Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI ADAT RESAM Adat adalah merupakan suatu perkara yang penting di dalam sesebuah masyarakat.

Bahkan adat yang diamalkan adalah berbeza-beza mengikut apa yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang sesebuah masyarakat berdasarkan keadaan dan latar belakang sesuatu tempat itu. Kebiasaanya, amalan adat sudah sebati dan menjadi darah daging di dalam jiwa setiap pengamalnya. Terdapat sesetengah adat yang berkait rapat dengan ajaran agama dan begitu juga sebaliknya. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut berkaitan dengan adat resam bagi masyarakat minangkabau adalah lebih wajar sekiranya definisi adat resam dihuraikan terlebih dahulu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefinisikan bahawa adat adalah merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dahulukala lagi di dalam sesebuah komuniti atau masyarakat. Manakala, kamus Dewan Edisi Empat pula menyatakan bahawa adat resam membawa maksud aturan biasa yang mana ia telah menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum. Selain itu, perkataan resam itu sendiri adalah merupakan sinonim kepada perkataan kebiasaan, kelaziman, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, upacara, prosuder, tatacara, tatasusila dan tatatertib. Seterusnya, menurut Dr. Nordin Selat dalam buku karangan beliau iaitu Sistem Sosial Adat perpatih, adat itu ialah hukum hidup. Ia mengandungi peraturan-peraturan hidup dimana peraturan-peraturan hidup ini akan disesuaikan dengan kehendakkehendak hidup bersuku dan hidup atas prinsip budi dan muafakat. Peraturanperaturan ataupun adat tersebut akan menyarankan cara-cara yang patut dilakuakan dalam melaksanakan sesuatu tindakan agar masyarakat dapat menjalani kehidupan dengan tenteram. Oleh itu, secara umumnya adat resam adalah merupakan peraturan hidup yang diamalkan oleh sebuah masyarakat, diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi yang lain dan ia telah menjadi satu kebiasaan kepada masyarakat tersebut.

ADAT RESAM YANG DIAMALKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MINANGKABAU Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan terkenal dengan adat Perpatih. Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an. Berikut adalah antara aspek yang akan akan dihuraikan dalam adat resam masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan: Perkahwinan Keluarga asas Poligami Penceraian Tempat tinggal Perwarisan harta/harta pusaka Tanggungjawab lelaki Kuasa

PERKAHWINAN Adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau adalah mengikut pola sistem nasab ibu. Seorang lelaki itu adalah tidak dibenarkan untuk mengahwini atau menikahi seorang perempuan yang datang daripada suku yang sama. Dalam erti kata yang lain ialah larangan untuk berkahwin sesama suku. Mereka percaya sekiranya berkahwin sesama suku, maka keturunan yang terhasil daripada perkahwinan tersebut itu akan ada cacat celanya. Perkahwinan dalam masyarakat Minangkabau adalah melibatkan hubungan antara dua suku. Oleh itu, antara fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan antara suku serta menaikkan status atau prestij suku. Ikatan antara ahli keluarga dan suku bertambah erat. Perkahwinan juga merupakan satu faktor yang mengikat sistem bersuku kepada satu keseluruhan yang utuh.

Perkahwinan sesama suku Kebiasaannya, sekiranya terdapat anggota masyarakat yang berkahwin sesuku mereka akan dipulaukan oleh ahli keluarga mereka. Sebagai contoh, bagi seorang perempuan, biasanya mereka tidak akan diberi tanah pusaka. Manakala, bagi si suami pula, dia tidak dibenarkan untuk menjejak tanah pusaka perutnya (kelompok kekeluargaan yang datang daripada moyang yang sama). Semasa berlangsungya majlis kenduri-kendara mereka, mereka tidak akan dipedulikan oleh masyarakat. Mereka juga tidak mempunyai status dan kedudukan dalam masyarakat. Ini bermakna, kedudukan mereka adalah sebagai orang yang terbuang dalam kalangan masyarakat. Walaubagaimanapu, bagi masyarakat Minangkabau yang ingin juga berkahwin sesama suku, terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi oleh mereka. Pertama, kedudukan ekonomi mereka hendaklah berada dalam keadaan yang baik kerana mereka tidak akan memperoleh sebarang warisan harta pusaka dan pertolongan keluarga. Seterusnya, mereka juga hendaklah sanggup dan boleh hidup berdua sahaja atau mencari jalan keluar bagi menghilangkan diri dari kampung dan melupakan ikatan kekeluargaan. Kahwin sesuku adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh

