Anda di halaman 1dari 49

ADAT RESAM

MASYARAKAT CINA
Disediakan oleh: Pei Shan, Fatihah, Jai Seng, Aidilfitri
ADAT KELAHIRAN
MASYARAKAT CINA
Sewaktu mengandung
Wanita-wanita masyarakat Cina yang
mengandung sentiasa diberikan kawalan
ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami.

Masyarakat Cina juga amat mementingkan
anak lelaki.
Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan
keturunan mereka melalui pewarisan nama
nenek moyang.
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu
bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang larang
tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan
mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari
bayi dari terkena badi.
digalakkan bekerja bagi memudahkan proses
bersalin

Sewaktu mengandung sebarang konflik
atau perselisihan perlu dihindari supaya
kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan.
Memberi nama kepada bayi yang belum
lahir semasa mengandung juga adalah
antara pantang larang dalam masyarakat
Cina.
Ini adalah untuk mengelakkan perasaan
kecewa bila harapan tidak tercapai.

tidak digalakkan terlalu kerap menggosok
perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan
mempunyai sifat yang manja.
Dari segi penjagaan makanan, wanita yang
hamil dilarang sama sekali makan makanan
yang tajam seperti nenas dan mangga serta
tidak digalakkan makan banyak kerana
ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin.

Untuk menentukan sama ada kandungan itu
lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina
melihat bentuk perut wanita yang hamil,
terutama apabila kandungan berusia empat
bulan ke atas.
Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.
Selepas lahir..
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak
terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari.
Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana
dibimbangi masuk angin.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit
dengan sehelai kain pada perutnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki
angin dan untuk mengeringkan tali pusat.
Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda
bagi masyarakat Cina.
Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan
yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan
hidup yang kurang baik.
Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk
fizikalnya oleh orang-orang tua.
Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal
sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan
sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam
dalam masakan mereka.
Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia
dan lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga
turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi
mencapai umur sebulan. (bulan penuh)
Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan
kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur
yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada
saudara-mara yang terdekat.
Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa
pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga
mengamalkan adat mencukur rambut Mereka
mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut
bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.
Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu
dicukur untuk menumbuhi rambut baru.
Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran
orang baru ke dalam masyarakat.

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai
dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di
kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan
diri sendiri.
Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna ,
unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina.
Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud
yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan
kesejahteraan.
Bunyi nama mestilah sedap didengar.
Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik
iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan
seelok-eloknya sepadan.
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan
unsur Yin dan Yang yang sama berat.
Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air,
api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus
disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin
dan Yang.
Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sama ada
akan ditimpa kecelakaan atau mendapat
kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai
untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan
mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya
bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang
terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

PERKAHWINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT CINA
PENGENALAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu
titik tolak yang membawa perubahan besar dalam
kehidupan mereka.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang
dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu
dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut
kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin
tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur
sama ada oleh ibu bapa atau
orang tengah dan implisit
iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan
untuk memilih pasangan
masing-masing.
Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat
Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang,
bertunang dan majlis
perkahwinan.

MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang
nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si
gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan
yang berkekalan.
Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga
si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara
lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam
masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua-dua belah
keluarga.
Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar
belakang keluarga dan asal keturunan.

MEMINANG
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing adat meminang
akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si
gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan
perkahwinan.
Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan
berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah
mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan
dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah.
Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu
kepada kedua-dua ibu bapa pihak lelaki.
Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala permintaan
daripada pihak perempuan..
Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan
bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang
dijalankan.

BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar
Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua-dua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su.
Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut
masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari
manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin
sehingga hari perkahwinan.
Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah yang
tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya
yang didapati daripada tukang tilik.
Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkan kedua-dua kertas dan dicatat pada sehelai
kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat
ramalan berdasarkan tahun kelahiran pasangan tersebut.
Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik
akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan
kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.
Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan
adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin
merangkumi adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan
di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan
wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang
cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi.
Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan
diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin
perempuan.
Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin
tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
MAJLIS PERKAHWINAN
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah
setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun
hadapan ataupun dalam seratus hari.
Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah.
Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna
putih, merah atau kuning.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru
dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke
rumah pengantin perempuan dan pada masa
itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-
masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan
di ruang tamu.
Selepas acara bersanding, pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-
masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di
samping itu juga kedua-dua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh
sangat penting dan masih diamalkan.
Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi
teh yang disediakan kepada saudara mara pihak
lelaki.


Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat
Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan.
Jamuan makan ini diadakan secara besar-
besaran samada di rumah, dewan, atau
restoran.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa
ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin.
Pada masa yang sama kedua-dua pengantin
akan cuba mengenali dan beramah mesra
dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,
pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon
Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

ADAT KEMATIAN MASYARAKAT
CINA
Perlu diingatkan orang Cina mempunyai sejarah dan
peradaban yang lama iaitu melebihi 5000 tahun.
Orang Cina kaya dengan warisan dan tradisi yang
mempunyai hubungan dengan nilai moral dan akhlak.
Adat resam dan pantang larang yang diamalkan
mempunyai pertalian yang rapat dengan nilai-nilai
tersebut yang berlandaskan kepada falsafah dan ajaran
etika Taoisme, Confucianisme dan Buddhisme.
Ketiga-tiga kepercayaan itu sebenarnya bukan
merupakan satu agama tetapi merupakan satu ajaran
falsafah moral dan etika yang membentuk etos dan
pandangan hidup orang Cina sehingga ke hari ini.

Terdapat 5 perkara yang berkaitan dengan adat
kematian orang Cina yang amat dititikberatkan :
Status dan taraf si mati
Penghormatan kepada si mati
Upacara pengebumian perlu dibuat dengan
sempurna
Perkabungan
Waktu dan tempoh pengebumian

Terdapat 10 perkara yang perlu dilakukan di dalam
upacara pengebumian :
Kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh
bagaimana dan cara seseorang itu mati.
Upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-
besaran khususnya kepada orang tua.
Menangis, meraung dan meratapi kematian adalah
satu kewajipan bagi anak, menantu dan sanak saudara
yang rapat.
Ahli keluarga akan memakai pakaian dengan warna
tertentu menandakan kedudukan dalam keluarga dan
hubungannya dengan si mati. (anak: hitam; cucu:biru;
menantu lelaki: putih; cicit: hijau)

Cara letak keranda dan perjalanan ke kubur perlu
dibuat dengan cermat dan tertib.
Perarakan mengiringi si mati ke kubur.
Lokasi kubur perlu di tempat yang tinggi.
Upacara pengebumian perlu disusuli dengan anggota
keluarga berkabung selama seratus hari.
Segala perselisihan dan konflik perlu dilupakan
semasa menguruskan upacara pengebumian.
Papan pemujaan akan diletakkan di rumah atau
tokong untuk memperingati si mati.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi
berhubung dengan kematian orang Cina. Antaranya :
Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna
merah. (mengelak pemati menjadi hantu)
Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas.
Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau
kertas.
Keranda tidak boleh dibuat main.
Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati.
Para tetamu dan ahli keluarga tidak dibenarkan
memakai pakaian merah. (merah: kegembiraan)

Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah
yang melangsungkan perkahwinan.
Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan
air yang dicampur daun limau Bali untuk menolak
bala.
Tidak dibenarkan tarian singa dan pembakaran
mercun.
Tiada sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan
keramaian selepas upacara pengebumian.

Pantang larang lain
Penyapu
Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di
kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. I
a dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri
dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya
untuk membersihkan rumah and kedai sahaja.
Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan
perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah
orang cina.
Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan..
Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah
ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada
3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh
menghilangkan tuah.
Memukul seseorang dengan penyapu boleh
mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun.
Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat
penyapu itu boleh diugut sehingga kembalinya tuah
kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan
Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting
selepas makanan dalam budaya kaum Cina.
Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk
menafsir nasib seperti menghasilkan nama
seseorang bayi.
Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai
boleh membawa tuah dan ada yang tidak.
Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari
oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa
Kantonis dan Mandarin bererti tuah.



Nombor 4 pula melambangkan kematian
oleh itu ia jarang digunakan sebagai
nombor plat kereta, alamat dan lain-lain.
Nombor-nombor lain yang dielakkan
kegunaan secara umum adalah 7 dan 1
kerana mereka melambangkan kematian
dan kesunyian masing-masing.
Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun
janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas
si kerluaga and saudara mara lelaki itu.
Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina
yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di
percayai tidak akan membawa tuah kepadanya.
Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di
kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja
bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk
bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.
Kuku jari kaki dan tangan
Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau
tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan
kehadiran hantu dan roh-roh jahat.
Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah
dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana
mengikut adat, ia boleh digunakan untuk
menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

Rujukan
Ann Wan Seng, Adat dan pantang larang orang
cina,1994, penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://site4daie.blogspot.com/2008/01/adat-resam-
pantang-larang-kaum-cina.html

Anda mungkin juga menyukai