Anda di halaman 1dari 17

SEJARAH TARI

CA10502

TAJUK:
TARIAN RUNSAI
UPACARA PERKAHWINAN ETNIK SUNGAI

NAMA PENSYARAH:
DR. SRI NINGSIH SUKIRMAN

NAMA TUTOR:
CIK. PATRICIA JIPOH

NAMA PELAJAR:
MOHAMMAD AZMIR BIN MISNANI

NO MATRIK:
BC22110029
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PENGENALAN 2-4

3.0 SEJARAH ASAL USUL 5

4.0 UPACARA TARIAN 6

5.0 KAJIAN ALAT MUZIK, SET DAN PROPS 6

6.0 KAJIAN KOSTUME DAN AKSESORI 7-9

7.0 KAJIAN RAGAM GERAK DAN POLA LANTAI 10-11

8.0 PENUTUP 12

9.0 BIBLIOGRAFI 13

10.0 LAMPIRAN 14-15


1.0 PENDAHULUAN

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana


dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kerja kursus
Sejarah Tari (CA10502) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Puan Dr. Sri Ningsih Sukirman, selaku Pensyarah Sejarah
Tari kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan sekalung
penghargaan kepada Cik Patricia Jipoh, Tutor Sejarah Tari kerana tidak jemu memberi
tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini.

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha. Dan
saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan
tugasan dilaksanakan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari
sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan. Ianya memberi saya seribu satu
makna dalam menimba ilmu ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat saya laksanakan dengan
baik dan jayanya.

Sekian, terima kasih

1
2.0 PENGENALAN

Berdasarkan sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong dalam kelompok


Austronesia, iaitu daripada kelompok Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah
meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas
zaman air batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang lalu. Mereka memulakan
penghidupan baru dan berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain
disamping mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup
seharian mereka.

Amalan ini telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah mereka sampai di
Utara Pulau Borneo. Perubahan hidup masyarakat ketika itu telah bermula dengan
petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah tasek yang dikelilingi oleh
pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali dengan nama Nunuk Ragang.
Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunuk Ragang yang terletak tidak jauh dari
jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang dimaksudkan dalam sejarah
penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang terdapat disini adalah suku kaum
Orang Sungai.

Dari segi catatan sejarah, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula
pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan
ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih
wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah
terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan
berkebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam
yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-
merahan.

Rentetan daripada masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-
usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan
masyarakat ini dengan panggilan the river people. Selepas peristiwa tersebut dan
semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC)
panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan,
bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga

2
masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian.
Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus
berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama
seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai
Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara
hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang
subur terutama kawasan lembangan sungai.

Sistem Kepercayaan dan Adat Resam Suku kaum Orang Sungai menganut
fahaman yang berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian dan ada yang masih
mengamalkan fahaman Animisma.Mereka yang menganut agama Islam pada asasnya
adalah terdiri daripada mereka yang berkahwin campur dengan peniaga Suluk. Orang
Sungai mengamalkan adat resam yang dipusakai daripada nenek moyang mereka
yang banyak menerima pengaruh animisma dan kini pengaruh Islam. Mereka
mengamalkan adat bersanding semasa majlis perkahwinan, adat bertimbang, adat
menggunting rambut kanak-kanak dan adat melenggang perut. Pemilihan jodoh
bermula dengan istiadat merisik calon isteri. Setelah istiadat merisik maka istiadat
meminang pula dilakukan. Dalam istiadat ini, rombongan pihak lelaki bertandang ke
rumah keluarga gadis pilihan untuk meminang secara rasmi. Selepas itu, istiadat
menghantar damak atau pemberian dilakukan. Pada hari tersebut tarikh perkahwinan
dan belanja hantaran untuk majlis perkahwinan akan ditentukan. Istiadat perkahwinan
dalam kalangan masyarakat suku kaum Orang Sungai dilakukan mengikut amalan
agama masing-masing.

Spitzack, J.A pada tahun 1985 telah menjalankan kajian yang bertajuk
“Kalabuan House Building” iaitu suatu kajian yang dijalankan di Ulu Kinabatangan atau
lebih dikenali Kampung Penangah pada masa kini. Menerusi kajian ini, beliau telah
menghuraikan struktur pembinaan rumah Masyarakat Kalabuan yang bersifat
tradisional. Disamping itu, beliau juga telah menyentuh mengenai Masyarakat
Kalabuan secara sepintas lalu. Dimana beliau mengatakan bahawa Masyarakat
Kalabuan merupakan salah satu pecahan Orang Sungai kerana mereka tinggal di tepi
Sungai Kinabatangan. R.Jaliman Jainin(1982) pula telah menulis atikel bertajuk
“Mengenali Cara Hidup Kaum Sungai di Sabah” yang telah dimuatkan dalam Majalah

