Anda di halaman 1dari 2

4) KESAN PERAYAAN

Kekeluargaan
Sesebuah keluarga yang besar dan berkembang mempunyai ahli keluarga yang
amat ramai contohnya dari moyang ke datuk dan nenek, dari nenek dan datuk ke ibu
bapa, dari ibu bapa ke anak-anak, dari anak-anak ke cucu-cici dan ini boleh
menyebabkan seseorang itu akan terputus hubungan dengan keluarganya apabila
seseorang itu telah berpindah tempat atau sudah mempunyai keluarga sendiri. Dengan
adanya perayaan ini, semua orang akan berkumpul di tempat khas atau tempat asal
mereka dan bersama-sama dengan sedaya upaya pada hari perayaan itu. Sambutan
Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada ataupun
yang sudah lama berpisah.
Perpaduan
Melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi
kunjung mengunjungi sesama sendiri tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
Sebelum atau selepas perayaan, jiran tertangga kita yang berbilang kaum juga akan
membantu kita seperti menyediakan juadah, menolong mengecat rumah dan
sebagainya. Melalui perayaan seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia seperti mana saranan perdana menteri kita untuk
bersama-sama menyokong Gagasan Malaysia.
Pelancongan
!epelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia
yang mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi atau merasakan
sendiri merayakan kegiatan perayaan di Malaysia. Selain itu, dalam perayaan ini,
pelancong yang ingin merasakan sendiri perayaan ini mendapat belajar sesuatu
daripada kita iaitu semangat perpaduan kaum di Malaysia. "ni kerana membolehkan
kita menarik lebih banyak lagi pelancong dari luar negara melancong ke Malaysia.
Semakin banyak pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini, ia akan
menambahkan lagi pendapatan negara dan akan digunakan untuk membangunkan
negara kita ini.
Pendidikan/Pengetahuan
#erayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan pengetahuan am untuk
indi$idu itu sendiri kerana perayaan dapat mengajar kita mengenai pantang larang,
sejarahnya, sebelum dan selepas perayaan itu berlaku dan lain-lain. Selain itu,
perayaan dapat memberi kita pengetahuan am yang dulunya kita tidak tahu
mengenainya, contohnya membeli kasut baru boleh dikatakan pemba%a malang.
#endidikan amat penting dan juga diambil berat oleh kerajaan mengenainya. &leh itu
pengetahuan mengenai sesuatu perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai