Anda di halaman 1dari 12

PERKARA MUKA SURAT

1  Tajuk Kajian

2  Senarai Kandungan

3  Penghargaan

4  Objektif Kajian

5  Kaedah Kajian

6  Hasil Kajian

1. Perayaan Tradisi
2. Latar Belakang
3. Persiapan Sambutan Perayaan
4. Kesan Perayaan

7  Rumusan

8  Lampiran

9  Rujukan
Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala

petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya

disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan

kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para

alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak

langkah mereka

Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan

Haji Wan Mohd. Tahir bin Wan Ibrahim selaku pengetua SMK Bandar Sungai Buaya

yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya. Penghargaan tidak terhingga

juga saya tujukan kepada Puan Hamidah binti Zakaria selaku Guru Matapelajaran Sejarah

kelas 3 Al-Khawarizmi yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai

pemudahcara saya sepanjang proses menyiapka Kerja Kursus Sejarah ini. Ucapan penuh

kasih sayang juga saya tujukan buat ayah saya, Azmy bin Hashim dan ibu saya,

Kamariah binti Mohd. Lodin. Terima kasih atas segalanya. Tanpa tunjuk ajar yang begitu

jitu dan padu daripada mereka, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan Kerja

Kursus Sejarah sebaik ini..

Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua

hamba-hamba-Nya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan Kerja Kursus ini.

Amin.
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia

yang menghargai dan bersyukur kepada Allahh terhadap apa yang dikurniakan

kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh

dunia.

2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai

kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya

Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Krismas.

3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan

konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan

keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.

4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu

bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk

kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang

berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku

ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan

sekolah-sekolah lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu

dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang

menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini

melalui majalah-majalah yang berkaitan.


Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme

yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya

seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan

perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan

perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di

Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India. Perayaan tradisi ini melahirkan

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara

kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan. Kegembiraan dapat dikongsi bersama ketika menyambut perayaan.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara

yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara

Malaysia. Salam Satu Malaysia.


RUJUKAN

ORANG SUMBER

Kamariah binti Mohd. Lodin, 43 tahun, No 15, Jalan Kasturisari 2D, Bandar Sungai

Buaya, Rawang 48010, Selangor

INTERNET

http://cikgumahfuzah.wordpress.com/2010/02/13/kerja-kursus-sejarah-t-3-2010/

http://www.scribd.com/doc/28306458/Sejarah-Hari-Raya-Aidilfitri

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri

MAJALAH

NONA Edisi Khas Lebaran, Karangkraf Sdn Bhd, Oktober 2008

BUKU ILMIAH

Zainal Arifin dan rakan ,2003 ,Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1, Percetakan KUM

Sdn Bhd
LIRIK LAGU

Penyanyi: Sudirman,

Tajuk: Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik

Kenang nasib diri di rantauan

Bergema takbir raya menitis air mata

Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali

Pada ayah bonda dan saudara

Tetapi aku harus mencari rezeki

Membela nasib kita bersama

( korus )

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas

Dari jauh kupohonkan ampun maaf


Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama

Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu

Demi anakmu yang kini jauh


BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM
DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM
KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum

yang ada di Malysia seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu, Tahun

Baru Cina oleh kaum Cina, Deepavali oleh kaum India, Krismas oleh kaum India atau

Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung

mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan

kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat

muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.


Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan

bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat

menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong

Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama

dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung

menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut

perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun

kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru

itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai

rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum

diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini

dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai