Anda di halaman 1dari 30

961029-13-6407

Penghargaan
Salam sejahtera dan satu Malaysia. Segala puji Tuhan kerana dengan
memberi kerohanian dan tubuh badan yang sihat kepada saya untukan
menyiapkan kerja kursus ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Pengetua SMK CHUNG HUA Miri, Encik Wong King Kui agar memberi
kerjasama dan kebernaran bagi saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin
merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek ini, Puan Ten Lin Lin
dan Puan Ngu Leh Seng di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan
dan hanya Tuhan yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Ucapan terima kasih juga kepada ditujukan kepada keluarga saya yang
telah memberi sokongan moral dan bimbiangan untuk menyiapkan kajian ini.
Selain itu,terima kasih di ucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua
rakan seperjuangan yang telah sudi berbincang,memberi pandangan yang
membina serta sokongan moral untuk menghasilkan kajian ini.
Akhir sekali, perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat
dan idea dalam menjalankan penyelidikan ini. Sekian, Terima kasih.

1.0 Pengenalan

961029-13-6407
Kerja Kursus ini adalah berkaitan dengan tema adat resam. Dalam kerja
kursus ini, kajian tentang perbandingan antara Perayaan Tahun Baru Cina dan
Hari Raya Aidifitri akan dilaksanakan.
Menurut kepada Kamus Dewan, Edisi Keempat, definisi adat adalah
peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat
sejak dahulu kala sehingga merupakan hokum dan peraturan yang harus dipatuhi
manakala perkataan resam bermaksud ialah adat kebiasaan, aturan aturan yang
menjadi adat manakala perkataan adat resam bermaksud ialah sesuatu adat dan
aturan yang biasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan
perbandingan bermaksud ialah imbangan, perimbangan dan persamaan manakala
definisi bagi perayaan adalah pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa,
keramaian, perjamuan dan lain lain.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan Aidifitri bermaksud ialah
hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 syawal setiap tahun Hijrah
setelah berakhir puasa selama sebulan. Hari Raya Aidifitri merupakan perayaan
Kaum Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan ini bermula dengan ibadat
puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramdan, umat Islam berpuasa pada
siang pagi dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat
fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidifitri dirayakan.
Hari Raya Aidifitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling
bermaaf-maafkan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.
Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar
mereka. Orang Cina percaya 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu
tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing
dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya sendiri. Pada malam
Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.
Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Penutup kepada Perayaan Tahun Baru Cina ialan Perayaan Chap Goh Mei.

961029-13-6407
Rasional pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui dan
mengenal pasti perbandingan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidifitri di Kawasan Tukau, Miri Sarawak. Pengkaji ingin mengetahui lebih
memdalam tentang persamaan dan perbezaan adat istiadat yang diamalkan oleh
Kaum Melayu dan Kaum Cina semasa musim perayaan. Pada masa kini,
kebanyakan masyarakat telah salah faham dan kurang ingin mengamalkan adat
istiadat yang diamalkan sejak dahulu kala. Memhami adat resam kaum Malaysia
merupakan salah satu perkara yang amat penting kepada semua rakyat Malaysia.
Dikatakan oleh Ramjah Hasan Shirat, seorang pengarang buku, 19 September
2000, melalui Surat Khabar Utusan Malaysia. Oleh hal yang demikian, pengkaji
amat berminat untuk memahami adat istiadat yang diamalkan antara kaum
Melayu dan kaum Cina.
Sementelahan itu, rasional pengkaji memilih topic ini adalah untuk
mengkaji tentang cara dan pantang larang yang dilaksanakan oleh kaum Cina dan
kaum Melayu menyambut Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri. Setiap kaum
pasti menyambut perayaan mereka dengan mengikut pantang larang mereka
tersendiri yang berbeza. Pengkaji amat berminat untuk mengetahui bahawa
apakah persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua perayaan di atas dalam cara
menyambut dan pantang larang yang dipatuhi.

2.0 Objektif Kajian

961029-13-6407
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.
i).

Mengenal pasti adat istiadat perayaan antara Kaum Cina dan Kaum

Melayu.
ii).

