Anda di halaman 1dari 18

LAMPIRAN

RUJUKAN

Elemen 3
Tugasan 2
SOALAN:
bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan
dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum- kaum yang ada

di Malysia ini. Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum

Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-sama

menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing. Rumah terbuka antara kaum

mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain. Bersama-sama berkongsi

kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan. Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat

muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.


Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut

perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini juga

mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap

kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan

oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan bermuafakat di

antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama ada

semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat

persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti

walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa

dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing. Justeru itu, semasa perayaan tradisi kita

perlu lebih bersatu padu dan berharmoni. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi

warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia

kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai