Anda di halaman 1dari 2

Ulangkaji MTE 3109

Kepada semua pelajar 5MT, Berikut adalah set soalan ulangkaji untuk peperiksaan MTE3109 akan datang. Sila cuba semua soalan yang diberi. 1.Nyatakan tiga ciri kesedaran nombor. 2.Seorang guru harus mempunyai pengetahuan tentang prinsip membilang supaya dapat mengenal tahap kemahiran membilang anak muridnya. Senaraikan sekurang-kurangnya empat prinsip membilang. 3.Bentuk panjang nombor 496 ditulis sebagai 400 + 90 + 6. (i) Nyatakan satu bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar konsep ini. (ii) Dengan menggunakan gambar yang sesuai, huraikan konsep nilai tempat dengan alat bantu yang dipilih di atas. 4. Nyatakan dua kelebihan menggunakan abakus dalam pembelajaran matematik. 5.Kalkulator ada kegunaan lain selain daripada digunakan untuk membuat pengiraan. Berikan tiga cadangan tentang bagaimana guru dapat menggunakan kalkulator dalam pelajaran matematik. 6.Guru harus menggalakkan murid mencuba pengiraan mental sebelum menggunakan kalkulator

atau kaedah pansil dan kertas. Cadangkan satu cara memperoleh jawapan bagi 396 X 6 dengan menggunakan pengiraan mental. 7. Namakan satu strategi untuk penganggaran dan beri satu contoh untuk strategi ini. 8. Dengan menggunakan illustrasi, huraikan bagaimana guru dapat mengajar pecahan bahagi pecahan menggunakan model kawasan.Huraikan juga cara mengajar menggunakan algoritma. 9. Bidang pembelajaran: Menukar pecahan dan perpuluhan kepada peratus (i) Nyatakan dua hasil pembelajaran untuk bidang di atas. (ii) Nyatakan dua bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk hasil pembelajaran di atas. 10. Huraikan satu aktiviti untuk menerang 5/10 = 50%.

Anda mungkin juga menyukai