Mengenal pasti persamaan cara menyambut perayaan antara Kaum Cina

dan Kaum Melayu

961029-13-6407
BORANG SOAL SELIDIK
PENGAJIAN AM 900/4
Memaklumkan Kepada Respondan
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji cara
cara Kaum Cina dan Kaum Melayu menyambut Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri
serta persamaan dan perbezaan antara kedua-dua kaum dalam menyambut perayaan
mereka tersendiri. Segala maklum balas diberikan akan dirahsiakan dan hanya digunakan
bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


Sila tandakan (

) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina
Lelaki (

Perempuan (

2. Umur
10 - 20 (

41 - 50

21 - 30 (

51 - 60

31 - 40 (

60 ke atas (

Lain- Lain: Nyatakan: _____________

Melayu (

India

3. Kaum
Cina

961029-13-6407
BAHAGIAN B: PENDAPATAN RESPONDEN
BAHAGIAN B(1) : PERKARA YANG DIJALANKAN SEMASA
PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN HARI RAYA AIDIFITRI
Perkara

Setuju

Tidak Pasti

Tidak Setuju

Skor

1. Adat istiadat yang akan dijalankan semasa perayaan Hari Raya


Aidifitri.
BIL
1.
2.
3.
4.
5.

PERKARA
Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan
menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan
surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin
Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan
taulan.
Memasang lampu pelita untuk menyambut
malam tujuh likur
Pemberian wang kepada kanak kanak daripada
orang dewasa
Dilarang membazir dan berbelanja lebih- lebihan
untuk menyambutnya.

2. Adat istiadat yang akan dijalankan semasa perayaan Tahun Baru


Cina.
BIL
1.
2.
3.

PERKARA
Tidak boleh menyapu rumah pada hari yang
pertama
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam
sehari sebelum hari Tahun Baru Cina
Pemberian angpow kepada kanak-kanak oleh
orang dewasa
Bermain mercun

4.
5.

Memasang lampu tanglung

961029-13-6407
3. Persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidifitri
BIL
1.

PERKARA
Berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan
rakan.

2.

Meziarahi kubur pada hari yang pertama

3.

Memakai pakaian yang cantik, bersih dan mesra

4.

Memasang lampu perayaan

5.

Menghidangkan makanan ringan dan minuman


karbonat dan sebagainya

Sekian terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan soal
selidik ini akan membantu kami meningkatkan lagi kecekapan & keberkesanan
perkhidmatan kami.

961029-13-6407

3.1 Lokasi Kajian


Kawasan kajian merupakan antara satu elemen yang sangat penting dalam
membuat kajian. Kawasan kajian ini adalah berfokus kepada Kawasan Tukau
Jalan Bakam, Miri di dalam negeri Sarawak, Malaysia.
Bandar Raya Miri yang terletak di Miri, Sarawak merupakan Bandar
pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf Bandar raya. Miri mendapat
kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran Bandaraya
Peranginan. Miri merupakan Bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah
penduduk kira- kira 350,000 orang. Kemajuan Bandar ini adalah kerana kayanya
daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum. Kumpulan populasi
penduduk Bandaraya Miri terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. Antara
suku kaum yang terdapat di Miri ialah suku kaum Iban, Melayu, Cina, Kadayan,
Berawan, Melanau, Kayan, Kenyah dan lain- lain. Miri turut digelar sebagai
Gerbang Utara atau Pintu Masuk ke Sarawak dan menjadi salah satu tarikan
pelancongan utama di negeri ini. Miri yang mempunyai banyak aset- aset semula
jadi telah mengagumkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang
berkunjung.

Peta 1 : Peta Sarawak, Malaysia

961029-13-6407
Sumber : Google Map

Peta 2

: Peta Miri, Sarawak.

Sumber : Google Map


Lokasi Kawasan Tukau, Jalan Bakam tertelak di bahagian selatan Miri.
Lokasi tempat kajian merupakan kawasan bandaraya.

