Anda di halaman 1dari 18

TAJUK ESEI

PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DI PARIT JAWA PADA


TAHUN 1995-2005

NAMA PELAJAR : NUR SHAFINAZ BINTI NAZARUDIN

NO. KAD PENGENALAN : 990510 - 01- 8004

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH :

NO PUSAT :

1
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat

2
PENGHARGAAN

‘ Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ‘

Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK Raja Muda , Encik
Masrom Bin Rahmat kerana telah memberi kebenaran dan kemudahan kepada pelajar Pra-U untuk
menggunakan pusat akses . Tidak lupa juga kepada guru penyelaras Pra-U , Puan Zalilah Binti Yahya
kerana sentiasa mengambil berat mengenai perjalanan kerja kursus ini . Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada semua guru kerana telah memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar Pra– U
SMK Raa Muda sesi 2018 .

Saya juga ingin memberikan sekalung penghargaan kepada guru Sejarah tingkatan 6 atas SMK Raja
Muda , Puan Aieen Hafasa@Helda binti Amin kerana beliau telah membantu dan meluangkan masa
untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga telah
memberi teguran yang membina agar kerja kursus ini dapat disiapkan dan dihantar pada masa yang
ditetapkan .

Penghargaan ini juga buat penduduk kampung jalan pasar parit jawa kerana memberi kerjasama yang
baik kepada saya . Segala pertanyaan dijawab dengan baik ketika di temubual . Jutaan terima kasih
diucapkan kepada ibu bapa tercinta yang tidak jemu memberikan dorongan nasihat dan semangat
serta sumber kewangan untuk menyiapkan kertas projek ini .

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan Pra-U sesi 2018 yang disayangi iaitu Nursolehah
binti Aziz dan Nurfarahin binti Mohd Nor kerana telah membantu saya sepanjang menjalankan kertas
kerja ini . Tanpa mereka semua kertas kerja ini tidak mungkin dapat disiapkan pada waktu yang
ditetapkan . Jasa mereka semua amat dihargai dan tidak akan mudah ntuk dilupakan .

Sekian terima kasih

3
SEJARAH PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DI PARIT JAWA PADA TAHUN

1995-2010

1.0 PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk menelusuri perkembangan adat perkahwinan orang cina di Parit Jawa
penulisan kajian lepas yang akan dibincangkan dalam kajian ini diambil daripada buku-buku ilmiah
,jurnal , majalah dan internet . Antara aspek yang akan diberi penekanan ialah pekembangan adat
perkahwinan cina di Jalan Pasar Parit Jawa melalui 4 peringkat iaitu merisik meminang , bertunang
, majlis berkahwin .

Pengenalan Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang
diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang,
bertunang dan majlis perkahwinan. Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun
temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang
harus dipatuhi.

4
2.0 Konsep adat perkahwinan

Mengikut http://prpm.dbp.gov.my adat bermaksud peraturan yg lazim dilakukan sejak


dahulukala: contoh ;Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut adat orang-orang Melayu dan
adat resam yg menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Kini segelintir
kaum cina kurang mengamalkan adat budaya kaum mereka kerana mengikut perkembangan semasa.

Perkahwinan pula membawa maksud perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua) iaitu proses penyatuan dua pihak iaitu lelaki dan perempuan dengan persetujuan
kedua ibu bapa mereka . dalam erti lain perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang
diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat
duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat
sukar disifatkan.

Perkahwinan masyarakat cina mempunyai 4 bahagian iaitu merisik meminang bertunang dan
berkahwin. 4 proses ini di jalankan mengikut adat tradisional. Tetapi apabila pada masyarakat moden
kaum cina sekarang mereka kurang mengamalkan konsep moden dalam perkahwinan mereka.

