Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Indentiti sesebuah Negara dapat ditonjalkan dengan kehidupan masyarakat dalam


sesebuah Negara dari segi politik,ekonomi dan social.Oleh itu,setiap rakyat dalam sesebuah
Negara saling memahami dan bertolak ansur agar kebudayaan pelbagai etnik dapat
dipelihara dan diketahui agar mewujudkan yang berketrampilan.Salah satu kebudayaan
perlu disemai dalam jati diri setiap masyarakat ialah makanan tradisional sesebuah kaum.Di
Malaysia terdapat berbilang etnik dengan mempunyai budaya makanan yang berlainan
serta keistimewaan makanan trasional

boleh dikaitkan dengan kebudayaan

dan

keistimewaan adat setiap kaum.Hal ini juga ditekankan selaras dengan anjakan ke -3 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang berhasarat melahirkan
rakyat yang menghayati nilai teras sejagat dan identiti nasional yang utuh.Oleh itu,setiap
etnik dan rakyat di Malaysia perlu mengenali budaya etnik lain agar dapat merealisasikan
lima aspirasi sistem pendidikan yang merangkumi akses,kualiti,ekuiti,perpaduan dan
kecekapan(PPPM 2013-2015) yang diterapkan dari akar ubi iaitu peringkat sekolah lagi
Perayaan-perayaan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan etnik dengan sejarah
dan legendanya tersendiri yang perlu dihayati dan dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.
Perayaan Duan Wu Jie yang mempunyai sejarahnya dalam mengeratkan hubungan antara
kaum Cina apabila mereka bertukar-tukar ketupat Cina atau "zongzi" dalam bahasa
Mandarin sebagai buah tangan semasa perayaan itu. Selain berkongsi "zongzi" dengan cita
rasa berlainan ada juga aktiviti kunjung-mengunjung. Hari Ketupat, Pesta Chang atau
Perayaan Duan Wu Jie selari dengan Pesta Perahu Naga jatuh pada 20 Jun tahun ini yakni
tahun 2015. Menjelang perayaan itu, masyarakat Cina mula sibuk membeli bahan-bahan
untuk membuat ketupat Cina.

2.0 Isi
2.1 Jenis Makanan
Menurut buku Shi Jing, ketupat cina ini telah menggunakan beras yang jenis pulut
sejak beberapa ribu tahun yang lalu di Utara China. Dalam buku Shi Jing juga mengatakan
bahawa ketupat cina perlu membentukkan bucu tetapi tidak berbentuk segi empat atau
berbentuk bulat. Disebabkan zaman dahulu penyembahan dewa-dewi dan Tuhan yang
Maha Esa dengan menggunakan lembu yang bertanduk. Dalam Shi Jing juga mengatakan
bahawa ketupat cina ini adalah diberi nama zongzi kerana nama zong adalah bermaksud
makanan yang mempunyai makna pewarisan. Oleh itu, bermaksud makan zongzi supaya

dapat meneruskan generasi keluarga China dari semasa ke semasa. Ketupat Cina adalah
makanan dibawa dari budaya Negara China apabila kaum Cina berpindah ke Tanah Melayu.
Kita melihat kepada perbezaan ketupat Cina mengikut etnik tersendiri dengan menyingkap
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar daripada sejarahnya. Mengapa setiap tahun
masyarakat Cina akan merayakan Pesta Perahu Naga dan Perayaan Duan Wu Jie dan ada
pula upacara sembahyang? Kisah legendanya bermula pada tahun 403 Sebelum Masihi
dan berakhir pada tahun 221 Sebelum Masihi.

2.2 Sejarah dan Latar Belakang


Perkara berlaku dua ribu tiga ratus tahun yang lalu, China dipecahbelahkan menjadi
tujuh negeri yang saling berperang, termasuk negeri Qi, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin.
Pada zaman itu, Qin adalah negeri yang sering menyerang wilayah-wilayah lain. Qu Yuan
seorang keturunan bangsawan merangkap menteri kanan negeri Chu yang setia, taat dan
bijaksana dalam mengatur strategi dan taktik dalam mempertahankan negeri Chu. Salah
satu strateginya adalah bersekutu dengan wilayah Qi. Kebijaksanaan Qu Yuan yang tiada
taranya dengan karya-karya puisi patriotik menyebabkan menteri-menteri lain iri hati dan
menyebabkan Raja Chu Huai menitahkan Qu Yuan terus dibuang negeri. Qu Yuan berkalikali menulis pelbagai karya tentang kerisauannya dan menulis surat kepada Raja Qing
Xiang yang merupakan anak sulung yang akan menggantikan Raja Chu Huai tetapi tidak
mendapat respon. Kesetiaan Qu Yuan terhadap negeri Chu tidak pernah padam walaupun
telah dibuang negeri. Qu Yuan kembali ke Negeri Chu apabila mengetahui Raja Qin
mengundang Raja Chu Huai untuk berunding, tetapi pada hakikat sebenarnya perundingan
ini adalah satu komplot untuk menjatuhkan Chu. Qu Yuan menasihati Raja Chu Huai tetapi
kesetiaan Qu Yuan masih tetap disalahertikan. Akibat hasutan orang lain, sekali lagi Qu
Yuan dipenjarakan.
Sebaik-baik sahaja Raja Chu Huai tiba di ibu kota Negeri Qin, baginda terus
ditangkap, lalu dipenjarakan dan akhirnya mangkat di negeri Qin. Setelah Raja Chu Huai
meninggal dunia, anak sulungnya iaitu Putera Qin Xiang menaiki takhta, sedangkan Putera
Zi Lian menjadi bendahara. Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplot penentangnya yang
sering memfitnahnya di depan Raja Qin Xiang. Qu Yuan sekali lagi diusir keluar dari
negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, beliau menulis banyak puisi untuk
menyatakan perhatian dan kebimbangannya terhadap negeri dan rakyatnya.
Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menakluki Ying, ibu kota Negeri
Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan agak kesal kerana tidak mampu

menyelamatkan negeri Chu. Akhirnya, pada Kalendar Lunar pada lima hari bulan lima,
dengan rasa kecewa dan putus asa Qu Yuan mengorbankan diri dengan memeluk batu
besar lalu terjun ke Sungai Miluo. Ini tercatat dalam buku sejarah Shi Ji. Lalu menurut
legenda, rakyat Chu yang amat sedih kemudian mencari-cari jasad Qu Yuan dengan
mendayung sampan. Sehari demi sehari, jasadnya masih belum ditemui. Mereka memukul
gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai supaya ikan dan udang tidak
mengganggu jasad Qu Yuan. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut dimakan oleh
naga dalam sungai, maka mereka membungkusnya dengan daun-daun buluh.

2.3 Adat dan Pantang Larang


Penduduk-penduduk Chu pula membalingkan "zongzi" ke dalam sungai dengan
harapan ikan dan udang yang kekenyangan memakan "zongzi" tidak akan mengganggu
mayat Qu Yuan. Makan "zongzi" dan pertandingan mengayuh perahu naga merupakan
aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk memperingati Qu Yuan. Pertandingan mengayuh perahu
naga sekarang menjadi satu pertandingan antarabangsa yang disertai oleh banyak negara.
Menurut Mak cik Lau, perayaan perahu ini sudah lama diamalkan sebelum kelahiran Qu
Yuan lagi. Pesta Perahu Naga ini dapat mengurangkan bisa reptilia yang mula aktif pada
bulan lima iaitu bulan berbisa dan hari kelima mengikut kalendar Cina ialah hari terburuk.
Maka, orang Cina mengadakan Pesta Perahu Naga untuk mengurangkan kesan buruk hari
tersebut. Demikianlah asal usul wujudnya aktiviti perlumbaan perahu naga pada Perayaan
Duan Wu Jie. Bulan lunar kelima setiap tahun untuk menjadi Festival Perahu Naga. Adat ini
kemudiannya tersebar ke Korea, Jepun, Myanmar, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan
negara-negara lain.

2.4 Kepercayaan
Legenda Perayaan Duan Wu Jie membolehkan kita membuat muhasabah diri dan
membuang perasaan hasad dengki sesama manusia serta menyingkirkan sifat cemburu
dalam diri sendiri apabila melihat kejayaan orang lain. Dengan erti kata lain, janganlah kita
menjatuhkan hukuman kepada seseorang tanpa sebarang usul periksa dan juga hanya
mendengar daripada satu pihak sahaja. Kebijaksanaan individu yang boleh membangunkan
organisasi perlu diketengahkan dan jangan ada sifat buruk serta berprasangka antara kita.
Hasutan dan fitnah kepada individu yang setia ini akhirnya menyebabkan banyak
kemusnahan, kerugian dan kekesalan. Nilailah seseorang itu bukan sahaja dengan

pandangan mata kasar tetapi dengan mata hati. Hargai individu-individu yang setia dan
bijaksana di luar sana.
Pesta Perahu Naga tersebut dapat memberikan kesedaran kepada kita bahawa kita
harus mengambil langkah bijak untuk mengelakkan sesuatu situasi atau keadaan bahaya
yang kita sedia maklum. Kita tentunya tidak dapat melawan takdir tetapi kita harus berikhtiar
dan mengambil inisiatif untuk mengatasi musibah. Bermula hari ini, marilah kita
bertumpukan kepada perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat dengan
melakukan perbuatan-perbuatan baik dan menjauhkan prasangka.

2.5 Kebudayaan
Menurut kalendar Cina pada lima haribulan lima, orang Cina akan membuat ketupat
Cina menurut cara masing-masing mengikut etniknya yang tersendiri. Perbezaaan ketupat
masyarakat Cina ada yang pulutnya dimasak dengan kicap terlebih dahulu (etnik Hokkien)
dan ada ketupat Cina yang berwarna putih tidak menggunakan kicap langsung (etnik
Kantonis). Etnik Hakka pula menggunakan tepung pulut bukan beras pulut dengan inti yang
berlainan seperti udang kering, lobak putih kering, bawang merah dan cendawan. Ada pula
yang membuat ketupat kosong yang dipanggil "kee chang" hanya dimakan dengan kaya
atau gula merah yang dimasak. Warna dan bentuknya yang merangkumi panjang dan segi
tiga atau segi empat, bahan-bahannya serta resipinya adalah berdasarkan kepada etnik
masing-masing.

2.6 Cara Pembuatan


Menurut ibu saya, Haw Ah Kew@Haw Chee Fong, semua bahan seperti daun buluh,
beras pulut, buah berangan kering, kacang merah, cendawan kering, udang kering, daging
ayam dan telur itik perlu dibeli awal terutamanya daun buluh yang selalu kehabisan stok.
Langkah awal dalam pemprosesan ketupat cina, daun buluh perlu direndamkan ke dalam air
dan dicucikan dengan menggunakan kain pengosok supaya kekotoran dapat dicuci. Bahanbahan dalam isi ketupat cina yakni zongzi seperti kacang merah, cendawan kering, udang
kering dan daging perlu dimasak dahulu. Apabila semua bahan telah disediakan atas meja,
baru mula membalut ketupat cina. Mula-mula daun buluh yang dicuci dibentuk menjadi
bentuk seperti kon. Selepas itu, masukkan sedikit beras pulut dalam daun buluh yang telah
dibentukkan. Nasi pulut perlu dimasukkan dengan sedikit menjadi dinding isi. Setelah beras
pulut dimasukkan, masukkan isi-isi dalam seperti kacang merah, cendawan kering, udang

kering dan daging yang telah dimasak. Seterusnya masukkan lagi sedikit beras pulut supaya
metutup isi-isi dalam. Akhir sekali, ketupat cina dibalutkan sepenuhnya dengan
menggunakan daun buluh yang selebihnya. Proses pembalutan ketupat tersebut dilakukan
dengan menggunakan tali untuk mengetatkannya supaya isi-isi dalam dan beras pulut tidak
mudah terkeluar semasa proses memasak. Cara ini boleh buat banyak ketupat cina dan
sekali gus ke dalam kuali yang berisi air panas.

