Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. B
aginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka sege
ra menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diw
arisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan d
ua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari
Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagama
an. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang di
raikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan i
badat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum s
elama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri
daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasan
ya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kej
ayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat â fitriâ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada
fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia ya
ng sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai p
erayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut a
dab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah ma
lamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbi
h, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang dir
iwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: â Sesiapa yang menghidupk
an malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Alla
h, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari
kiamat.â Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk k
e masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah de
ngan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau
melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah um
atnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja se
mata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Pada
zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba
baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat me
nyambut Aidilfitri.â Lalu baginda segera bertanya: â Kenapa wahai saudaraku?â Lelaki i
u berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mem
punyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak me
larang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada k
isah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempu
nyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan ber
sedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya di
kaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berle
bihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bun
ga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyaraka
t kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepa
da saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kit
a. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian
duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pe
mberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran
semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, mak
a pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak mela
zimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Me
nyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Isla
m menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang
akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya
mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatanga
n Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejaya
an dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Anda mungkin juga menyukai