menyebabkan hukuman dijatuhkan ke atas pelakunya. Antara hukuman yang akan dijatuhkan adalah seperti rampas harta pusaka, rampas segala harta benda, tidak dibenarkan tinggal dalam kawasan sukunya dan tidak diterima oleh suku-suku yang lain. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang dijatukan hukuman bunuh. Bukan itu sahaja, kelopok kekeluargaan mereka juga akan terkena tempiasnya. Bentuk perkahwinan Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang mengamalkan adat perpatih. Bentuk perkahwinan yang dimaksudkan adalah

perkahwinan lazim dan perkahwinan tidak lazim.

Perkahwinan lazim adalah perkahwinan yang melibatkan keanggotaan semua pihak bermula daripada peringkat awal hingga peringkat akhir. Peringkat yang dimaksudkan adalah merisik, monti, meminang, menghantar tanda, akad nikah, dan memanggil. Seluruh ahli keluarga akan bekerjasama dan saling membantu dalam segenap aspek untuk menjayakan majlis perkahwinan tersebut. Perkahwinan tidak lazim pula adalah perkahwinan yang tidak mengikut adat kebiasaan. Selalunya, perkahwinan ini tidak mengikut adat merisik dan meminang. Kebiasaannya perkahwinan tidak lazim ini bermotifkan paksaan terhadap pihak tertentu. Terdapat empat jenis perkahwinan berbentuk ini iaitu; merumah, menyerah, kahwin lari dan terkurung. Peringkat dan adat dalam proses perkahwinan. Sebelum sesuatu perkahwinan dilangsungkan, ada beberapa peringkat dan perkara yang berkaitan dengan adat perkahwinan yang harus dilaksanakan. Jika dilanggar ia akan membawa malu dan desas desus bahawa perkara yang tidak baik akan berlaku. Merisik Peringkat pertama yang dilakukan adalah merisik. Merisik adalah menanyakan sama ada pihak perempuan sudah ditanda ataupun belum. Sekiranya belum ,maka cincin tanya akan dihantar. Cincin ini mesti dipulangkan dalam tempoh masa tiga hari sekiranya tujuan merisik tidak diterima. Jika akan diterima cincin tersbut akan ditujukkan dalam sebuah upacara kecil kepada saudara mara pihak perempuan yang terdekat. Jika tujuan diterima, sekali lagi akan diadakan upacara yang dikenali sebagai mengembang cincin. Kebiasaannya, cara merisik dilakukan sendiri oleh oleh pihak ibu bapa si teruna untuk melihat anak dara itu sendiri. Melalui cara ini, keturunan pihak lelaki dapat dipelihara. Monti Monti adalah satu adat di mana pihak lelaki akan memberikan tanggungjawab kepada seseorang utusan yang berpengalaman dalam soal mencari jodoh.

Meminang Istiadat meminang dilakukan oleh pihak lelaki. Setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, hari pertunangan, hantaran dan tempoh pertunangan akan ditetapkan. Sekiranya si lelaki berpenyakit kusta, mati pucuk atau mendapat malu, maka pertunangan akan terbatal. Pertunangan juga boleh dibatalkan oleh pihak perempuan sekiranya didapati si lelaki berpenyakit atau gila. Pihak perempuan akan memulangkan semula wang adat maskahwin. Semasa tempoh pertunangan, jika lelaki membuat helah tanpa sebarang alasan maka wang adat kahwin atau tanda pertunangan dan sebarang hantaran tidak akan dipulangkan kembali kepada pihak lelaki. Sekiranya berlakunya perkara yang sebaliknya iaitu pihak perempuan yang membuat helah, maka tanda pertunangan hendaklah dipulangkan dengan berganda. Sebagai contoh, sebentuk cincin akan dipulangkan nilai gandaan menjadi dua bentuk cincin. Sekiranya salah seorang daripada lelaki atau perempuan meninggal dalam tempoh bertunang, separuh daripada wang adat akan dikembalikan kepada pihak lelaki. Barang-barang pemberian pula akan dipulangkan semua sekali. Seterusnya, jika dalam tempoh masa pertunangan didapati bahawa perempuan yang bertunang tersebut telah dirosakkan oleh lelaki lain, ibu bapa si perempuan terpaksa untuk membayar sekali ganda adat kahwin dan sebarang pemberian yang telah diterima. Tiga kali ganda bayaran adat kahwin dan pemberian akan dikenakan sekiranya didapati bahawa ibu bapa pihak perempuan cuba menyembunyikan perkara tersebut. Sekiranya si lelaki hanya tahu akan kerosakan ini sesudah berkahwin, dia boleh memberitahu mentuanya dengan memberi isyarat menterbalikkan tepak sirih. Dia akan mendapat potongan dan cuma membayar adat kahwin sebagai janda sahaja. Bakinya akan dipulangkan kepadanya. Menghantar Tanda Masyarakat Minangkabau yang mengamalkan adat perpatih menggelar hari menghantar tanda sebagai nanti cincin. Wakil daripada keluarga lelaki akan menghantar cincin.

