Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, BUKIT IDAMAN 68100

BATU CAVES

KERJA KURSUS SEJARAH

2010

PERAYAAN-PERAYAAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

NAMA: ………………….…………………………………………………………………

TINGKATAN:……………………………………………………………………………………

NAMA GURU:……………………………………………………………………………………
PENGHARGAAN

Semasa saya menjalankan kajian ini, saya berhutang budi kepada beberapa individu yang

telah membantu saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua

sekolah Puan Jamaliah bt Buang dan guru Sejarah saya, Puan Azira bt Abdulah kerana

beliau telah memberi bantuan dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan rasa berhutang budi yang tidak terhingga pada

kedua-dua ibubapa saya iaitu Sandra Babo dan Vijayaletchemy yang telah memberi

bantuan dari segi kewangan dan memberi sokongan moral kepada saya untuk

menyempurnakan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakak saya

Jayaletchemy yang telah banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada saya ketika

membuat projek ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu

Rutivarman dan Guna Raj yang mengorbankan masa mereka dan menolong saya

bersama-sama menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih dengan responden-responden yang saya

temu ramah.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.

Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui secara mendalam tentang Perayaan-perayaaan di

Tradisional dari segi latar belakang, tujuan menyambut, bahan-bahan yang digunakan serta cara

Penyambutan Perayaan tersebut dibina.Objektif selanjutnya adalah untuk menanam semangat

patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/perayaan tradisioanl///Wikipidia.

Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan. Saya juga membuat rujukan di

Buku ilmiah bertajuk Perayaan-perayaan Tradisional dan majalah “Warisan”. Maklumat yang

berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan. Selain dari itu saya menemu ramah beberapa

orang rasponden untuk mendapatkan maklumat tentang Perayaan Tradisioanal dengan lebih

jelah.
HASIL KAJIAN

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari

Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan

Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh),

Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di

Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama

Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas

berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui

rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila

anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam

Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada

sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan

ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja

kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan

pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan

perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada fitra

yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih

dari noda dan dosa.


LATAR BELAKANG PERAYAAN

SEJARAH DAN ASAL USUL

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda

mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah

bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya

yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk

nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari

raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau

Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atauAidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini

bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu

ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat

puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama

sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada

melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah

menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang

asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih

daripada dosa dan noda.


UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu

sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka

mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,

bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan

solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di

kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau

batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan

pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya

dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,

kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.

” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya

tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju

baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk

bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari

raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang
ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk

membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti

mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana

masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin

tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam

tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita

mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan

diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan

kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai

jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam

menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan

kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang

ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian

yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya

menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri,

kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum

perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-

pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara

besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-

rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-

premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena

Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran

warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama

sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila

tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka

lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang

terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan

sepanjang tahun itu Ramadhan"

Anda mungkin juga menyukai