5
2.1. Latar Belakang Perkahwinan Tradisional Kaum Cina

Masyarakat Cina merupakan masyarakat minoriti di Malaysia. Kemunculan masyarakat Cina


membawa perubahan besar kepada negara sejak awal abad ke–19 sehingga kini. Seperti masyarakat
lain iaitu Melayu dan India, masyarakat Cina turut mempunyai budaya tersendiri yang unik dan
diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka yang berpegang kuat pada pegangan Confuciuosnisme.
Antara budaya yang diamalkan salah satunya adalah adat dan pantang larang dalam perkahwinan.
Persekitaran dan alam sekitar mempengaruhi kehidupan mereka dan menyebabkan mereka banyak
bergantung kepada nasib. Perkahwinan kaum Cina telah menjadi adat resam sejak 402 S.M. dan
sebelum zaman moden, golongan wanita dikatakan tidak berhak memilih pasangannya dan
pasangannya akan dipilih oleh ibu bapa mereka. Perkahwinan yang dijalankan adalah berdasarkan
pembiakan dan menjaga nama baik keluarga. Mengikut adat tradisional orang Cina, anak lelaki
sulung perlu dikahwinkan dengan segera apabila mendapat jodoh. Hal yang demikian kerana jika
perkahwinan lambat diadakan ia akan menimbulkan kemudaratan kepada diri dan keluarga mereka
dan dianggap sebagai memalukan.

Menurut masyarakat Cina, perkahwinan merupakan titik tolak berlakunya perubahan dalam
kehidupan mereka. Mereka yang melangsungkan perkahwinan akan memasuki alam rumah tangga
bersama pasangannya. Sesuatu perkahwinan yang akan berlangsung dalam masyarakat Cina akan
dirancang dan diatur terlebih dahulu sebelum majlis perkahwinan dijalankan. Menurut kepercayaan
mereka, pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan perlu mengikut aturan adat yang
diamalkan oleh mereka dan andainya salah satu pihak mengingkari perkahwinan yang akan
dijalankan ia dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat
ini iaitu eksplisit yang mana perkahwinan yang dijalankan melalui ibu bapa atau orang yengah (moi–
ngin) dan implisit yang mana perkahwinan yang dijalankan melalui pasangan masing–masing dan
mereka diberi kebebasan untuk memilih pasangan. Selain itu juga, kaum Cina juga mengamalkan
enam upacara amal yang dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket iaitu pinangan, pembandingan
hari jadi, harga pengantin perempuan, penyampaian hadiah perkahwinan, pemilihan hari
perkahwinan dan upacara perkahwinan.

6
Mengikut adat tradisi yang telah diamalkan, pengantin lelaki akan ke rumah pengantin perempuan
dan hadiah perkahwinan akan dihantar oleh pihak lelaki ke rumah pihak perempuan dan sebagai
pertukaran pihak perempuan akan menghantar hadiah kepada pihak lelaki. Selain itu, pengantin lelaki
akan dibawa ke tempat pemujaan nenek moyang mereka sebagai tanda hormat sebelum berjumpa
dengan pengantin perempuan. Di sini juga mereka akan bertukar cincin dan menunjukkan upacara
telah selesai dan pasangan pengantin sudah menjadi pasangan yang sah sebagai suami isteri. Selain
itu, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan duduk bersanding bersama–sama di atas pelamin
yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas selesai upacara persandingan, kedua–dua pengantin
akan bertemu ahli keluarga masing–masing dan mereka akan bersuai kenal antara satu sama lain dan
memohon restu.

Dalam majlis perkahwinan itu juga, akan diadakan upacara minum teh bersama–sama dan
dianggap sebagai tradisi dan adat untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga yang baru dibina.
Pasangan pengantin akan memberikan teh kepada saudara mara pihak lelaki secara tanda jalinan
mesra. Pada sebelah malam pula jamuan makan secara besar–besaran akan diadakan dan dimeriahkan
oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir. Tetamu yang datang bertandang akan membawa ang–
pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama juga, pasangan pengantin
mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan saudara mara yang hadir. Sebagai bukti
perkahwinan telah berlangsung, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

7
3.0 PROSES-PROSES PERKAHWINAN TRADISIONAL

1. MERISIK

Peringkat pertama adalah keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan merisik latar
belakang pasangan yang disukai oleh anaknya. Ini kerana kaum Cina terlalu mengambil berat tentang
nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah laku pasangan anaknya.

Ciri-ciri ini penting bagi menjadikan perkahwinan anak mereka kekal dan bahagia. Pelbagai
cara merisik yang dibuat oleh kaum cina seperti menanyakan soalan kepada rakan-rakan yang rapat
tentang pasangan anak mereka. Keluarga Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tentang
perkahwinan di restoran-restoran dan biasanya diadakan oleh keluarga pihak lelaki.

Tradisi ini penting dalam masyarakat Cina kerana keluarga kedua-dua pihak dapat
mengeratkan hubungan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan

2. MEMINANG

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing, adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin untuk berkunjung ke rumah
pihak perempuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin
pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.

Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala
permintaan pihak perempuan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa pihak lelaki. Selepas itu,
ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan
daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk
berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

8
3. Adat Bertunang

Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk
menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu
yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.

Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan tersebut untuk menunaikan
segala permintaan. Kemudian, upacara bertukar cincin akan dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan. Bagi membukitkan persetujuan, perempuan berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas
merah atau Nyen-Sang yang tertulis nama, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang
tilik.

Selepas penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang, Tukang
tilik akan membuat ramalan dan menyediakan dua keping Nyik-Kor yang mengandungi peraturan-
peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut kepada kedua pasangan.

Selain itu, hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan pada hari pertunangan. Proses
ini dikenali sebagai Guo Da Li dan hadiah besar ini mengandungi angpau, arak, biskut, dan lainlain.
Bilangan barang yang ada dalam hadiah besar perlu adalah genap kerana bermaksud hubungan
pasangan akan berkekal selama-lamanya. Dalam masyarakat Cina, semakin tinggi wang tunai atau
angpau yang diberikan dalam hadiah besar, semakin tinggi kedudukan keluarga lelaki. Sebelum hari
perkahwinan, keluarga pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak lelaki atau
rumah baru pasangan tersebut.

9
4. Hari perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di
kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Hal ini kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis
mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.

Sebelum hari perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak akan menyembah nenek moyang
mereka dan ini bermaksud memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan, Selain itu,
keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik pengantin dan meletakkan angpau, limau
dan gula-gula. Seorang budak lelaki akan diminta untuk melompat di atas katil tersebut.

Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini adalah berdoa pasangan tersebut dapat
melahirkan anak mereka dengan tempoh masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga
akan makan Tang-Yuan iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai sebuah keluarga pada masa
depan.

10
4.0 KELENGKAPAN PERKAHWINAN TRADISIONAL

Cheongsam Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.
Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak Kwa atau Cheongsam yang juga disulam
dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

SAMFOO Kebiasaannya dipakai oleh pengantin lelaki Samfoo membawa maksud baju dan
seluar dalam dialek kantonis Baju yang longgar, terbelah di depan, Dan berkolar tinggi serta Dipakai
bersama seluar atau kain longgar. Diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

Banner Kain Akan dibentangkan di atas mejadi pintu masuk pada hari perkahwinan Tetamu
yang hadir pada malam perkahwinan akan menandatangan nama mereka dan menulis restu mereka
diatas kain ini Disimpan oleh pasangan pengantin sebagai kenangan seperti juga bunga dan baju
pengantin

11
5.0 Pantang Larang Semasa Perkahwinan

Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan


pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada
pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai “Permainan Pintu
Perkahwinan”. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu
kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.
Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak
lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin
perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.
Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak
seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan
masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.

Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak boleh
melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di
rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin kebiasaannya warna merah dipilih bagi


menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh
menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah
akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan
berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam
perkahwinan tersebut.

12
6.0 Latar Belakang Perkahwinan Moden Masyarakat Cina

Kini, Kaum Cina diambang permodenan dan menyebabkan berlaku perubahan dalam adat dan
pantang larang perkawinan. Namun, rata–rata tidak banyak yang mengalami perubahan dan
perubahan yang berlaku selari dengan perkembangan cara hidup dan kemajuan yang menyebabkan
berlaku sedikit perubahan terhadap pengantin berbanding zaman dahulu dan sekarang. Kaum Cina
tidak mempunyai sekatan umur untuk berkahwin dan bergantung kepada kesanggupan pasangan.
Malahan, menjadi kebiasaan mereka untuk berkahwin pada usia dewasa kerana mempersiapkan diri
dan mengumpul wang untuk majlis perkahwinan yang akan dijalankan nanti.