Memanggil Kaum wanita akan menjemput tetamu untuk menolong keluarga berkenaan menjelang hari kenduri kahwin. Kenduri akan dilakukan secara gotong royong. Berkampung Tuan rumah, saudara mara serta orang kampong akan bermuafakat untuk menetapkan Hari Kerja. Pada hari tersebut, semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan tersebut akan berkampung dirumah pengantin. Bergolek Andam Bergolek andam adalah merupakan hari dimana khemah akan didirikan, tungku akan dibuat dan segala keperluan yang diperlukan akan disiapkan. Hari Nikah Hari nikah adalah hari berlangsungnya sesebuah upacara akad nikah. Pada hari itu, kedua-dua pasangan pengantin telah sah sebagai pasangan suami isteri. Biasanya, pada malam hari selepas nikah akan diadakan upacara berinai. Hari Langsung. Hari ini membawa maksud tamatanya kenduri kahwin. Menyembah Kedua-dua pengantin akan pergi menziarahi sanak saudara pihak lelaki dan perempuan. Tuan rumah akan memberikan wang kepada pasangan pengantin ini sebagai membayar kuih atau wajik yang diterima.

KELUARGA ASAS Adat resam bagi keluarga asas bermaksud adat-adat yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan pada peringkat kekeluargaan. Terdapat enam perkara yang menjadi tanggungjawab ibubapa dalam masyarakat Minangkabau terhadap anak mereka setelah anak tersebut dilahirkan. Perkara tersebut adalah kerat pusat, upah bidan, sunat rasul (lelaki), tindik telinga (perempuan), mengaji dan menikah.

Anak tersebut akan dihantar mengaji setelah mereka sudah besar iaitu dalam lingkungan umur enam tahun ke atas. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka dihantar mengaji Quran dengan harapan agar terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar seperti judi dan menyabung ayam. Anak-anak tersebut tidak kira lelaki atau perempuan turut diajar dengan perkara-perkara. Anak permpuan akan diajar untuk membuat hasil kraftangan dan lelaki pula diajar untuk bekerja. POLIGAMI Bagi masyarakat Minangkabau, seorang lelaki itu dibenarkan untuk berkahwin lebih daripada satu. Namun begitu, ia masih berlandaskan hukum syara agama islam. Walaubagaimanapun, perkara yang menjadi syarat utama adalah seorang lelaki tersebut tidak boleh berkahwin dengan dua orang perempuan yang datang daripada suku yang sama. Sekiranya mereka hendak juga berpoligami, maka mereka hendaklah mencari isteri-isteri yang datang daripada suku-suku yang berlainan.

PENCERAIAN Terdapat dua jenis kategori cerai iaitu cerai hidup dan cerai mati. Bagi masyarakat Minangkabau yang mengamalkan adat perpatih, sekiranya seorang suami yang menghadapi masalah kemungkinan untuk bercerai, dia akan mengadakan satu perjumpaan yang dikenali sebgai bersuarang. Si suami akan mengadakan kenduri kecil dan menjemput keluarga pihaknya serta pihak isterinya. Segala perkara yang dimusykilkan akan dibentangkan oleh pihak suami semasa kenduri tersebut. Dengan menggunakan cara tersebut, kadang-kadang penceraian dapat dielakkan. Sekiranya, tiada kata sepakat dan si suami masih mahu menceraikan isterinya maka pembahagian harta akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan talak. Sekiranya harta tidak dituntut oleh suami apabila menjatuhkan talak pada isterinya, maka dia tidak akan mendapat apa-apa bahagian. Harta bahagian bagi seseorang itu sah buat selama-lamanya, walaupun mereka rujuk kembali.