Peta 3

: Peta Kawasan Tukau, Jalan Bakam


Sumber

: Google Map

961029-13-6407
Kajian ini telah dijalankan di Kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri. Kawasan
ini merupakan kawasan yang lebih menjauhi daripada pusat bandaraya. Di sini,
kebanyakan penduduk bekerja sendiri dan ada juga bekerja di pusat bandaraya.
Kawasan ini berdekatan dengan pantai, Institute Pengurusan Sarawak dan juga
SM Sains.
Antara tujuan pengkaji memilih kawasan ini adalah disebabkan tempat ini
terletak berdekatan dengan rumah pengkaji. Ianya hanya memerlukan 5 minit
untuk sampai ke sana dari rumah pengkaji dengan menggunakan kereta. Jarak dari
tempat pengkaji hingga ke Bandaraya Miri adalah sebanyak 6km dan memerlukan
sebanyak 15 minit untuk sampai dari kawasan ini ke Bandaraya Miri. Lokasi ini
amat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan. Usaha
untuk mendapatkan maklumat juga lebih mudah jika memilih Kawasan Tukau,
Jalan Bakam sebagai tempat kajian.

961029-13-6407
4.0 Metodologi Kajian
Metodologi kajian merujuk suatu pendekatan saintifik yang digunakan
untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak
dikaji. Antara

tujuan

menyediakan

reka

bentuk

kajian

adalah

untuk

menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasik kajian.


4.1 Persampelan
Kajian ini mengguankan persampelan bukan probaliti iaitu teknik
persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji.
Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang
soal selidik yang dipilih. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984)
di mana kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan
analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan
kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik ini.
Antara ciri- ciri yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah
seharusnya tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Ini kerana kebanyakan
majoriti penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada Kaum Melayu dan
Kaum Cina.
4.2 Kaedah Pengumpulan Maklumat
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan
kaji selidik. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi
penduduk di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri, Sarawak terhadap perbandingan
antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri.

961029-13-6407
4.3 Kaedah Penganalisiskan Data
4.3.1 Soal Selidik
Soal selidik ini adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya
berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu
melalui strategi bentuk soalan selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (
Abd Rahim et al 1999). Borang soal selidik ini perlulah bersesuai dengan
mengikut objektif dan kerangka konseptul yang telah ditetapkan. Hal ini agar
soalan tersebut tidal menyinggung jauh dari sasaran. Bahasa yang digunakan
harus mudah dan senang difahami. Ini dapat memudahkan responden untuk
menjawab soalan soal selidik dengan mudah dan tenang.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional
menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang
berbeza beza dan mudah dibandingkan. Jawapan juga mudah diproses menerusi
sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Penggunaan soal
selidik berbentuk terbuka adalah membolehkan responden untuk memberikan
pendapat yang dirasakan sesuai dan jawapan yang bebas.
Dalam borang soal selidik ini, Skala Likert 3 peringkat telah digunakan
dalam menilai persepsi penduduk di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri, Sarawak.
terhadap perkara yang harus dilaksanakan semasa perayaan Tahun Baru Cina dan
Hari Raya Aidifitri serta persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari
Raya Aidifitri. Setiap peringkat penilaian nilai dalam bentuk angka menggunakan
Skala Likert, dimana angka 1 mewakili setuju, angka 2 mewakili tidak pasti dan
akhirnya angka 3 mewakili tidak setuju.
4.3.3 Rujukan
Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku
rujukan di perpustakaan untuk mendapat maklumat tambahan. Selain itu, rujukan
internet juga dijalankan bagi mendaat maklumat- maklumat yang amat berguna.
Peta dan gambar rajah dapat diperoleh daripada laman web Google.

961029-13-6407
PERBANDINGAN ANTARA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DAN
HARI RAYA AIDIFITRI
ABSTRAK
Tajuk bagi kerja kursus ini adalah perbandingan antara perayaan Tahun
Baru Cina dan Hari Raya Aidifitri. Objektif menjalankan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti adat istiadat perayaan antara mengenal pasti adat istiadat perayaan
antara Kaum Cina dan Kaum Melayu serta mengenal pasti persamaan cara
menyambut perayaan antara Kaum Cina dan Kaum Melayu. Lokasi menjalankan
kajian ini adalah di kawasan Tukau, Jalan Bakam, Miri, Sarawak. Kaedah untuk
menjalankan kajian adalah melalui kaedah soal selidik dengan melengkapkan
borang soal selidik dan kaedah rujukan. Responden dipilih secara rawak, mereka
terdiri daripada penduduk kawasan Tukau, Jalan Bakam. Melalui kajian yang
dilaksanakan, setiap penduduk telah menerangkan pelbagai pendapat yang
berbeza tentang adat istiadat yang perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina dan
Hari Raya Aidifitri. Selain itu, penduduk juga menunjukkan perspektif yang
berbeza beza dalam persamaan antara perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya
Aidifitri. Kesimpulannya,

961029-13-6407
5.0 Dapatan Kajian
Bahagian ini membincangkan analisi data dan mempamerkan hasil
penemuan yang telah dijalankan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik
seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.
5.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang tinggal berhampiran dengan ladang
peternakan telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek jantina, kaum, pekerjaan dan umur masing- masing
dipersembahkan dalam bentuk rajah.

961029-13-6407
5.1.1 Jantina
Jantina

Bilangan

Peratusan (%)

Lelaki

16

53

Perempuan

14

47

Jadual 1: Bilangan responden mengikut jantina


Sumber : Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian

Lelaki
Perempuan

Rajah 1 : Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2015
Dari keseluruhan 30 responden, pengkaji telah mendapati seramai 16 orang
merupakan lelaki manakala 14 orang merupakan perempuan. Lelaki telah
merangkumi sebanyak 53% manakala perempuan telah merangkumi sebanyak
47%.
Perbezaan jumlah kedua dua golongan jantina adalah sebanyak 6 peratus
sahaja yang menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan jurang yang besar dalam
pemilihan jantina responden. Ini juga membuktikan bahawa pelbagai jenis jantina

961029-13-6407
yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Selain itu, pemilihan jantina
perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu
jantina sahaja.

961029-13-6407
5.1.2 Umur
Umur
10 20
21 30
31 40
41 50
51 60
60 ke atas
Jadual 2: Umur responden

Bilangan
5
10
8
4
1
2

Peratusan (%)
17
33
27
13
3
7

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian Mengikut Lingkungan Umur
10 20
21 30
31 40
41 50
51 60
60 ke atas

Rajah 2: Umur Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,
seramai 5 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan
umur antara 10 hingga 20 tahun. Responden yang berumur 21 tahun hingga 30
tahun adalah 10 orang manakala responden yang berumur antara 31 tahun hingga
40 tahun terdiri daripada 8 orang. Sebanyak 4 orang responden adalah berumur
antara 41 tahun hingga 50. Responden yang terdiri daripada 51 tahun hingga 60

961029-13-6407
tahun adalah hanya seorang sahaja yang dikaji. Terdapat 2 orang responden yang
berumur 60 ke atas telah juga dikaji seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2
Di samping itu, rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti responden yang
tinggal berdekatan dengan kawasan kajian adalah golongan yang berumur 21
tahun hingga 30 tahun. Ini telah membuktikan bahawa kebanyakan penduduk
yang tinggal di sini adalah remaja dan mungkin masih melanjutkan pelajaran atau
telah bekerja.Namun, ada juga responden yang berumur 31 tahun hingga 40 tahun
tinggal berdekatan dengan kawasan kajian.
Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai
pandangan yang berbeza beza. Segala maklumat yang ringkas dan jelas telah
ditunjukkan di atas Jadual 1 dan Jadual 2.