3
Sarina Keluaran November. Artikel ini telah membincangkan secara ringkas mengenai
cara hidup Masyarakat Sungai iaitu berkaitan dengan kepercayaan, adat istiadat dan
juga kebudayaan Masyarakat Sungai. Menurut kajian R. Jaliman, Masyarakat Sungai
wujud sempena dengan tempat tinggal tradisi mereka iaitu di pinggir sungai. Selain
itu, beliau juga mengatakan bahawa nama sungai itu diambil dari nama tasik atau
sungai yang besar di zaman nenek moyang mereka. Salah satu aspek yang
dibincangkan oleh beliau ialah adat perkahwinan. Namun begitu, beliau tidak
menyatakan dengan lebih spesifik, jelas dan terperinci dimana adat perkahwinan 19
tersebut diamalkan. Hasil penulisan R. Jaliman, mendapati bahawa Masyarakat Sungai
tidak menitik-beratkan perhiasan tetapi lebih tertumpu kepada adat istiadat dan
kepercayaan agama yang diamalkan oleh mereka secara turun temurun. Melalui kajian
tersebut penulis-penulis tersebut telah menghuraikan serba sedikit tentang asal-usul
Masyarakat Sungai. Kedua-dua pendapat tersebut mempunyai persamaan yang mana,
mereka mengatakan bahawa nama Masyarakat Sungai ini adalah sempena dengan
tempat tinggal masyarakat ini. Namun begitu, pengkaji lebih kepada pendapat yang
digunakan oleh Spitzack yang mengatakan bahawa nama Masyarakat Sungai di
namakan berdasarkan tempat tinggal mereka iaitu di tepi Sungai Kinabatangan.

4
3.0 SEJARAH ASAL USUL TARIAN

Sejarah asal usul tarian Runsai adalah berasal dari perkataan Bahasa Makiang yang
juga dikenali sebagai upacara Meh Basah-basah atau Meh Miau. Tarian runsai
dipercayai telah wujud sejak awal tahun 1930-an lagi dan merupakan suatu upacara
untuk tujuan perubatan tradisional. Upacara ini diamalkan oleh masyarakat suku kaum
Orang Sungai yang mengamal kepercayaan aninisma. Namun, pada tahun 1950-an
upacara tarian runsai telah dijadikan wadah dalam mencari jodoh bermula dari
upacara pinang-meminang sehinggalah menentukan hantaran yang disampaikan
melalui bait-bait pantun semasa berbalas pantun dalam tarian runsai. Tarian runsai
merupakan tarian tradisional suku kaum Orang Sungai. Disebabkan oleh kemajuan
teknologi hiburan yang serba canggih dan mengasikkan adalah dikhuatiri tarian runsai
akan lenyap ditelan zaman. Justeru, tarian runsai seharusnya diterapkan kepada
generasi muda suku kaum Orang Sungai agar mereka boleh meneruskan
kesinambungannya sebagai lambang budaya berzaman nenek moyang mereka yang
paling unik.

Pada tahun 2005 tarian runsai telah berjaya dicatat dalam The Malaysia Book
of Records sebagai The Longest Non-stop Runsaiton Performance in Malaysia. Tarian
ini dipersembahkan selama tempoh 37 jam tanpa henti dengan melibatkan lebih 500
orang penari secara berganti-ganti dengan memakai pakaian tradisional. Catatan ini
telah dibuat dalam satu majlis rasmi bersempana Pesta Sungai Kinabatangan yang
diadakan pada 22 September 2005 bertempat di Pentas Dataran Pekan Kota
Kinabatangan.

5
4.0 UPACARA TARIAN

Upacara tarian Runsai digunakan semasa majlis perkahwinan sekiranya pihak si teruna
menggunakan kebudayaan yang berbentuk lagu-lagu sebagai alat komunikasi seperti
“runsai” akan di perdengarkan di majlis-majlis keramaian. Oleh kerana, bahasa yang
digunakan adalah terdiri daripada bahasa-bahasa simbolik hanya segelintir sahaja
yang mengerti perbualan mereka yang terlibat. Tarian ini akan dilakukan semasa
upacara “mangapit pandulong” bermaksud melamar atau merisik. Biasanya upacara
ini dijalankan secara sulit dan hanya orang yang tertentu sahaja yang pergi iaitu
dikalangan ahli keluarga yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga si dara.
Jika kata sepakat diantara keluarga si teruna telah di capai maka secara senyap-
senyap anggota keluarga si teruna akan mengadakan tanda-tanda rahsia kepada si
dara dan keluarganya. Hasrat tersebut akan dibalut rapi dengan bunga-bunga bahasa,
perbuatan dan perhubungan yang istimewa ini biasanya disalurkan melalui upacara-
upacara kebudayaan.

