Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 1

KOD KURSUS : HBEF2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER : MEI 2013

NAMA NO. MATRIKULASI

: :

SALAHUDDIN BIN JAMHARI 810116135009001 810116135009 0138284807 udean8183@yahoo.com udean@oum.com

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

NAMA PENSYARAH

: SIBU LEARNING CENTRE

PUSAT PEMBELAJARAN :

Isi Kandungan Pengenalan. Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu. Sebab-sebab Tradisi Diamalkan. Cara Diamalkan. Adat Merisik. Adat Meminang. Pertunangan. Mas Kahwin. Akad Nikah. Adat Berinai. Upacara Berinai. Persiapan Majlis Persandingan. Majlis Persandingan. Pelaksanaan Selepas Perkahwinan. Mandi Sampat. Adat Menyambut Menantu. Rumusan. Rujukan.

Muka Surat 3 4 5 5 5 6 7 8 9 10 11 11 12 14 14 15 16 17

PENGENALAN. Perkahwinan merupakan suatu perkara terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Setiap orang samaada lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, pasti melaluinya sebagai suatu syarat kea rah kehidupan yang lebih bermakna dan sempurna. Agama Islam juga menuntut penganutnya berkahwin dan ianya menjadi suatu kewajipan kepada setiap insan lelaki atau perempuan apabila sudah mencukupi syaratnya. Banyak Nas Al-Quran dan hadis yang menganjurkan kahwin, antaranya:Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui. (an-Nur:32) Dan di antara hadis yang menyuruh berkahwin ialah sanda Rasulullah S.A.W.:Sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka kahwinlah. (Riwayat: Bukhari dan Muslim) Perkahwinan juga sebagai satu titik di mana pasangan pengantin lelaki dan perempuan akan meninggalkan zaman remajanya dan memasuki alam berumahtangga yang penuh tanggungjawab namun ianya diharapkan kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Di dalam masyarakat Melayu silam, perkenalan di antara pasangan teruna dan dara amat sukar berlaku. Ianya disebabkan kawalan ibu bapa yang ketat ditambah dengan pendidikan agama yang tinggi di kalangan mereka. Kebebasan bergaul serta bermain dan berjalan

bersama di antara teruna dan dara adalah sesuatu yang luar biasa dan akan mengaibkan ibu bapa dan keluarga mereka. Lazimnya hubungan di antara kedua belah pihak teruna dan dara hanya terjalin melalui orang perantaraan yang telah dikenalpasti mengenali hal peribadi kedua-dua teruna dan dara tersebut dan orangnya memang boleh diharap. Di dalam masyarakat Melayu zaman dahulu, kebanyakkan wanita berkahwin diwaktu umur yang masih muda, biasanya di antara 16 hingga 20 tahun. Begitu juga dengan kaum lelaki

yang biasanya berkahwin pada umur 20-an. Ibu bapa memainkan peranan yang paling utama dalam menentukan jodoh pertemuaan anak-anak mereka. ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Untuk upacara merisik, saudara mara pihak lelaki akan merisik di rumah keluarga pihak perempuan. Adat meminang akan dilakukan di rumah keluarga perempuan. Pihak keluarga lelaki akan menghantar satu rombongan meminang. Adat meminang/pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan oleh Tok Imam atau Tok Kadi. Tempoh pertunangan adalah selama setahun. Adat berinai akan dilakukkan selama 6 malam di rumah pengantin perempuan. Adat persandingan akan dilakukan di rumah pengantin perempuan dahulu kemudian pengantin lelaki. Kebiasaannya adat merisik akan dilakukan selepas pihak lelaki dan pihak perempuan saling mengenali. Adat bertunang, meminang, akad nikah, berinai dan persandingan akan diadakan semasa cuti-cuti umum, cuti persekolahan. Semasa majlis perkahwinan terdapat ramai pihak yang terlibat dengan adat ini. Semasa adat merisik, saudara mara terdekat pihak lelaki, ibu atau ibu saudaranya diperlukan. Semasa adat meminang, ibu, bapa dan keluarga akan menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan serta saksi diperlukan. Semasa upacara berinai, saudara mara terdekat akan menjalankan 'Berinai Curi', saudara mara, jiran dan sahabat handai akan menjalankan Berinai Curi. Peralatan yang digunakan semasa adat perkahwinan ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar untuk upacara menepung tawar. Bunga pahar iaitu bunga telur diperlukan untuk diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Bunga manggar diperlukan semasa mengarak pengantin ke pelamin. Wang hantaran, mas kahwin dan hantaran hendaklah

dihantarkan kepada pengantin perempuan oleh pengantin lelaki, pengantin lelaki dan oleh pengantin perempuan. SEBAB-SEBAB TRADISI DIAMALKAN. Adat perkahwinan diamalkan kerana dipercayai hubungan suami isteri akan berkekalan selamanya. Selain itu, dalam Islam, diwajibkan kepada suami isteri untuk diijabkabulkan oleh imam atau kadi secara sah. Dengan cara ini pengantin akan sah pertalian suami isteri menurut Islam. Selain daripada itu, adalah menjadi adat orang Melayu turun temurun mengahwinkan anakanak mereka dimulai dengan merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan kemudian persandingan. Adalah menjadi budaya untuk berkahwin secara besar-besaran dan meriah. Selain itu, perkahwinan mengikut adat dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kedua-dua belah keluarga, dan dapat mengenali keluarga mentua dengan lebih mendalam. CARA DIAMALKAN.

Tepak sireh pembuka bicara ADAT MERISIK. Adat ini juga dipanggil meninjau dan menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan dengan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan

agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki. Antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.Walau bagaimanapun, adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. Justeru itu, mereka akan terus melakukan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri. Ia akan dilakukan oleh orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu. Biasanya gadisyang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak, tahu menjahit, sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan. ADAT MEMINANG. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Rombongan peminangan selalunya akan diwakili oleh saudara pihak lelaki yang terdekat. Rombongan ini akan dilengkapi dengan sirih junjung. Waktu dahulu pembuka bicaranya merupakan pantun. Keluar asap seperti bunga Bunga berbentuk kembang melati Serius benar tuan bertanya Hajat apakah di dalam hati Hisap rokok tembakau Yunnan Keluar asap berbentuk melati

Hendak memetik bunga di taman Itulah hajat di dalam hati Walaupun pada hakikatnya kedua-dua pihak telah setuju, namun mengikut adat dahulu, kata putus akan diberikan beberapa hari selepas rombongan tadi datang. Apabila kata sepakat telah dicapai barulah pinangan tadi diterima secara sah. Perbincangan akan berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran dan jumlah barang iringan yang akan dibawa oleh pihak lelaki. Mas kahwin biasanya akan ditentukan berdasarkan negeri asal atau tempat tinggal pihak perempuan. Selain itu perbincangan juga berkenaan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara pertunangan supaya memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Pada waktu itu, akan ditentukan juga, sekiranya sudah bertunang pihak perempuan ingin memutuskan tali pertunangan tersebut, dia akan membayar segala hanti rugi dua kali ganda sebagaimana yang diterimanya. Tetapi jika pihak lelaki yang mungkir janji, segala wang hantaran tersebut akan dikira sebagai tebus ganti dan tidak akan dikembalikan. PERTUNANGAN. Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buahbuahan, kuih muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin perempuan. Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga akan diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, sembilan, tujuh, sebelas atau tiga belas. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan. Namun begitu ada yang menjalankannya secara berasingan daripada adat pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan. Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus. Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut. MAS KAHWIN. Mengikut masyarakat Melayu, mas kahwin merupakan pemberian ikhlas suami kepada isteri sebagai tanda penghargaannya. Walau bagaimanapun. mas kahwin berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Namun tidak semuanya mas kahwin berupakan wang. Ada juga yang memilih untuk memberikan Al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan mas kahwin. Ini semua mengikut kemampuan seseorang. Biasanya, walaupun menerima mas kahwin dalam bentuk wang, isteri tetap akan membelikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan seumur hidup.

Selangor - RM 80.00 Wilayah Persekutuan - RM 80.00

Kelantan - RM 32.00 Melaka - RM 40.00 Johor - RM 22.50 Sarawak RM 120.00

AKAD NIKAH.

Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rataratanya beragama Islam. Ia bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanijian yang dilakanakan seperti wang belanja, mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam, Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.

Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar ataupun di atas bantal di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Selepas itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak.....(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi 'Aku terima nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).' Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. ADAT BERINAI. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat: Berinai Curi. Diadakan tiga malam sebelum majlis persandingan berlangsung untuk saudara mara terdekat sahaja. Berinai Kecil.

10

Diadakan dua malam sebelum majlis persandingan untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Berinai Besar. Diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. UPACARA BERINAI Diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului dengan pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. Selepas itu pengantin perempuan duduk di atas pelamin dan upacara berinai dijalankan. Selepas adat berinai besar dijalankan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah ataupun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. PERSIAPAN MAJLIS PERSANDINGAN.

Pelamin Yang Telah Siap Dihias.

