Anda di halaman 1dari 2

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.

Amalan budaya tradisional kita

melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum

yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti

masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan

rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan

bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin

kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari

kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.

 Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan

bangsa dan negara tercinta  ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan

tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa

melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat

yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun

menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong

asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan

warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan

tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini

sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan  yang semakin

meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak

formal yang amat tinggi nilainya . Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran

di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan

permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan

kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak.

Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat

sesebuah negara supaya lebih cinta akan negaradaripada dijajah oleh anasir jahat dari luar.

Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat

perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh”.

Anda mungkin juga menyukai