Anda di halaman 1dari 30

NAMA : MOHAMAD ARIEFF SHAMIDA BIN SAMSUL KAMIL

TINGKATAN : 3 DEKA SAINS

ANGKA GILIRAN : AHO86 K002

NAMA GURU : EN. TARMIZI BIN MAN

1
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Aspek Muka Surat


1. Tajuk
2. Senarai kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif kajian
5. Kaedah kajian
6. Hasil Kajian
- Perayaan tradisi
i. Nama perayaan/nama lain
ii. Pihak/etnik/kaum yang terlibat
iii. Tarikh/tempoh masa dirayakan
iv. Tujuan perayaan
- Latar belakang
i. Sejarah/asal-usul perayaan
ii. Upacara khusus dalam perayaan
iii. Individu yang mengetuai upacara
khusus
iv. Tempat khusus sambutan dijalankan
- Persiapan sambutan perayaan
i. Sebelum perayaan
ii. Semasa perayaan
iii. Selepas perayaan
- Peraturan/pantang larang/amalan sampingan
- Kesan perayaan
i. Keluarga
ii. Perpaduan
iii. Pelancongan
iv. Keagamaan

7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Kerja Kursus Tingkatan 3 yang

bertajuk Perayaan Hari Raya Aidiladha dapat saya siapkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi

penghargaan saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah, ibu bapa tercinta, rakan-rakan

dan teristimewa buat orang sumber kerana telah banyak membantu menjayakan kerja kursus ini.

Guru Sejarahku, Encik Mohd. Tarmizi b. Man,

Nasihat, bimbingan dan dorongan yang cikgu berikan amat saya hargai. Tunjuk ajar cikgu dalam

membantu menyiapkan kerja kursus ini tidak dapat saya balas dengan kata-kata. Hanya ucapan

terima kasih yang mampu saya luahkan, Terima kasih, Cikgu!

Ibu bapa tercinta,

Terima kasih atas pengorbanan masa,tenaga dan wang ringgit yang kalian curahkan semata-mata

kerana ingin melihat anakmu berjaya menghasilkan kerja kursus yang cemerlang. Pandangan,

tunjuk ajar dan buah fikiran kalian sangat anakanda sanjung tinggi.

Rakan-rakan seperjuanganku,

Alangkah bahagianya mempunyai rakan-rakan seperti kalian yang sentiasa sudi membantu

tatkala saya kebuntuan idea semasa menyiapkan kerja kursus ini. Semga persahabatan kita terus

kekal abadi.

3
Orang sumberku, Encik Samsul Kamil b. Osman,

Sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan di atas kerjasama yang diberikan. Jasa baik dan

ketulusan hati Encik Samsul membantu saya memberi info dan maklumat berguna sepanjang

kerja kursus ini dijalankan akan sentiasa saya kenang.

Sekalung penghargaan saya rakamkan kepada semua yang terlibat dalam proses penghasilan

kerja kursus ini.

Yang benar,

(MOHAMAD ARIEFF SHAMIDA BIN SAMSUL KAMIL)

Tingkatan 3 Deka Sains

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu

4
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui dan mendalami tentang perayaan

Hari Raya Aidiladha. Saya dapat mengetahui asal-usul dan adat perayaan ini dengan lebih jelas.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mewujudkan semangat cinta akan warisan bangsa.

Melalui kajian ini, perasaan bangga dan prihatin terhadap perayaan masyarakat kaum Melayu ini

dapat diwujudkan justeru menimbulkan perasaan ingin tahu terhadap perayaan ini dengan lebih

mendalam. Kajian tentang perayaan Hari Raya Aidiladha ini juga dapat mengangkat martabat

bangsa. Pendedahan terhadap perayaan tradisi yang semakin dilupakan kepada generasi muda

khususnya pelajar akan menyebabkan mereka kehilangan identiti dan tidak mengenali asal-usul

leluhur mereka. Akhir sekali, kajian mengenai perayaan tradisi juga dapat member peluang

kepada generasi muda khususnya pelajar mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan

perayaan tradisi. Justeru itu, budaya ini tidak akan luput daripada ingatan rakyat Malaysia.