5.1.3 Kaum

961029-13-6407
Kaum
Cina
Melayu
India
Lain - Lain
Jadual 3 : Kaum Responden

Bilangan
14
12
0
4

Peratusan (%)
47
40
0
13

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Bilangan Responden Yang Tinggal Berdekatan Dengan Kawasan Kajian Mengikut Kaum

Cina
Melayu
India
Lain - Lain

Rajah 3 : Jenis Kaum


Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik,
seramai 14 orang responden yang terdiri daripada kaum Cina iaitu merangkumi
47%. Responden yang terdiri daripada kaum Melayu adalah seramai 12 orang
iaitu peratusan 40%. Minoriti responden yang terdiri daripada kaum lain iaitu 4
orang Iban dan hanya peratusan 13%. Namun, tiada responden yang terdiri
daripada kaum India.
Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti Kaum Cina yang tinggal
berdekatan dengan kawasan kajian dan diikuti Kaum Melayu. Tiada kaum India
dan hanya sedikit kaum lain tinggal berhampiran dengan kawasan kajian. Ini
mungkin menafikan bahawa Kaum India memilih untuk tinggal di kawasan

961029-13-6407
bandar manakala Kaum kaum lain memilih untuk tinggal di kawasan luar
bandar atau pedalaman. Segala maklumat ringkas dan jelas dapat dilihat atas
Jadual 3 dan Rajah 3

5.2 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim Perayaan
Hari Raya Aidifitri dan Tahun Baru Cina

961029-13-6407
5.2.1 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim Perayaan
Hari Raya Aidifitri

BIL

PERKARA

Setuju

Tidak
Pasti

Tidak
Setuju

14

12

1.

Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan


menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan
surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin

30

2.

Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan


taulan.

14

16

3.

Memasang lampu pelita untuk menyambut


malam tujuh likur

28

4.

Pemberian wang kepada kanak kanak daripada


orang dewasa

14

5.

Dilarang membazir dan berbelanja lebih- lebihan


untuk menyambutnya.

Jadual 4: Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri
Sumber: Kajian Lapangan 2015

961029-13-6407

Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri
35

30

25

20

Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju

15

10

Rajah 4: Adat yang perlu dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri
Sumber: Kajian Lapangan 2015

961029-13-6407

Hari Raya Aidifitri merupakan satu hari yang terbesar kepada semua umat
Islam di seluruh dunia. Pelbagai adat yang akan dijalankan oleh umat islam
semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidifitri. Oleh itu, analisis ini telah
dijalankan untuk membincangkan tentang adat yang perlu diamalkan semasa
perayaan Hari Raya Aidifitri.
Perkara tentang berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan
didapati bahawa semua responden iaitu 100 peratus bertindak bahawa perkara ini
wajib perlu dilakukan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada
responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi
pernyataan ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju.
Ini telah menunjukkan bahawa berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan
taulan merupakan perkara yang diketahui oleh semua penduduk yang berbilang
kaum yang harus dilaksanakan semasa musim perayaan. Melalui kunjungan ke
rumah saudara mara dan rakan taulan, hubungan silaturahim dapat dikekalkan dan
lebih dieratkan antara saudara mara dan juga rakan taulan.
Selain itu, majoriti responden iaitu daripa 14 orang iaitu 47 peratus setuju
terhadap perkara tentang

umat Islam yang kehilangan saudara mara akan

menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan


surah Yasin yang akan dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidifitri.
Seramai 12 orang responden iaitu 40 peratus tidak pasti dan 4 orang responden
iaitu 13 peratus tidak setuju terhadap perkara ini perlu dijalankan semara perayaan
Hari Raya Aidifitri. Min bagi pernyataan ini adalah 1.67 iaitu mewakili skala
likert bernombor dua iaitu tidak pasti. Ini telah menunjukkan bahawa majoriti
responden yang berbangsa cina dan lain lain berasa tidak pasti dan tidak setuju
manakala majoriri responden yang berbangsa Melayu berasa setuju terhadap adat
ini perlu dijalankan. Menurut unsur Islam, umat islam akan pergi ke tanah
perkuburan pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidifitri. Hal ini adalah untuk
mengenang kembali saudara yang telah meninggal dunia dan memberi doa kepada
saudara tersebut supaya masih diingati. Surah Al Fatihah atau bacaan surah

