Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengenalan kepada sebuah sistem komputer


a. Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima
input dan pemberi output.
b. Secara ringkas dan mudah difahami:
i. Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer
dikenali sebagai INPUT.
Contoh: Kertas kerja yang kita taip, gambar yang
kita imbas

Maklumat yang ditaip /


Gambar yang diimbas

Komputer

Kerja yang disimpan dalam


disket

ii. Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer dikenali


sebagai output.
Contoh: Kertas yang kita cetak keluar dari
pencetak, gambar yang ditunjukkan di atas skrin
komputer, bunyi yang dikeluarkan

2. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang


digunakan di dalam sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan
dengan lebih teliti lagi tentang perkakasan tersebut.
a. Peranti input: menerima kemasukan maklumat dari pengguna
komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam
komputer untuk diproses.
b. Contoh-contoh peranti input yang biasa adalah:
i. Mouse (tetikus)

Bukan yang
ini

Tetapi yang
ini

Mouse menerima input pengguna berasaskan


sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.
Butang tersebut biasanya digunakan untuk
interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik
butang tindakan, tutup/buka program dan yang
seumpamanya.

ii. Keyboard (papan kekunci)


Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa
yang terdapat pada mesin taip.
Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam
komputer.
Menaip surat, karangan, kertas kerja

c. Peranti output: memaparkan maklumat yang telah diproses


oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.
d. Contoh peranti output yang biasa adalah:
i. Monitor
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas
skrin
Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin
adalah: gambar, permainan komputer, tayangan
filem

ii. Projektor LCD


Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih
digunakan untuk ditayangkan disebuah bilik atau
kawasan yang luas.

iii. Pencetak
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan
kertas.
Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy.
Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy.

iv. Speaker Audio


Mengeluarkan
maklumat
dalam
bentuk
bunyi/audio
Contohnya bunyi muzik, untuk menarik perhatian
pengguna.
3

Anda mungkin juga menyukai