Jika mereka mempunyai anak, anak tersebut akan tinggal bersama ibunya. Si suami akan keluar dari rumah bekas isterinya dengan pakaian sahaja. Harta carian akan diserahkan semuanya kepada untuk membela anak. Setelah itu, si suami akan kembali menjadi tanggungan emak atau saudara perempuannya. Seterusnya, untuk berkahwin semula setelah berlaku penceraian iaitu bercerai hidup, seorang lelaki itu tidak digalakkan untuk berkahwin dengan perempuan yang sesuku dengan jandanya. Sekiranya perkahwinan tersebut diterima atas sebab perbincangan, muafakat atau rundingan maka dia mestilah membayar wang denda yang dipanggil sebagai kalang batang. Namun begitu, perkahwinan jenis ini akan menjadi buah mulut dalam kalangan orang ramai. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku penceraian mati iaitu isteri meninggal dunia, suami digalakkan untuk berkahwin dengan saudara arwah isterinya. Tindakan ini dikenali sebagai ganti tikar. Tetapi jika berlaku perkara yang sebaliknya, isteri tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan adik beradik arwah suaminya. PERWARISAN HARTA PUSAKA DAN PEMBAHAGIAN HARTA Bagi masyarakat Minangkabau, harta mempunyai dua maksud. Maksud yang pertama adalah harta yang berbentuk material seperti sawah ladang, rumah, dan emas. Manakala harta kedua pula adalah harta bukan material seperti gelar pusaka. Harta kategori pertama ini akan diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya mengikut garis keturunan ibu iaitu daripada ibu kepada anak

perempuannya. Anak lelaki tidak boleh untuk memilikinya, akan tetapi mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan mengusahakannya. Mereka juga boleh untuk memakan hasil yang diusahakan. Bagi harta bukan material pula, ia diwariskan daripada seorang saudara lelaki kepada anak lelaki saudara perempuannya. Seterusnya dalam pembahagian harta atau perwarisan harta, terdapat tiga jenis harta yang boleh dikategorikan. Harta yang dimaksudkan adalah harta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian adalah harta yang diperolehi semasa pasangan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri. Sekiranya berlaku penceraian mati, iaitu jika suaminya yang meninggal dunia maka harta tersebut akan diberi kepada

isterinya untuk dijaga. Jika perkara yang berlaku adalah sebaliknya, maka pihak yang masih hidup perlu menjaga harta tersebut untuk diwariskan kepada anak-anak mereka. Sekiranya tiada anak, harta tersebut akan dibahagikan di antara suku dan waris suami dan isteri. Bagi penceraian hidup pula, harta tersebut akan dibahagikan antara keduaduanya. Namun, jika mereka mempunyai anak harta carian tersebut tidak dibahagi. Ia akan ditinggalkan semua pada isteri untuk membela anak. Harta dapatan pula adalah harta kepunyaan perempuan. Harta ini merupakan harta pusaka yang diwaris oleh mereka semasa mereka berkahwin. Terdapat tiga jenis harta ini iaitu harta carian semasa dia masih anak dara, harta yang diperolehi semasa berlaku penceraian dengan suami yang sebelumnya (harta carian) dan harta yang diperolehi semasa dia menjadi janda. Sekiranya dia meninggal dunia, kesemua harta dapatan ini akan diserahkan kepada anak perempuannya sahaja. Akan tetapi sekiranya berlaku penceraian hidup ,kesemua harta ini akan diperolehinya dan suami tidak berhak untuk mewarisi harta tersebut. Harta pembawa pula adalah harta kepunyaan pihak lelaki. Terdapat empat kategori bagi harta pembawa iaitu harta carian bujang yang merujuk kepada usaha titik peluh lelaki tersebut semasa ia masih bujang, harta yang dihadiahkan oleh ibu bapa tersebut kepada dia, harta-harta yang dihadiahkan oleh keluarga kepada anggota lelaki sesudah berkahwin dan harta carian yang diperolehi hasil perkahwinan yang sebelumnya sekiranya dia pernah berkahwin. Apabila lelaki tersebut meninggal dunia, harta carian bujang beliau akan diserahkan kepada saudara perempuannya dan bukan kepada anak-anaknya, manakala harta pembawaan yang lain akan diserahkan kepada warisnya. Sekiranya berlaku penceraian hidup, beliau sendiri berhak terhadap harta tersebut. Segala harta pembawa ini haruslah diisytiharkan kepada keluarga si isteri sewaktu berkahwin. Apabila isteri meninggal dunia, permohonanuntuk pemulangan harta hendaklah dibuat pada kenduri meratus hari.