961029-13-6407
Yasin akan dihadiahkan supaya saudara yang telah meninggal dunia dapat berasa
selesa dan dosa saudara tersebut dapat diringankan.
Di samping itu, adat memasang lampu pelita untuk menyambut malam
tujuh likur juga merupakan salah satu adat yang perlu dijalankan. Melalui statistik
yang dikaji, terdapat bahawa 14 orang responden iaitu daripada 43 peratus
berindak setuju dan 16 orang responden iaitu daripada 57 peratus tidak pasti
terhadap adat memasang lampu pelita untuk menyambut malam tujuh likur pada
musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada responden yang tidak setuju dengan
pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.53 iaitu mewakili skala likert
bernombor dua iaitu tidak pasti. Malam tujuh likur merupakan malam yang lebih
baik beribu-ribuan bagi semua umat Islam. Pada malam tersebut, umat Islam
menyambut dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu. Sesetengah umat
Islam yang berimam menggangap bahawa malam tujuh likur adalah malam
Lailatul Qadar dengan menerangkan suasana yang pelik akan diwujudkan dan
mereka menggangap sebagai petunjuk Tuhan. Menurut al Quran, Nabi
Muhammad s.a.w berkata Lailatul Qadar aladah sepuluh malam terakhir dan kita
tidak akan tahu bila malamnya. Oleh itu, malam ini biasanya akan diamalan
dengan hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu terutama
menjelang Syawal.
Tambahan pula, kebanyakan responden iaitu daripada 28 orang ( 93
peratus) setuju dan hanya 2 orang responden iaitu 7 peratus tidak pasti terhadap
perkara pemberian wang kepada kanak kanak daripada orang dewasa perlu
dijalankan pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Tiada responden yang tidak
setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.07 iaitu
mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Hal ini telah menunjukkan
bahawa majoriti responden bertindak bahawa perkara ini amat wajib dijalankan
pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri. Walaubagaimanapun, menurut sudut
pandangan Islam, perkara ini memang tidak wujud dan tidak diwajibkan untuk
menjalankan pada perayaan Hari Raya Aidifitri. Ini kerana Malaysia merupakan
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum

961029-13-6407
mempunyai adat resam masing masing semasa musim perayaan mereka. Oleh itu,
memang tidak menafikan bahawa adat resam sesebuah kaum akan diikuti oleh
kaum yang lain. Sebagai contohnya, perkara pemberian wang kepada kanak
kanak daripada orang dewasa amat serupa dengan adat kaum Cina dengan
pemberian angpow kepada kanak kanak daripada orang dewasa.
Sementelahan itu, perkara yang terakhir yang akan dijalankan pada musim
perayaan Hari Raya Aidifitri adalah dilarang membazir dan berbelanja lebihlebihan untuk menyambutnya. Terdapat bahawa 14 responden iaitu 47 peratus
setuju terhadap pernyataan di atas. Manakala terdapat 8 orang responden iaitu
27% tidak pasti dan 6 orang responden iaitu 26 peratus tidak setuju terhadap
pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.6 iaitu mewakili skala likert
bernombor dua iaitu tidak pasti. Rukun Islam telah menunjukkan bahawa amalan
membazir dan berbelanja lebih lebihan adalah perkara yang dilarang kerana hal
ini tidak dibenarkan Tuhan. Umat Islam dilarang membeli sesuatu barang yang
tidak penting kerana amalan membazir merupakan sikap yang tidak baik bagi
agama Islam. Bukan itu sahaja, tujuan yang seterusnya adalah untuk menanam
sikap berjimat dalam kalangan umat Islam supaya mereka tidak akan berbelanja
lebih wang dalam menyambut perayaan.

961029-13-6407
5.2.2 Analisis Tentang Adat Yang Akan Dilaksanakan Pada Musim Perayaan
Tahun Baru Cina

BIL

PERKARA

Setuju
17

1.

Tidak boleh menyapu rumah pada hari yang


pertama

Tidak
Pasti
13

Tidak
Setuju
0

28

2.

Acara makan beramai-ramai pada waktu malam


sehari sebelum hari Tahun Baru Cina
Pemberian angpow kepada kanak-kanak oleh
orang dewasa

30

3.

Bermain mercun

28

30

4.
5.

