Anda di halaman 1dari 1

SOALAN:

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT


MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA?
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaumkaum yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum
Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh
kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan penganut dalam kalangan
berbangsa
India
atau
Cina
yang
menganut
ajaran
Kristian.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum
yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka
saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain.Dalam skala lebih besar
kesemua penduduk negara ini bersama- sama berkongsi kemeriahan dan
kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini
sifat
muhibah
dan
semangat
bermasyarakat
dapat
lahir
dengan
sendirinya.Tetamu yang tidak perlu diundang tanpa segan silu datang berkunjung
ke rumah jiran tetangga , kenalan rapat , kenalan sepejabat dan sebagainya
sebagai tanda menghormati perayaan yang dirayakan oleh sahabat mereka itu.
Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang
menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun
berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau
masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan
lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain.Perjalanan negara ini
dalam usaha memupuk perpaduan bersifat nasional sedang menuju ke arah yang
positif hasil wujudnya keadaan dan situasi memberansangkan ini. Sebagai rakyat
Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh
Perdana
Menteri
Malysia
yang
disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan
bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur ,
bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang
ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan
untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat
Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.
Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masingmasing.Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan
berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara
Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara
Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai