Anda di halaman 1dari 19

Pakaian Tradisi Orang Cina

1.

SEJARAH TRADISIONAL PAKAIAN CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan


berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan,
diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran
mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan
corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat
dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih
boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan
Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri
upacara- upacara penting seperti jamuan perkawinan
dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil
qipao(Cheongsam). Yang ironiknya, pakaian ini tidak
berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi
merupakan pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok
etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644)
hingga awal abad ke-20.
Banyak orang menganggap Qipao (istilah untuk
pakaian adat etnis Manchuria) pakaian tradisional cina
disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam
tempoh dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing (1644-1912).
Sebenarnya, Qipao adalah busana etnis Manchuria,
bukan China.
Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradisional
Jepun dan Korea juga di inspirasikan dari pakaian Hanfu.

Oleh itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang


pakaian tradisional bangsa Asia Timur (China, Jepun,
dan Korea)

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

SAMFOO
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar'
dalam dialek Kantonis. Samfoo turut dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai
oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

HANFU
Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional
China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618907), Song (960-1279), dan Ming (1368-1644) - Tiga jangka
masa yang dianggap penting semasa Kaisar Han
memerintah China selama beberapa kelompok minoritas
dan budaya mereka berkembang. Han Cina pakaian, atau
Hanfu (Busana dari orang Han) merujuk kepada praabad ke-17 pakaian tradisional dari China Han, yang
dominan dari kelompok etnik China.
Banyak kostum tradisional dari negara- negara Asia,
seperti Scorpio di Jepun, bersama dengan manusia
tradisional Korea Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari
Hanfu dan memiliki gaya yang sama seperti Hanfu.
Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian tradisional
telah diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan
ciri khas pakaian pra-Manchu iaitu pakaian Hanfu.
Hanfu telah membentuk gaya kostum tradisional dari
banyak negara- negara Asia. Beberapa negara seperti
Vietnam, yang baik atau pengikut negara atau di bawah
penjajahan China sebelum 1884, pakaian tradisionalnya
sama dengan Hanfu. Negaranegara
Asia
lainnya
kostum
tradisionalnya,
seperti
Kimono
Jepun dan Hanbok Korea, memiliki
beberapa
perbezaan
daripada
Hanfu.
Dibandingkan
dengan
Jepun
Kimono, pakaian tradisional Korea
jauh lebih mirip dengan Hanfu.
semua kostum tradisional dari
negara- negara Asia dipengaruhi
oleh Hanfu, Kimono Jepun yang
paling berbeza dari yang asli.

Namun, semua masyarakat tradisional yang disebutkan di


atas mewarisi keunikan Gaya Hanfu Youren dan lengan
lebar.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN


Cheongsam

Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa


dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini.
Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian
ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan
lain- lain jenis kain lembut.

Cheongsam atau disebut juga Qipao


merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa
Tiong hwa dan menikmati kesuksesan dalam dunia
busana internasional. Nama Cheongsam bererti
pakaian panjang, diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di
Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas
masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga
menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya.
Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan
satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif
yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga,
burung, naga, dan sebagainya.

Sejarah baju Cheongsam


Sebelum bernama
cheongsam, busana ini
bernama qipao. Berbeza
dengan cheongsam yang
dikenal saat ini, qipao
mempunyai potongan
yang longgar, lebar dan
hanya memperlihatkan
bahagian kepala dan jari.
Qipao mudah dijumpai di
China, khususnya China
Han sekitar 1636.
Di sana, ketika itu,
wanitanya diwajibkan

memakai busana itu. Baik mereka yang sudah tua


atau muda. Potongannya juga sama antara setiap
kelompok usia. Dalam perjalanan waktu, qipao mulai
mengalami perubahan bentuk.
Qipao asalnya lebar dan longgar. Menutupi sebagian
besar tubuh wanita, hanya memperlihatkan kepala,
tangan, dan hujung jari kaki. Sifat yang longgar
pakaian ini juga berfungsi untuk menyembunyikan
susuk tubuh si pemakainya tanpa memandang usia.
Dengan berlalunya waktu, qipao mengalami
penyesuaian. Versi moden, yang sekarang dikenali di
China sebagai "standar" qipao, pertama kali
dikembangkan di Shanghai setelah 1900, setelah
Dinasti Qing jatuh. Beberapa orang yang lebih moden
dan bergaya dalam berpakaian mengubah qipao
tradisional agar sesuai dengan selera mereka . Qipao
yang moden mempunyai potongan yang agak
ramping dan sangat berbeza dengan qipao
tradisional.
Namun model ini malah menjadi sangat popular waktu
itu. Pada sekitar 1920, qipao moden muncul pertama
kali di Shanghai kerana mendapat pengaruh dari
Beijing. Kesan itu terdapat pada qipao yang memiliki
ornamen termasuk kerah Shanghai yang kini melekat
sebagai pakem cheongsam. Potongan busana itu pas
dengan badan dan lebih tinggi.
UNSUR- UNSUR WARNA DI PAKAIAN TRADISIONAL CINA
3.1 Merah.
Unsur warna merah dapat memberikan tenaga dan
antusiasme. Oleh kerana itu, orang yang termasuk
dalam unsur api secara alamiah akan cenderung untuk

menjadi seorang pemimpin. Hal ini berkaitan dengan


peruntungan baik dan kemasyhuran. Tetapi, api tidak
selalu bersifat menghangatkan dan menguatkan tetapi
api juga dapat membakar. Manusia yang memiliki
jumlah kandungan api yang ideal akan cenderung
untuk memiliki kepribadian yang adil, terhormat dan
baik budi. Sedangkan manusia yang memiliki
kandungan api terlalu banyak akan cenderung memiliki
kepribadian yang kritis, suka berbicara kotor dan suka
iri hati melihat kesenangan orang lain.
3.2 Putih.
Unsur logam adalah lambang kesenangan dalam
bidang kewangan dan berniaga. Unsur ini juga
melambangkan pemikiran yang jernih dan moral yang
baik. Selain itu, unsur logam juga dapat melambangkan
sebuah pisau atau pedang. Hal ini bererti jika unsur
logam juga boleh menjadi kejam. Hal ini wujud dalam
kepribadian dengan emosi yang meledak- ledak dan
kurang terfokusnya konsentrasi.
3.3 Hitam
Melambangkan pengetahuan, kebijaksanaan,
komunikasi dan perjalanan. Hijau dapat bersifat lemah
lembut tetapi boleh juga bersifat keras . Hitam
melambangkan keberanian dalam diri.

Makanan Tradisi Orang Cina


Kaum Cina merupakan suatu kaum masyarakat yang
bertutur dalam bahasa cina. Masyarakat kaum cina
mempunyai makanan tradisional sendiri yang

membawa maksud dan lambang tersendiri. Makanan


tradisional ini telah diwarisi secara turun-temurun
dalam masyarakat cina supaya tidak pupus. Hal ini
demikian untuk memastikan generasi yang akan
datang dapat merasai makanan tradisional kaum
masing-masing .
I.

Kuih Bulan

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering


dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah
kisah yang berlaku di Negara Cina semasa
pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak
tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak
munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina
supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa
mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan
Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu
malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka
membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di
tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang
menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini
berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan.
Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun
oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan
di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti
biji buah teratai atau kacang merah atau dengan
kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi
yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang
makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran
buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya
terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

I.

Jiaozi

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi


orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih
1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan
Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat
China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang
terkenal, iaitu Jiaozi ialah makanan paling sedap.
Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan
yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu,
apabila orang China berkumpul, mereka akan makan,
dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi
ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga
akan makan Jiaozi. Buatan Jiaozi terdiri daripada
kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan
intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk
daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh
sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi
intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi
juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk
lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti
Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat
sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi
boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus
merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi
tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat
Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa
lebih kurang sejam sahajaJiaozi telah membawa banyak
kebahangiaan dan menjadi sebahagian yang penting
dalam budaya makanan China.

II.

Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina
ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung
pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh
dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling
laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada
masa perayaan ini kerana namanya nian gao ()
di mana perkataan (go) bermaksud kuih dalam
nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan
(go) bermaksud tinggi melambangkan erti
semakin tahun semakin tinggi ()(ninnin
goshng) atau ringkasnya setahun lagi kehidupan,
setingkat lagi kemajuan.

III.

Tang Yuan
Tang yuan ialah sejenis makanan cina yang
diperbuat daripada tepung pulut. tepung pulut ini
dicampur dengan sedikit air untuk membentuk
berbola, kemudian dimasak dan dihidangkan
dalam air yang mendidih. Tang yuan boleh sama
ada berisi atau tanpa isi. Secara tradisi, tang yuan
dimakan ketika perayaan Yuan Xiao atau Chap Goh
Mei. Bentuk bulat bola dan makan dengan mankuk
melambangkan kebersamaan keluarga.

Kuih Bakul
>

<Tang
Yuan

^Jiao Zi ^

Kuih Bulan^
Permainan Tradisi
Orang Cina
Mahjong
Mahjong atau mahjung
merupakan permainan
untuk empat orang
yang berasal dari
China. Mahjong
membabitkan
kemahiran, strategi,
dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia,

mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai


permainan komputer.

Yo-yo Cina
Yo-yo cina
ialah
permainan
dari China yang mempunyai dua cakera yang
sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing
pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu
dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak


Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun
1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan
tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini
membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan
yo-yo.

Muzik Tradisional Orang Cina


1. YANGQIN

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan


sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa
dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi
terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam
permainan solo, paduan suara atau opera, ia
menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat
muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan
buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negaranegara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di
Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik
pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming
( 1368 1644), seiring dengan perkembangan
hubungan persahabatan yang kian akrab antara China
dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin
dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut.
Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan
oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja
dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di
China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan
rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik
instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

2.Erh-Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga
saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan
sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan
dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali
digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk
mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti
cello.

Perayaan Tradisional Orang Cina


Tahun Baru Cina
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun
Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar
dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina
dianggap penting kerana membolehkan semua
ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar
negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul
bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau
orang yang lebih tua akan memberi ang pau
kepada anak-anak sebagai tanda baik agar
mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan
bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua
keluarga cina akan berkumpul bersama dan
makan bersama-sama (reunion) untuk
melambangkan bersatu semula atau
perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut
selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

Hari Chap Goh Mei


Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina
yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada
bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua
orang cina menyambutnya dengan gembira dan
ceria dimana makan dan berkumpul bersama
dengan ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang
belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama
dan nombor telefon di atas limau mandarin dan
dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang
masih bujang pula boleh mengutip limau yang
dibuang agar boleh mencari jodoh mereka
menerusi limau mandarin.

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan


menyambut kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol pada akhir
Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari
kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender
Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan
September. Perayaan Kuih Bulan disambut
dengan perarakan tanglung pada malam
perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan
Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih
Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang
berinti kacang merah, atau adunan biji teratai,
atau kuning telur masin. Menurut tradisi,
pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih
Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti
Mongol.

Anda mungkin juga menyukai