Dalam adat perkahwinan moden perubahan yang dilakukan tidak banyak dan tidak begitu ketara,
namun masih wujud perubahan iaitu melalui cara berpakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin
berbanding perkahwinan tradisional. Semasa majlis pertunangan dijalankan pula, keluarga belah
lelaki akan memberikan hadiah besar kepada keluarga pihak perempuan sebagai mengiktirafan rasmi
bahawa majlis perkahwinan diantara pasangan bakal pengantin akan dilangsungkan. Hadiah besar
yang diberikan itu kebiasaannya berupa wang penanda yang dibalut bersama sampul merah dan
barang–barang lain seperti teh, kek penambah kebahagiaan, sepasang binatang ternakan, manisan
atau gula, arak serta tembakau. Malahan juga, wang yang diberikan juga berjumlah $99 atau $999
kerana dikaitkan dengan nombor Sembilan yang mana masyarakat Cina mempercayai akan wujudnya
hubungan berpanjangan.

Di samping itu, kaum Cina tidak melalui kursus berkaitan hal ehwal perkahwinan seperti mana
yang diamalkan oleh kaum Melayu tetapi mereka akan ke pejabat pendaftaran untuk mendaftarkan
perkahwinan mereka. Bakal pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan yang
dikenali sebagai Keat Foon dan Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan
mereka. Saksi–saksi terdiri daripada kaum kerabat yang terdekat iaitu keluarga dan saudara mara.

13
Selepas itu, barulah mereka akan membincangkan mengenai tarikh yang sesuai untuk
melangsungkan perkahwinan berpandukan kalendar Cina dan mendapat persetujuan oleh sami.
Dalam menentukan tarikh perkahwinan juga terdapat pantang larang yang harus dipatuhi seperti
majlis perkahwinan tidak boleh dilangsungkan pada tarikh tertentu kerana dipercayai akan
mengundang musibah kepada perkahwinan mereka. Bagi kaum Cina yang beragama Kristian
terutamanya akan menjalankan perkahwinan secara sivil dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja
dan tidak mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi.

7.0 PROSES PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA MODEN

Perkahwinan masyarakat cina kini mempunyai pelbagai kumpulan masyarakat cina moden
mengamalkan gaya moden tidak mengamalkan adat tradisional seperti meminang bertunang dan
berkahwin. Dalam adat perkahwinan moden adat meminum teh memberi hadiah besar kepada
pengantin perempuan masih lagi diamalkan tetapi dari segi pakaian masyarakat cina kini tidak lagi
memakai pakaian adat tradisi mereka seperti mana dahulu memakai ceongsam dan serba merah. Kini
mereka memakai gaun bagi perempuan dan kemaja bagi lelaki. Pada hari ini masyarakat Cina kurang
mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu
dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama
Kristian.

1. Merisik

Pada masa kini dalam perkembangan adat masyarakat cina tidak lagi mengikuti adat merisik kerana
pada masa kini mereka saling mengenali antara satu sama lain. . Merisik ini dijalankan untuk
mengetahui latar belakang gadis yang dihajati terutamanya nama, keturunan, peribadi, watak dan
tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Sebahagian masyarakat cina lebih gemar berbincang di restoran-restoran disertai saudara-mara.
Kebanyakan masyarakat cina sekarang tidak melalui proses merisik didalam perkahwinan.

14
2. Meminang

Walaupun kebanyakan Orang Cina hari ini memilih majlis perkahwinan moden yang biasanya
diadakan di restoran atau hotel, pada zaman dahulu, sebelum adanya kebanyakan hotel sekarang,
adalah menjadi adat terutamanya antara golongan Orang Cina Selat yang mampu untuk mengadakan
upacara perkahwinan yang rumit. Ia satu-satunya peluang bagi mereka untuk menunjuk-nunjukkan
kekayaan, kalaupun bukan kepada orang ramai, sekurang-kurangnya kepada keluarga menantu.

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati terhadap latar belakang keluarga antara satu sama lain, adat
meminang dijalankan. Seorang wakil akan dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis untuk
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan
makanan dan memilih tarikh perkahwinan yang sesuai. Pihak lelaki dan ibu bapanya akan memenuhi
segala permintaan pihak perempuan.

3. Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut
berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada
masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis
kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan,
gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki
akan mengadakan persediaan. Adat bertunang masih kekal didalam perkembangan masyarakat cina

4. MAJLIS PERKAHWINAN

15
Majlis ini diadakan selepas setahun bertunang atau mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh kedua-
dua pihak. Sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum tiba
hari perkahwinan, perkahwinan iti mesti ditangguhkan pada tahun depan atau selama seratus tahun.
Pasangan juga haruslah mendaftar di mahkamah sivil dimana bakal pengantin perlu mendaftar
terlebih dahulu sebagai suami isteri dari segi undang – undang. Perubahan dari segi pakaian yang
lebih kepada pakaian barat. Jamuan makan mereka akan dijalankan pada sebelah malam.