5
KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah kajian yang telah saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini ialah

kaedah menemubual orang sumber iaitu Encik Samsul Kamil bin Osman, seorang guru sejarah

yang juga merupakan bapa saya sendiri. Saya telah mendapat kerjasama yang baik daripada

orang sumber saya. Segala soalan yang saya ajukan dijawab dengan jelas oleh beliau. Hasilnya,

saya mendapat banyak maklumat tentang Perayaan Hari Raya Aidlfitri.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah melayari internet. Melalui kaedah ini, saya

memperolehi pelbagai maklumat mengenai Perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih terperinci

dan mendalam lagi.

Akhir sekali, kaedah penyelidikan di perpustakaan juga telah saya jalankan. Saya telah

membuat penyelidikan di perpustakaan awam dan mencari buku-buku ilmiah, ensiklopedia serta

keratan akhbar yang berkaitan dengan tajuk perayaan. Kaedah ini dilakukan untuk dijadikan

sebagai panduan dan rujukan saya dalam menyiapkan kerjs kursus ini.

6
HASIL KAJIAN

PERAYAAN TRADISI

i)NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN


Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari

Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the

Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan

Bayrami( Turki).

ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di

Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam.

7
iii)TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas

berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui

rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan

kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam.

Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga maghrib di

beberapa tempat yang strategik.

iv)TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa

dalam bulan Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya

menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan

Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di

mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

8
LATAR BELAKANG

i)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda

mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah

bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya

yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk

nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan

dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban

atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini

bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu

ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat

puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum

selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada

melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah

menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan

itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah

yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya

bersih daripada dosa dan noda.

9
ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya

itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya,

maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,

bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang

diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:“Sesiapa yang menghidupkan

malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak

akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”Pada pagi hari raya

dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat

Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan

saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk

berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam

menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja

semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba

baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut

Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata:

"Kerana saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,

agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam

tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah

tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian

baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada

10
orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran.

Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh

membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin

pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang

lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari

raya seperti kita.Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian

duit raya.

Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.

Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan

harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka

buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan

kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu

ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah

sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan

sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan

kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti

tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di

sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya

melupakan tuntutan agama.

11
iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam. Di rumah, individu yang akan

mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

iv)TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi. Selain itu, sambutan

ini juga disambut di desa. Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang ke desa untuk menyambut Hari

Raya. Selain itu, kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi umat islam akan menziarahi

keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

12
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

i)SEBELUM PERAYAAN

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum

perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat

membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-

besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan

yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan

ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan

lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang

pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum

keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

13
BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba

bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu

diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain,

" Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya

umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian

pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah

dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan

dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi

mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid,

qiamullail dan sebagainya

ii) SEMASA PERAYAAN

14
Pada pagi raya,umat islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka bermaaf-maafan

dengan orang yang lebih tua.Umat islam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-

maafan.Umat islam pergi menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia.Selesai menziarahi

kubur,umat islam pergi ke rumah sedara-mara mereka yng terdekat dan ke rumah kawan-kawan.Bagi

yang kanak-kanak,mereka akan dapat ‘Duit Raya’ dari orang tua atau tuan rumah.

iii)SELEPAS PERAYAAN

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan

penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu

Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

15
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan

fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan

tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada

hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar

dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan

terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

16
 

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari

itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail.

Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari

Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak

oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah

benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari

ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan

dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha

17
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam

e) matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca

doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

PERATURAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini

adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya

sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah

kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau

bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

18
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah

hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat

Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan memberi wang kepada kanak-kanak

juga amat popular pada Hari Raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang

memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna

selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan

oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang

kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan

untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk

mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan

itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan

membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan

Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini

adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

19
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan

membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur

Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." ], dan juga riwayat dari Umar (‫ى هللا عنه‬Q‫)رض‬

menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan

diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri

selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila

semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi

dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

KESAN PERAYAAN

i)KELUARGA

20
Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama

keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu

bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan

pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di

hati masing-masing.

ii)PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa

yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing. Di Hari perayaan tidak kira

kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut

bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin

dalam suasana aman dan tenteram.

iii)PELANCONGAN

21
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai

pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk

menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan

yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

iv)KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan

iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

RUMUSAN

22
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang

saya perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur

dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam

agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam

hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di

Malaysia ini. Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum

Melayu, Cina atau India. Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia,

melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung

mengunjung antara kaum semasa perayaan. Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat

pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun

terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.