Memasang lampu tanglung

Jadual 5: Adat yang perlu dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina
Sumber: Kajian Lapagan 2015

961029-13-6407

Adat yang perlu dijalankan semasa perayaan Tahun Baru Cina


35

30

25

20

Setuju
Tidak Pasti
Tidak Setuju

15

10

Rajah 5: Adat yang perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina


Sumber: Kajian Lapangan 2015

961029-13-6407
Tahun Baru Cina merupakan musim perayaan yang amat penting kepada
semua kaum Cina. Pelbagai adat yang harus diamalkan semasa perayaan Tahun
Baru Cina dijalankan. Analisis tentang adat yang perlu diamalkan semasa Tahun
Baru Cina telah dijalankan dan dibincangkan.
Adat tentang tidak boleh menyapu pada hari perayaan Tahun Baru Cina
yang pertama merupakan salah satu yang perlu diamalkan. Kebanyakkan
responden iaitu daripada 17 orang (57 peratus) setuju manakala 13 orang
responden iaitu 43 peratus tidak pasti terhadap pernyataan di atas. Tiada
responden yang tidak setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini
adalah 1.43 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Statistik ini
telah menunjukkan bahawa majoriti responden bertindak bahawa adat ini perlu
diamalkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina. Menurut tradisi kaum Cina,
perkara menyapu lantai adalah dilarang kerana akan menyapu keluar tuah bagi
tahun baru.
Selain itu, terdapat 28 orang responden iaitu 93 peratus setuju dan 2 orang
responden iaitu 7 peratus tidak pasti terhadap adat acara makan beramai-ramai
pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina. Tiada responden yang
tidak setuju dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan ini adalah 1.07 iaitu
mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakkan responden bersetuju terhadap pernyataan di atas. Menurut unsur
kaum Cina, acara makan beramai ramai adalah perkara yang amat penting.
Setiap keluarga yang bekerja di luar negara atau negeri lain akan pulang ke
kampung masing masing untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan saudara
mara. Pada malam tersebut, pelbagai makanan makanan yang lazat dan sedap
akan disediakan dan semua ahli keluarga akan makan bersama sama di atas
meja sambil berbual- bual. Dengan ini, ahli keluarga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dengan saudara mara lain. Melalui acara ini, hubungan
antara keluarga yang erat dapat dikekalkan.
Di samping itu, semua responden iaitu 100 peratus bersetuju terhadap
pemberian angpow kepada kanak kanak oleh orang dewasa. Tiada responden

961029-13-6407
yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi pernyataan
ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju. Ini telah
menunjukkan bahawa keseluruhan responden bersetuju terhadap pernyataan di
atas. Dalam tradisi tradisi kaum Cina, pemberian angpow merupakan satu
kebiasaan orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak- kanak. Sampul
merah ini mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula dengan angka genap, kerana angka ganjil
dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian.
Tambahan pula, terdapat 28 orang responden iaitu 93 peratus bersetuju
terhadap adat bermain mercun perlu dijalankan semasa Tahun Baru Cina dan
hanya 2 orang responden iaitu 7 peratus tidak bersetuju terhadap pernyataan
tersebut. Tiada responden yang tidak pasti dengan pernyataan di atas. Min bagi
pernyataan ini adalah 1.13 iaitu mewakili skala likert bernombor satu iaitu setuju.
Menurut tradisi kaum Cina, mercun biasanya akan diikat pada tali panjang
berlakur yang digantung. Setiap batang mercun akan digulungkan dalam kertas
merah kearana merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.
Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup letup yang kuat. Oleh sebab
mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan
memekakan yang dipercayai boleh mengusir roh roh jahat. Penyalaan mercun
juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam
sambutan Tahun Baru Cina.
Sementelahan itu, semua responden iaitu 100 peratus bersetuju terhadap
adat memasang lampu tanglung harus dilaksanakan semasa perayaan Tahun Baru
Cina. Tiada responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan di atas.
Min bagi pernyataan ini adalah 1.0 iaitu mewakili skala likert bernombor satu
iaitu setuju.

961029-13-6407

Anda mungkin juga menyukai