5.0 KAJIAN ALAT MUZIK, SET DAN PROPS

Kajian terhadap tarian Runsai etnik Sungai didapati tidak menggunakan sebarang alat
muzik, set dan props. Hal ini dikatakan demikian kerana tarian ini tidak menggunakan
sebarang jenis alat muzik, set dan props kecuali menggunakan suara semasa berbalas
pantun dan bunyi hentakkan kaki semasa melangkah dan berpusing dalam satu
bulatan sambil berpimpinan tangan. Tambahan lagi, tarian Runsai tersebut digunakan
sebagai wadah untuk mencari jodoh ketika upacara menawo sehinggalah majlis
mengossur. Muzik hanya dihasilkan dari suara mereka yang berbalas pantun dan
semasa mereka menghentak kaki ketika menari berpusing sambil berpimpin tangan
antara satu sama lain dalam satu bulatan.

6
6.0 KAJIAN KOSTUME DAN AKSESORI

6.1. KAJIAN KOSTUME DAN AKSESORI TARIAN RUNSAI BAGI


LELAKI

Bil Kostume Aksesori Gambar

SERAKAI,

1 iaitu di pakai pada


bahagian kepala.

BAJU PUTIH
BERJALUR MERAH,
2
melambangkan
kesucian dan
keberanian

SUPU,
Kostume lelaki
3 iaitu rantai yg
ataupun dikenali
dipakaikan di
sebagai Kusoi
bahagian bahu

PARETINA,

4 iaitu Tali pinggang

SEMPILANG,

iaitu selendang
kuning yang
5
disilangkan selepas
baju berwarna
putih.

7
SAMPING,

6 bagi melengkapkan
pakaian bagi lelaki.

Jadual 1: Kostume Dan Aksesori Tarian Runsai

6.2. KAJIAN KOSTUME DAN AKSESORI TARIAN RUNSAI BAGI


PEREMPUAN

Bil Kostume Aksesori Gambar

SERIMPAK,

1 iaitu mahkota yang


dipakai pada
bahagian kepala.

SUPU DAN
MEDAPUN iaitu
2
rantai yang dipakai
Kostume dileher dan bahu
Perempuan ataupun
PERETINA,
dikenali sebagai
3 Woinoi iaitu tali pinggang.

SERAKAI,

iaitu selendang
kuning yang
4
disilangkan selepas
memakai baju putih.

8
ANTING-ANTING.

5 iaitu perhiasan yang


dipakai ditelinga

GOLONG TEMBAGA,
iaitu gelang yang di
6
pakai dikedua belah
tangan

Jadual 2: Kostume Dan Aksesori Tarian Runsai Perempuan

Jelaslah bahawa, kostume dan akasesori pada tarian Runsai sangat mempengaruhi
tarian ini , dimana kostume yang digunakan mempunyai keunikkanya yang tersendiri.
Dalam hal ini keserangaman dan keindahan kostume dan aksesori pada tarian Runsai
yang ditampilkan oleh para penari sangat menarik sehingga sampai ke hari ini masih
lagi dikekalkan oleh etnik Sungai.

9
7.0 RAGAM GERAK DAN POLA LANTAI

7.1 RAGAM GERAK TARIAN

Ragam gerak yang terdapat pada tarian Runsai adalah bunyi hentakkan kaki semasa
melangkah dan berpusing dalam satu bulatan sambil berpimpinan tangan. Menurut
Sach (1963) dalam kajiannya mencatatkan bahawa persembahan tarian dapat
diketahui daripada latar belakang tarian, bentuk ragam gerak tarian serta bentuk
kekuatan supernatural dalam tarian ritual.

Gerak Formasi Gerak Keterangan

Pada formasi bulatan


ini penari akan
Bulatan bergerak mengikut
arah jam dalam
bulatan.

Formasi berpimpin
tangan akan
Berpimpim dilakukan oleh penari
tangan dalam bulatan sambil
melakukan hentakan
kaki.

Jadual 3: Analisis ragam dan formasi gerak dalam persembahan tarian


Runsai

10
7.2 POLA LANTAI TARIAN

Bil Pola Lantai Keterangan

Pola ini menunjukkan fasa dimana penari


mengambil bahagian untuk bersedia menari.
Kebiasaannya pada awal tarian penari akan
1 berada di bulatan kawasan yang telah tersedia..
Pada awal gerak tari, penari selalunya akan
membuat bergerakan mengelilingi bulatan
mengikut arah jam.

