Anda di halaman 1dari 3

NAMA SAINTIFIK: CHROMOLAENA ODORATA

POKOK KAPAL
TERBANG NAMA LAIN
Pokok Jerman, Christmas Bush, Siam Weed, Baby Tea dan Bitter
Bush.

KLASIFIKASI SAINTIFIK
Kingdom: Plantae
Order: Asterales
Family: Asteraceae
Genus: Chromolaena
Species: C. Odorata

PENERANGAN
Pokok ini tergolong dalam kumpulan rumpai. Ia merupakan salah
satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang
atau kebun. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat
penahan darah.

Pokok kapal terbang yang dijumpai di


CIRI-CIRI
Taman Rekreasi Bandar Enstek.
Pokoknya membunyai batang lembut berbentuk selinder serta
berwarna hijau dan akan bertukar kepada hijau coklat apabila
cukup dewasa. Batangnya mengandungi struktur seakan span
berwarna putih yang lembut. Pokok ini tumbuh menegak dengan
banyak ranting dan mampu mencapai ketinggian sehingga 2.5 - 5.0
meter. Daun pokok kapal terbang berbentuk tirus seakan tigasegi
dengan warna hijau sederhana gelap. Bunganya berangkai dalam
beberapa tangkai dan apabila cukup matang akan menghasilkan
kapas yang akan diterbangkan oleh angin bersama-sama biji benih
didalamnya.

Bunga pokok kapal terbang bewarna HABITAT


putih. Pokok ini mudah tumbuh di kawasan lapang dan padang ragut yang
mendapat cahaya matahari yang banyak. Ia mudah tumbuh di
pelbagai jenis tanah sama ada tanah mineral, tanah gambut, tanah
bris atau pun tanah-tanah yang bermasalah.
KEGUNAAN

PERUBATAN
Pokok digunakan sebagai ubat tradisional di Indonesia, Thailand,
Malaysia dan bahagian Afrika termasuk Nigeria. Daun muda hancur
lebur, dan cecair yang terhasil boleh digunakan untuk merawat
luka-luka kulit. Dalam perubatan
tradisional daripada Thailand tumbuhan ini digunakan untuk
rawatan luka, ruam, kencing manis, dan sebagai penghalau
serangga.

CARA PENGGUNAAN
Daun kapal terbang yang dilumatkan dengan tapak tangan boleh
Daun pokok kapal terbang berbentuk
dijadikan ubat luka dengan menampal di tempat luka. Ia mampu
tirus
menghentikan pengaliran darah untuk luka kecil. Daun kapal
terbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung
perut dan cirit birit pada bayi. Daun kapal terbang dan kapur
dikisar menggunakan tapak tangan sehingga lumat dan
mengeluarkan buih. Buih ini disapu pada perut bayi dan dibarut.
Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk
bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga digunakan sebagai
herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk
menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar dengan
kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang
berkenaan.

BAHAYA!

Pokok kapal terbang ini hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja.
Selepas menggunakan pokok ini, pastikan tangan dicuci untuk
mengelakkan keracunan. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah
sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali yang
disebabkan oleh alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada
keseluruhan pokok tersebut. Biasanya simptom ini hanya dapat
dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian.

2
3

Anda mungkin juga menyukai