuat kajian mengenai cara bagaimana menjalankan sesuatu muzik tradisional itu disamping mengetahui asalusulnya, tokoh yang terlibat dan pantang larang serta funsi muzik yang berkenaan. Pelajar juga boleh menjadi ahli sesuatu kumpulan muzik tradisional setempat dan kemudian mengembangkannya ke dalam aktiviti kelab atau persatuan yang mereka sertai. Tidak ketinggalan

guru-guru penasihat juga untuk menyertai dan mengembangkan muzik tradisional setempat.

Penglibatan pelajar dan masyarakat dari pelbagai kaum sesuatu kawasan kejiranan atau masyarakat setempat perlulah secara menyeluruh agar dapat dipastikan bahawa muzik tradisional tempatan dapat dibangunkan secara bersama melalui

aktiviti ko kurikulum yang diatur dengan sempurna setelah melibatkan pelbagai pihak

yang berkenaan. Bantuan kepakaran dari badan budaya daerah atau negeri juga boleh diminta untuk menjayakan hasrat ini.

Penutup Sesungguhnya muzik tradisional tempatan masih dapat dipertahankan kewujudannya melalui aktiviti ko kurikulum yang dirancang dengan teliti dan melibatkan pelbagai pihak terutamanya pengurusan sekolah , PIBG, badan budaya daerah atau negeri.

Masyarakat

setempat

khususnya

perlu

menyalurkan

kepakaran

dan

pengetahuan mereka dalam bidang muzik tradisional yang dianuti kepada pelajar dalam usaha untuk mastikan kewujudan muzik tradisional itu sendiri.

Bibliografi

1. Ahmad Usop (1984). Dondang Sayang Seni Tradisional Negeri Melaka. Majlis Kebudayaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia. 2. Ariff Ahmad,(1990, Februari). Bentuk-bentuk muzik tradisional Malaysia. Kertas Kerja . Seminar Kebangsaan Muzik Tradisional Malaysia. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mohamed Ghouse Nasuruddin (24 September 1994) Seni Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21 Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang . Mubin Sheppard (1990, Februari). Peranan Muzik Tradisional Malaysia Dari Perspektif Sejarah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Muzik Tradisional Malaysia. Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur. Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang (2003) Koleksi Pengenalan Tarian Dan Muzik Tradisional Negeri Pahang.

3.

4.

5.

Anda mungkin juga menyukai