Pola ini menunjukkan fasa dimana penari


mengambil langkah kaki kanan dihadapan dan kiiri
dibelakang. Penari juga akan melakukan
hentakankan kaki sambil menari untuk

2 menghasilkan bunyi.

Pola ini menunjukkan fasa dimana penari akan


mengundur kebalakang mengikut lawan arah jam.
Penari akan bergerak kebelakang sambil
mengentakkan kaki.

Jadual 4: Pola Lantai Tarian Runsai

Oleh itu, ragam gerak dan pola lantai bagi tarian Runsai amatlah menarik perhatian
dan mempunyai nilai kesenian yang tersendiri. Tarian ini memperkenalkan penari
tanpa lapisan umur dari etnik sungai dengan menggunakan hentakan kaki sambil
menyampaikan hajat dalam Bahasa Sungai.

11
8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tarian Runsai mempersembakan tarian tradisional yang dilakukan


penari telah membentuk satu situasi yang menghubungkan dua insan dalam menuju
alam pernikahan. Sekali gus mengikat hubungan antara dua keluarga, iaitu pengantin
leleki dan perempuan dalam persembahan tarian Runsai. Struktur persembahan diteliti
untuk mengenal pasti punca dan sebab keperluan itu perlu dilakukan dalam tarian
yang dijalankan.

Kini suku Kaum Sungai sedang mengalami proses perubahan daripada nilai
tradisi kepada nilai moden, baik dari segi corak hidup mahupun amalan dan
kepercayaan serta pantang larang. Perubahan ini selari dengan pendedahan generasi
muda dengan pendidikan moden yang secara perlahan-lahan mula menghakis amalan
nenek moyang mereka. Dengan erti kata lain,segala amalan yang tidak selari dengan
akidah Islam telah ditinggalkan manakala amalan-amalan yang tidak bertentangan
tetap diteruskan dengan cara membuat proses asimilasi. Namun, dalam kalangan
generasi tua kebanyakannya masih lagi berpegang teguh dan mengamalkan ritual
sedia ada ini. Mereka masih menyakini peranannya dalam kehidupan seharian. Bentuk
penempatan Kaum Sungai buat masa sekarang masih lagi wujud sehingga ke hari ini,
tetapi mereka tidak lagi berpindah randah. Kawasan kampong yang diduduki oleh
Suku Kaum Sungai pada masa sekarang ialah seperti di kawasan Kg. Sapagayo, Kg.
Segama dan Kg.Binuang serta beberapa daerah lain lagi yang menjadi penempatan
kaum Sungai.

12
9.0 BIBLIOGRAFI

Ronley Saringan, (2007). Perubahan Dan Cabaran Adat Istiadat Perkahwinan


Masyarakat Sungai: Kajian Kes Di Kampung Penangah, Sabah. Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif.

Rosazman Hussin,Dayu Sansalu& Jalihah Md.Shah, (2012). Orang Sungai. Percetakan


Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Abdul Halim Bandan (2006). Cerita Tradisi Sabah Suku kaum Sungai. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Sarim Hj. Mustajab (2007). Plurariti etnik dan budaya di Sabah. (M/S 31-61).
Universiti Malaysia Sabah

R. Jaliman Jainin (1982). Mengenali cara hidup Kaum Sungai di Sabah. Sarina, (M/S
150-156).

Spitzack, J.A (1985) Kalabuan House Building, Sabah, Sabah Society Journal Jilid
VIII(1): 3-36.

Internet

Anak Sungai Generasi Baharu. (2009). Dicapai pada 14 Jan 2023. Kenali
Suku Kaum Sungai.

http://riverboybeluran.blogspot.com/2009/09/kenali-suku-kaum-
sungai-sabah.html#

Menarik Di Sabah (2018). Dicapai pada 14 Jan 2023. Aksesori Pakaian


Orang Sungai.

https://www.facebook.com/MenarikDiSandakan?__tn__=%2Cd-
UC*F

13
Runsai Orang Sungai. (2020). Dicapai pada 14 Jan 2023. Tarian Runsai.

https://youtu.be/kYAauSKvmy4

Temu Bual

Maryann Jacob. 53 Tahun. Agama Kristian. Pekerjaan Suri Rumah.

Clarence Jacob. 55 Tahun. Agama Kristian. Pekerjaan Bekas Ketua Kampung.

Jacob bin Pong. 75 Tahun. Agama Kristian. Pekerjaan Bekas Ketua Kampung.

14
10.0 LAMPIRAN

Informen Temu Bual

Tarian Runsai

Pengantin menari Tarian Runsai

15

Anda mungkin juga menyukai