Anda di halaman 1dari 4

Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan
terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan
seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan
dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan
berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, mengata orang lain,
berbohong dan perbuatan dosa lain.

            Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang dipanggil malam
Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di
malam itu.

             Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga rukun Islam
seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari
kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

              Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamnya matahari
pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.

            Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya beramai-
ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘ balik kampung’ ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan
jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan
bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.

                 Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam
sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum
wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-
masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju
melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.

                Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf
antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan
nenek. Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung antara satu sama lain untuk
‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah
dilupakan.

              Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan
, dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang,
sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih dihidangkan, mengikut tempat.

Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak membuat rumah terbuka sepanjang
Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas juga tidak
dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri memberi sinar kepada mereka.
Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga
dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi
menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan
terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah,
apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan
akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Isi kandungan

[sorok]

 1 Zakat fitrah dan takbir


 2 Simbol
 3 Persiapan
 4 Amalan lazim
 5 Pakaian
 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
 7 Perayaan lain
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih
hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula
membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari
Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1
Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini.
Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-
juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri,
dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan
menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran.
Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman
untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu
sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang
telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada
asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-
kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi
sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning.
Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz
wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila
malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke
surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. [1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata
yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga riwayat dari
Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di
dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya
akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti
tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan
songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap
tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju
kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas
Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut
kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi
Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada
perubahan.

 2008: 1 Oktober
 2009: 21 September
 2010: 10 September
 2011: 31 Ogos
 2012: 19 Ogos
 2013: 8 Ogos
 2014: 29 Julai
 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari.

Perayaan lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu
perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi.
Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah
fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain
seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam. Ini
berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Anda mungkin juga menyukai