LAMPIRAN

23
Amalan pemberian duit raya

24
Suasana di Bandaraya Kuala Lumpur ketika Hari Raya Aidilfitri.

25
Suasana di rumah terbuka semasa sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

26
Masyarakat Cina di Malaysia turut merayakan Perayaan Hari Raya Aidlfitri

27
RUJUKAN

BUKU TEKS

Mohamad Sukki bin Othman, 2004, Pendidikan Islam Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU RUJUKAN

Mohamad Sukki bin Othman, 2009, Nexus Vista PMRTingkatan 1,2,3, Petaling Jaya,

Sasbadi.Sdn.Bhd

INTERNET

http://cikgumahfuzah.wordpress.com/2010/02/13/kerja-kursus-sejarah-t-3-2010/

http://foliopmr.blogspot.com/

28
Bagaimana sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Melayu, Cina dan India adalah kaum yang utama di Malaysia. Setiap kaum mempunyai

sambutan perayaan tradisinya yang unik dan tersendiri.

Seperti yang saya tahu, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat

diperkukuh dan dikekalkan melalui beberapa faktor penting terutamanya sambutan perayaan

tradisi pelbagai kaum. Sebagai contoh yang pertama, sambutan kongsi raya yang diperkenalkan

oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Melalui

sambutan kongsi raya ini, setiap kaum akan bersama-sama meraikan sambutan perayaan tradisi

sesebuah kaum di Malaysia seperti Perayaan Tahun Baru Cina,Hari Deepavali,Hari Raya

Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Selain dapat mengenali perayaan tradisi kaum yang lain,

masyarakat juga dapat mempelajari untuk bersikap hormat terhadap adat resam dan kepercayaan

kaum lain melalui penglibatan dalam sambutan kongsi raya ini. Selain itu, hubungan

silaturrahim antara kaum juga dapat dipupuk dan justeru dapat memperkukuhkan lagi perpaduan

masyarakat majmuk di Malaysia.

Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia juga terpelihara melalui

sikap masyarakat itu sendiri yang perlu memahami dan mendalami setiap perayaan tradisi kaum

dengan lebih mendalam lagi serta menghindarkan diri daripada mengutuk atau menghina

perayaan tradisi kaum lain. Sebagai contoh, semasa Perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat

berbangsa Cina akan bermain mercun.Mengikut kepercayaan masyarakat Cina , amalan bermain

29
mercun ini dilakukan untuk menghalau hantu atau roh jahat daripada keturunan mereka. Oleh itu,

masyarakat kaum yang lain haruslah berlaku adil dan bertimbang rasa dengan tidak memarahi

jiran anda yang berbangsa Cina bermain mercun kerana amalan ini merupakan sebahagian

daripada adat resam mereka.

Sikap bekerjasama dan tolong-menolong antara kaum dapat dipupuk di dalam diri setiap

rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Contohnya, masyarakat Cina atau India yang tinggal di

kampung khususnya tidak kekok untuk membantu masyarakat Melayu melakukan persiapan

untuk menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ada yang membantu membakar lemang,

memasak rendang dan ada juga yang menganyam ketupat. Melalui amalan bekerjasama dan

tolong-menolong ini, dapatlah dikatakan bahawa masyarakat majmuk di Malaysia sentiasa

bersatu padu dan berharmoni.

Konklusinya, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diperkukuh dam

dikekalkan melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum. Justeru itu, rakyat Malaysia

haruslah sentiasa bersatu padu untuk memelihara perpaduan ini agar sentiasa berkekalan kerana

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

30