11

Sebelum majlis ini dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Tetapi jika majlis persandingan diadakan di hotel, orang yang terlibat dalam penghiasan pelamin hendaklah menyiapkan pelamin di hotel atau di dewan tersebut. Pelamin haruslah diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang menarik dan lampulampu yang berwarna-warni. Tujuannya ialah supaya pengantin akan nampak lebih berseri jika duduk di atas pelamin. Pelamin juga turut dipanggil singgah sana di sini juga para keluarga dan tetamu yang hadir akan melaksanakan acara menepung tawar kedua dua mempelai. Selain itu kek perkahwinan perlu ditempah untuk menyerikan lagi majlis persandingan. Kek yang bertingkat adalah pilihan kedua mempelai. Acara ini dijalankan oleh kedua mempelai pada kemuncak majlis. Adat dan seni mengundang tetamu tidak diremehkan dalam masyarakat Melayu. Pada zaman kesultanan Melayu, warkah bertinta emas, daripada kulit asli, diberi kepada bakal tetamu. Golongan marhain, cukup sekadar jemputan lisan. Jikalau berdaya, sirih sekapur yang dikendong di dalam bakul, dihulur seluruh kampung. Kini masyarakat moden memilih kad pelbagai corak dan bentuk untuk mengundang tetamu. Hiasan reben, bunga comel dan warna menyerikan kad. MAJLIS PERSANDINGAN.

Majlis ini juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat

12

handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan daun pudina, daun sireh dan daun serapah ditumbuk dan digosok pada kulit untuk memutihkan kulit. Kemudian pengantin dijampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang rasa gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini tidak dilakukan oleh masyarakat Melayu hari ini. Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Pada kebiasaannya pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu pengantin dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa membayar tebus pintu atau tebus pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Pengantin akan bersanding atas pelamin, dan di situlah pengantin akan ditepung tawar atau direnjis dengan para tetamu yang hadir. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini adalah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit dan semangkuk air tepung tawar. Semasa menjalankan adat menepung tawar inai dicalitkan dan air tepung tawar direnjis ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih ditabur di hadapan pengantin dan kepada para hadirin. Bunga telur diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Seterusnya makan berdamai atau dipanggil makan beradab dijalankan. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

13

PERLAKSANAAN SELEPAS DIAMALKAN.

MANDI SAMPAT. Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi limau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa dan air limau. Kemudian air yang berlebihan disimbah kepada kanak-kanak yang berada di situ.

14

ADAT MENYAMBUT MENANTU. Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang dengan mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung. Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga.

15

RUMUSAN. Pada masa dahulu, banyak adat warisan tradisional seperti berasah gigi, makan sirh jampi, mandi safat dan sebagainya diamalkan dikalangan orang-orang Melayu. Namun pada masa sekarang, ia tidak lagi diamalkan, mungkin masyarakat Melayu sekarang lebih berfikiran positif dan terbuka serta berpegang kuat pada ajaran Agama Islam di samping dipengauhi era kemodenan, di mana mereka tidak begitu mengambil berat lagi tentang adat tradusi Melayu lama. Namum begitu adalah tidak wajar adat-adat ini dilupakan terus oleh masyarakat masa kini, kerana selalunya ada sesuatu yang tersirat di sebalik apa yang tersurat untuk dijadikan pengajaran dalam penghidupan kita seharian. Semua ini adalah warisan zaman berzaman, mungkin sesetengah dari kita lupa bahawa setiap apa yang dilakukan itu ada tujuannya, misalnya makan tidak setempat dikatakan orang itu akan berkahwin ramai, tetapi apa yang tersirat disebaliknya adalah ditakuti nasi yang dimakan itu bertaburan dilantai dan rumah menjadi kotor. Manakala contoh yang dapat kita lihat adalah pantang larang prang tua memarahi anak gadis mereka makan di muka pintu, anak gadis zaman dahulu gerun sekali jika dikaitkan dengan aral yang menghalang pertemuan jodoh mereka. Mereka juga takut jika tidak dipinang orang, takut dengan status andartu. Anak gadis menyanyi di dapur dikatakan akan berkahwin dengan lelaki tua. Pada hakikatnya semua ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka sahaja, supaya menjaga tingkah laku, budi pekerti sentiasa terpelihara. Sememangnya ada kesopanan orang Melayu dahulu jauh lebih baik jika

dibandingkan pada masa sekarang. Oleh itu kita agar masyarakat zaman ini mengambil tahu atau tidak lupa tentang adat perkahwinan yang banyak mencerminkan adat kesopanan orang Melayu. Semoga ianya tidak luput di telan zaman serta arus kemodenan sains dan teknologi.

16

RUJUKAN. Zani Bin Ismail (2004). Adat Istiadat Perkahwinan Tradisional Melayu. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Perlancongan Malaysia. Selangor. http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai dicapai 25 Jun 2013 pada jam 2300. http://www.pnm.my/malaysiana/01/01010201.htm dicapai 30 Jun 2013 jam 0830. http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= dicapai 2 Julai 2013 jam 1000.

17

Anda mungkin juga menyukai