3.0 PPPM 2013-2025


3.1 Akses
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terbahagi kepada kira-kira
80 etnik terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kaum-kaum di Malaysia membawa budaya
pelbagai kaum. Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskerta iaitu buddhayah,
yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan budi, dan akal manusia. Setiap murid-murid di Malaysia tidak mengira
taraf ekonomi, etnik, dan latar belakang, berhak mendapat Akses yang sama dalam
pendidikan. Setiap murid warga Malaysia berhak mendapat pendidikan dalam pelan
pembangunan negara Malaysia.
3.2 Kualiti
Semua murid warga Malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan berkualiti dan
setanding dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Jika rakyat sendiri tidak
mengenali budaya masyarakat Malaysia sendiri tidak dapat kemajuan dalam mencapai ilmu.
Untuk pencapaian hasrat ini, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) perlu
menyediakan penambahbaikan prestasi yang lebih baik. Bagi mencapai matlamat ini,
berkongsi kemajuan transformasi menerusi laporan tahunan yang memberikan tumpuan
kepada pencapaian dan jurang yang masih wujud, dengan tindakan pemulihan untuk
memastikan peningkatan secara berterusan setiap inisiatif transformasi. Misalnya makanan
ketupat cina mempunyai ciri kekeluargaan, bersatu padu, cara makan tradisional yang
tersembunyi semasa makan.
3.3 Ekuiti
Sistem pendidikan yang baik menyediakan pendidikan yang baik kepada setiap
murid-murid, tanpa mengira etnik, taraf ekonomi, atau latar belakang. Sistem pendidikan
yang di Malaysia ialah untuk semua kanak-kanak tanpa mengira siapa ibu bapa mereka,

atau di mana mereka belajar. Murid-murid akan dilengkapi dengan keperluan untuk
pendidikan anak Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh
jurang sosioekonomi antara bandar dengan luar bandar pencapaian murid menjelang 2020.
Pengurangan jurang sosioekonomi antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi
impak kepada jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan
jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan
yang lebih saksama di dunia. Sistem pendidikan Malaysia juga berhasrat menyediakan
akses kepada laluan alternatif yang menarik, seperti pendidikan vokasional untuk
menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai pelbagai minat dan kebolehan bagi
mengembangkan bakat mereka.
3.4 Perpaduan
Aspirasi utama Malaysia sebagai sebuah negara yang unik adalah memupuk
perpaduan negara. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan
keterangkuman sosial dan sistemik mempamerkan perpaduan yang lebih kuat. Oleh sebab
murid menghabiskan lebih satu per empat daripada masa mereka di sekolah semasa
mereka berusia tujuh hingga 17 tahun (Ekshibit 2-2), maka sekolah merupakan tempat
untuk memupuk perpaduan. Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami, menerima dan menghargai
kepelbagaian. Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan
Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi memantau kemajuan perpaduan ini, Kementerian
perlu melancarkan suatu kaji selidik tahunan bagi menilai petunjuk perpaduan termasuk
kepercayaan umum dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza, tahap toleransi kaum
dan agama, dan interaksi sosial antara murid daripada pelbagai kumpulan etnik.
3.5 Kecekapan
Perbelanjaan yang besar dalam bajet persekutuan untuk pendidikan menunjukkan
komitmen tinggi kerajaan Malaysia terhadap pendidikan. Walaupun tahap perbelanjaan yang
tinggi ini hampir mencapai akses sejagat kepada pendidikan rendah dan menengah rendah,
dan pendidikan menengah atas yang agak tinggi, tetapi masih ada ruang untuk
penambahbaikan dalam dimensi lain seperti kualiti, ekuiti, dan perpaduan. Oleh itu,
keberhasilan murid perlu dimaksimumkan untuk setiap nilai yang dibelanjakan. Dalam usaha
Kementerian mencapai aspirasi sistem pendidikan, pelaksanaannya akan dijalankan secara
lebih bertanggungjawab dan akan menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan
dengan lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid. Kerajaan juga
komited dalam mengekalkan tahap pelaburan dalam sistem pendidikan sedia ada, iaitu lebih
kurang 16% daripada bajet tahunan Persekutuan.

4.0 Penutup
Perpaduan antara kaum amat penting dalam pendidikan kerana tidak ada yang
ketingkalan. Malaysia boleh berjaya hingga ke hari ini ialah kerana masyarakat yang hidup
aman damai, bersatu, bekerjasama dan saling hormat-menghormati. Kita tidak mahu
keharmonian masyarakat kita dicabul oleh kuasa-kuasa asing bagi menjatuhkan negara
Malaysia yang tercinta. Trajedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969
telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan dan keharmonian amat penting untuk
negara.Antara berlakunya trajedi ini ialah kerana perasaan tidak puas hati di antara kaum.
Pengajaran yang kita dapat perolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah rusuhan kaum
tidak menguntungkan mana-mana pihak,mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dan
berusaha mengatasi kemiskinan antara kaum dengan berusaha bersungguh-sungguh.

Anda mungkin juga menyukai