Sekiranya diperhatikan secara keseluruhan dalam aspek pembahagian harta pusaka tersebut, didapati bahawa kaum perempuan mendominasi perwarisan harta pusaka. Oleh itu, secara umumnya dalam kalangan masayarakat Minangkabau, kaum lelaki tidak boleh mewarisi harta pusaka yang berbentuk material. Perempuan yang akan mewarisi tanah pusaka dan mereka juga yang memegang tampuk ekonomi. TANGGUNGJAWAB LELAKI Sebagaimana yang kita sering dengar dan aplikasi dalam kehidupan seharian, kita akan mendapati bahawa seorang ayah itu akan bertanggungjawab secara keseluruhan dalam memastikan kebajikan anak-anaknya terbela. Mereka akan menjaga kebajikan seluruh ahli keluarganya tidak kiralah samada anaknya adalah seorang lelaki ataupun perempuan. Namun begitu, dalam adat resam bagi masyarakat Minangkabau perkara ini adalah sangat jelas bertentangan dengan norma kehidupan kita seharian. Bagi mereka selepas berkahwin, lelaki yang juga bertindak sebagai seorang ayah tidak akan bertanggungjawab penuh ke atas anak-anaknya. Sewaktu siang, masa mereka lebih banyak dihabiskan di luar rumah isterinya iaitu mungkin di rumah ibunya sendiri. Oleh kerana banyak masa yang dihabiskan di rumah ibunya sendiri, maka ini membuatkan seorang suami itu lebih bertanggungjawab terhadap penyaraan, pendidikan dan perkembangan anak-anak saudara perempuannya (anak kepada kakak atau adik perempuannya) dan bukan terhadap anaknya sendiri. Sekiranya mereka mempunyai hasil pendapatan, hasil tersebut akan disalurkan untuk anak-anak saudara

perempuannya dan bukan terhadap anaknya sendiri. Hal yang demikian adalah kerana, dalam adat Minangkabau mereka tidak diwajibkan untuk memberi nafkah kepada isteri mereka dan adalah menjadi suatu perkara yang memalukan sekiranya seorang isteri meminta belanja daripada suaminya. Oleh yang demikian, sebagai seorang suami atau ayah, mereka tidak mempunyai tanggungjawab terhadap anak dan isteri mereka.

ATURAN TEMPAT TINGGAL Kebiasaannya setelah seorang lelaki itu berkahwin, mereka akan membawa isteri mereka untuk tinggal bersama dengan mereka. Namun begitu, bagi adat resam masyarakat Minangkabau setelah berkahwin, pasangan pengatin baru tersebut dikehendaki untuk menetap di sekitar rumah kediaman isteri. Amalan ini dipanggil sebagai sistem eksogami yang mengikut pola matrilokal atau uksorilokal. Lelaki akan dihantar ke rumah isterinya. Dia akan dijemput secara adat oleh keluarga si isteri dan dihantar juga secara adat oleh keluarganya sendiri. Semenjak itu, lelaki tersebut akan menetap di rumah atau kampung halaman isterinya. KUASA Sebagaimana yang telah sedia maklum, dalam masyarakat Minangkabau nasab sebelah ibu adalah menjadi keutamaan. Oleh yang demikian,kuasa bagi sesebuah suku atau keluarga berada dalam tangan pihak perempuan. Ketua bagi sesebuah rumah ialah nenek yang perempuan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna lelaki tidak mempunyai kuasa langsung. Hal yang demikian adalah kerana pada hakikatnya kuasa dan kepimpinan pada semua peringkat tetap berada pada pihak lelaki. Sebagai contoh, pemimpin adat adalah dalam kalangan orang lelaki.

Kesimpulannya, dalamBERKISAR TENTAG LELAKI BANYAK BERBEZA DENGAN AMALAN ADAT KITA KHUSUSNYA BAB

RUMAHTANGGA.

Anda mungkin juga menyukai