8.0 PERKEMBANGAN KELENGKAPAN PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Pakaian pengantin mestilah berwarna merah yang membawa tuah kepada pasangan tersebut. Setiap

pakaian juga akan dihias dengan pelbagai aksesori. Pasangan pengantin adalah dilarang daripada

memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan

kematian dan kesedihan pada masa pengembumian. Sebaliknya, pada zaman ini, pakaian pengantin

adalah kebanyakan bewarna putih atau kuning. Corak pemakaiannya adalah lebih menuju ke arah

budaya Barat. Pada pandangan orang Barat, warna putih membawa makna kesucian, manakala bagi

kaum cina dahulu, warna putih adalah bermaksud kematian. Mereka tidak lagi kisah warna pakaian

pengantin tersebut.

16
9.0 PERKEMBANGAN DARI SEGI PAKAIAN (hasil daripada temubual)

Mereka kini lebih mengikut pakaian barat iaitu mengikut peredaran zaman seperti gaun putih yang

sangat cantik dan lelaki memakai kot dan kemeja bagi menampakkan sama cantik dan sama padan.

Sesetengah daripada masyarakat cina mengatakan bahawa mengikut adat tradisi amat merumitkan.

Ada daripada mereka pergi melancong keluar negara untuk tidak melepaskan peluang yang ada. Dan

ada daripada mereka hanya mendaftar di pusat pendaftaran dan menngumumkan didalam surat

khabar.(hasil temubual)

10.0 KESIMPULAN

Esei ini telah menegaskan tentang perkembangan adat perkahwinan masyarakat cina di parit
jawa pada tahun 1995 – 2005. Puan Goh Eak Choon telah menerangkan dengan lebih jelas tentang
latar belakang adat perkahwinan masyarakat cina , proses kelengkapan dan pantang larang.

Beliau juga telah menerangkan dua bahgian iaitu pada abad tradisional dan abad moden. Tidak
banyak perubahan yang berlaku didalam perkembangan ini antara perkembangannya ialah pakaian
dan adat berubah mengikut peredaran zaman. Dalam kajian ini sedikit sebanyak telah memberikan
pelbagai maklumat dan ilmu baru kepada saya tentang perkembangan adat perkahwinan masyarakat
cina di parit jawa. Selain itu menerusi kajian ini diharapkan agar dapat mengekalkan budaya
masyarakat kita dan tidak terlalu terpengaruh dengan budaya barat yang melalaikan.

Oleh itu mengenali adat dan budaya masyarakat cina dengan lebih mendalam. Memahami
setiap yang dilakukan oleh masyarakat ini mempunyai tujuan masing-masing. Menunjukkan
bahawa bangsa cina mempunyai kepercayaan terhadap pembawa tuah. Tidak menjadi satu
kesalahan untuk kita mengenali dan mempelajari adat istiadat budaya dan agama lain. Secara tidak
langsung dapat membuat kita lebih bertamadun dengan kumpulan etnik yang lain. Tidak akan
menjatuhkan jati diri kita sebagai seorang berbangsa melayu. Malah ia menunjukkan bahawa kita
adalah kaun yang mampu bersifat toleransi terhadap kaum lain.

17
11.0 BIBILIOGRAFI

Sumber pertama

Temubual bersama puan goh eak choon di bilik guru smk raja muda merupakan penduduk kawasan
parit jawa.

Sumber kedua

https://www.powtoon.com/online-presentation/dm56mEyYKeq/perkahwinan-tradisional-dan-
moden-cina/?mode=presentation

https://www.slideshare.net/themimie/hubungan-etnik-masyarakat-cina

http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=501:perkahwinan-
masyarakat-cina&catid=65:dokumen&Itemid=145&lang=ms

http://eprints.utm.my/21066/1/a16.pdf

http://lamancikgubahri.blogspot.my/2014/04/adat-perkahwinan-kaum-cina.html

http://malaysiakuterbilang.blogspot.my/2015/11/adat-perkahwinan-masyarakat-cina.html

http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=501:perkahwinan-
masyarakat-cina&catid=65:dokumen&Itemid=145&lang=ms

http://eprints.utm.my/21062/1/a12.pdf

18

Anda mungkin juga menyukai