Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Melanau merupakan kaum bumiputera dan merupakan kaum terbesar

di Sarawak selepas kaum Iban, Melayu dan Bidayuh. Namun, walaupun merupakan salah
satu kaum terbesar, tidak semua masyarakat mengetahui tentang Melanau kerana golongan
ini merupakan kaum minoriti dengan sejumlah 6% daripada 2.4 juta penduduk Sarawak.
Melanau juga merupakan penduduk asal asli Sarawak dan dikategorikan kepada
Austronesia. Mereka merupakan penduduk pedalaman Sarawak terawal.
Atas sebab faktor geografi, kebanyakan masyarakat Melanau kini mengubah cara
hidup dan lebih ke aras corak kehidupan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, masyarakat
Melanau tetap dengan identiti mereka dan berbangga dengan jati diri sebagai orang
Melanau. Masyarakat ini memiliki identiti yang unik dan adat resam yang pelbagai.
Sebahagiannya masih dikekalkan sehingga hari ini yang tidak bertindih dengan ajaran agama
dan norma kehidupan manusia sejagat. Walaubagaimanapun, seni warisan budaya
tradisional masyarakat Melanau semakin hari dikikis oleh globalisasi dunia yang kian meluas
di setiap lapisan masyarakat.
Salah satu cabaran utama untuk memelihara warisan budaya masyarakat Melanau
ialah disebabkan oleh cabaran globalisasi dunia. Menurut Osman Bakar (2008), globalisasi
yang berlaku dalam negara kita bukan sahaja memberikan impak yang besar terhadap
system politik, ekonomi, perdagangan dan teknologi maklumat malah turut mempengaruhi
cara hidup rakyat, hubungan sosio-budaya dan peradaban manusia. Generasi X dan generasi
Alpha dalam kalangan masyarakat Melanau sangat terkesan kerana mereka hidup pada
zaman dunia tanpa sempadan. Mereks terdedah dengan corak hidup budaya luar yang
mengancam kualiti kehidupan sebagai masyarakat Melanau. Media sosial seperti Facebook,
Instagram, dan Twitter menjadi pemangkin kepada perubahan ini. Implikasinya, budaya luar
telah mengubah identity mereka dan pegangan hidup sebagai anak jadi orang Melanau.
Selain itu, masyarakat Melanau turut menghadapi cabaran untuk memelihara
warisan budaya mereka yang berharga ini ialah apabila berlakunya proses perbandaran di
beberapa kawasan yang didiami mereka sehingga menyebabkan berlakukan perubahan
yang drastic dalam corak kehidupan mereka dari segi kegiatan ekonomi, sosial dan politik.
Perubahan ini telah menyebabkan mereka terpaksa menyelaraskan corak kehidupan
mereka dengan keadaan persekitaran yang baru. Sebagai contoh Pulau Bruit, yang
merupakan salah satu penempatan orang Melanau telah menjadi salah satu tempat
tumpuan orang luar dengan keindahan alamnya. Ini menyebabkan orang Melanau semakin
berpandangan jauh dan mulai bermigrasi untuk mendapat peluang yang lebih baik untuk
memajukan diri. Kesannya, adat yang diamalkan semakin pudar dan lama-kelamanaan tidak
lagi dipraktikkan.

Cabaran yang seterusnya yang dihadapi oleh kaum Melananu dalam memelihara warisan
budaya mereka ialah dari segi perubahan sosial. Menurut J.P Gillin dan J.L Gillin (1954)
mengatakan bahawa perubahan sosial merupakan perubahan yang terjadi Sebagai suatu
variasi dari cara hidup yang telah diterima kerana adanya perubahan kondisi, geografi,
kebudayaan material, komposis penduduk, ideologi maupun difusi atau penemuan- penemuan
baru dalam masyarakat. Seperti yang kita ketahui, budaya Barat pada zaman ini telah
berleluasa dan semakin berpengaruh dalam masyarakat kita begitu juga dengan masyarakat
kaum Melanau, Sebagai contoh, majoriti remaja daripada kaum Melanau lebih berminat dan
tertarik akan budaya muzik kaum Barat berbanding dengan seni muzik mereka iaitu lagu-lagu
tradisonal yang dihasikan oleh kaum mereka sendiri. Hal ini kerana, remaja daripada
masyarakat kaum Melanau mulai terjebak dengan budaya muzik seperti Black Metal. Punk,
dan juga Hip Hop. Perkara ini suda semestinya menjadi cabaran bagi kaum Melanau dalam
memelihara wariasan budaya mereka. Contoh yang seterusnya ialah dari seni tarian.
Umumnya kita mengetahui bahawa remaja pada masa kini mempunyai kertertarikan yang
tinggi kepada seni tarian moden berbanding dengan tarian tradisional. Hal ini juga telah
terjadi kepada remaja kaum melanau itu sendiri dimana remaja ini lebih berminat dengan
tarian moden seperti kpop, Hip Hop, Balet dan banyak lagi. Hal ini telah menyebabkan seni
tarian tradisonal kaum melanau iaitu tarian Alu-Alu sedikit terancam dan terjejas. Tegasnya,
perubahan sosial juga telah menjadi salah satu cabaran masyarakat kaum Melanau dalam
memelihara warisan budaya mereka.

https://www.utusanborneo.com.my/2021/11/16/pelancongan-berasaskan-komuniti-di-
sarawak-akan-diperhebatkan-lagi
https://www.academia.edu/87467782/Pengaruh_Globalisasi_Terhadap_Peradaban
https://kawahbuku.com/titles/masyarakat-melanau-di-sarawak/#

Anda mungkin juga menyukai