Anda di halaman 1dari 3

Adat Istiadat Perkahwinan

Sebelum
1. Adat Merisik
 Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat
ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara
wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan. Pertemuan tersebut
dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan.
 Tujuan: untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. Selain itu,
tujuan adat ini juga dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu
rundingan akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan
memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan.

1. Adat Meminang
 sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan
ditetapkan dan adat ini dikenali sebagai adat meminang.
 Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis
yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan
memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana
mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.
Sekiranya pinangan diterima, pertemuan berikutnya mereka akan berbincang
tentang segala syarat berkaitan majlis perminangan.
 perkara yang dibincangkan termasuklah jumlah hantaran perbelanjaan, hari dan
masa yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan majlis
peminangan dan majlis perkahwinan. JIka perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu
kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar Tanda adalah
ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini bermakna pinangan dari pihak lelaki sudah
pun diterima oleh pihak perempuan. Selain daripada itu, hadiah persalinan
pakaian juga termasuklah dalam perbincangan seperti serba satu, serba dua
atau dalam bentuk wang sahaja.
 Dalam upacara peminangan tersebut, terdapat dua kanak-kanak yang dipakai
seperti pakaian diraja zaman dahulu ditugas membawa sebentuk cincin emas
dan sirih meminang. Kedua-duanya diletakkan di dalam ceper. Ketua kampung,
ketua syarak atau orang yang berpengetahuan dengan adat istiadat dilantik
sebagai jurucakap majlis peminangan. Beberapa orang ditugaskan membawa
sebahagian wang hantaran, hadiah persalinan, tepak sirih tembaga, bunga
rampai, sepohon bunga telur, kuih-muih dan buah-buahan untuk diberikan
kepada pihak perempuan.

2. Adat Berinai (筛选其中之一)


 Majlis berinai diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan, diadakan secara
berasingan di rumah keluarga masing-masing. Upacara didahulukan di rumah
pengantin lelaki dan pengantin perempuan memulakan majlis mehndi sejurus
menerima rombongan pengantin lelaki dengan membawa dulang berisi
semangkuk inai digunakan bagi menyempurnakan upacara tersebut. Seterusnya
wakil pihak lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan, membawa
semangkuk inai bersama dulang hantaran, persalinan sari pengantin
perempuan, rantai emas dan sebentuk cincin.
 Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali
sebagai Berinai Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari
pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali
sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan
untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika dpula
dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari
langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak
lelaki dan perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki
tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin
lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu
rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Semasa
3. Akad Nikah
 Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak
lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, majlis perkahwinan dan barangan
lain seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
 Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali
untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Kebiasaannya majlis akad nikah
akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis
perkahwinan diadakan.
 Prosedur
 Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu
berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain
hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta dua orang saksi bagi pihak
perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar
di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin
perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan persetujuannya akan
pernikahan tersebut. Seterusnya Tok kadi juga akan membacakan khutbah
nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri
dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Saksi akan
mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya
tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi
tersebut berpuas hati.
 Setelah akad nikah selesai, upacara membatalkan air sembahyang pula
dilakukan iaitu Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai
kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah
diijabkabulkan.

4. Majlis Persandingan
 Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam.
Pengantin lelaki diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat ke rumah
pengantin perempuan. Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh
pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke
rumah pengantin. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda di
hadapan pintu sebelum masuk ke rumah. Jika pengantin lelaki tersebut ingin
masuk, dia terpaksa membayar tebus pintu atau tebus pelamin yang ditahan
oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka
tetapi bayaran yang perlu diberi lebih besar daripada mereka. Selepas itu,
barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin
perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengan indah.
 Fungsi atau lambang bunga telur
 Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang
Melayu. Telur yang terdapat pada bunga telur mewakili kesuburan. Oleh itu,
ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan
mendapat zuriat dalam masa terdekat. Pada umumnya, bunga telur merujuk
kepada kuntum bunga yang diikat telur dan dipacak pada sekeliling pulut
kuning. Dalam tradisi masyarakat Melayu, bunga telur adalah sebagai buah
tangan yang diberikan kepada para hadirin. Bunga telur atau pahar ini
biasanya diberikan hanya pada sanak saudara terdekat yang dijemput
merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas kedua mempelai.

Selepas
 Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat
menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga
dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan
menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau
berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat
menantu perempuan yang baru.

Pantang larang
 bilangan hantaran juga akan dihantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima,
tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan
membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan
pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan
mempunyai kakak yang masih belum berumah tangga ,maka pihak lelaki juga
harus memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh
keluarga perempuan kerana dianggap peminangan tersebut sudah melangkah
bendul.
 Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu
adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40
hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan
daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga untuk mengawal nafsu
pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu
dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang
yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri
terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli keluarga.

Anda mungkin juga menyukai