Anda di halaman 1dari 6

JENIS - JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM

Hari Raya Puasa

Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya
ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini
dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari
tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya
bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Ertinya, pada
satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semula
jadi-nya.

Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa


sebulan pada bulan Ramadan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan
rukun Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-
apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam
matahari disertai dengan niat pada malamnya.

Hari Raya Qurban/Hari Raya Haji

Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun
Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan
sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya
menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari
seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab Saudi. Hari
raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi
orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau
atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang
miskin.

Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan


oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk
menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan
suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak
baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih
semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam
melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak
dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.
PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU

DEEPAVALI

Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini


tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya,
perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan
dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari
Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala
perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk
dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan
ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.

Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah


yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada
bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat
pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan
ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan
tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos
epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua
kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan
Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan
Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.
THAIPUSAM

Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara 


besar-besaran oleh penganut agama Hindu  di Semenanjung terutamanya.
Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu  untuk
menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves, Selangor, Kuil
Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

Perayaan Thaipusam bermula di malam  hari bulan  penuh, iaitu bulan


Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang
penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam.  Bermula
dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-
ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan  penyembahan mereka
kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.
TAHUN BARU CINA

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam
sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan
perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang
barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina,
tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja,
biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa
hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata
dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao
yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka
mereka turut memakai kalendar qamari Cina.  

Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama


setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang  jatuh pada 15
hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai.
Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru
cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun
yang dinamakan sempena nama haiwan. 
Festival Kekwa Lantern

Hari ini, orang Cina mengingati kemenangan China ke


atasMongol.Pada siang hari, mooncake dimakan dan pada waktu
malam anak-anak berjalan di jalan-jalan dengan lampu-lampu dan
berdoa wanita kepada Tuhan bulan.

Festival Hantu Lapar

Jiwa orang mati ("Hantu Lapar") kemudian berjalan-jalan di jalan-jalan


yang hidup dan secara alami lapar. Ini adalah satu minggu yang
diraikan pada bulan Ogos. Di jalan terdapat persembahan dan kuil-kuil
yang dibina. Biasanya pada bulan Ogos (Pulau Pinang).

Perayaan Buddha yang paling penting

Songkran -

Songkran pada asalnya merupakan Sambutan Tahun Baru Buddha. Ia


disambut dengan membuang air bersama air. Ia melambangkan
pembersihan dosa dan membasuh semua halangan.

Wesak -

Pada hari terakhir (bulan purnama) bulan Vaisakha (bulan keenam


dalam kalendar Hindu, biasanya pada bulan Mei), umat Buddha
menyambut perayaan Wesak di seluruh dunia. Pada hari ini mereka
memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Buddha.
PERAYAAN  HARI GAWAI

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan


masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya
merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat
Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum
etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut
pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau
Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum
etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar
perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim
menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang
baharu.

Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan


dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai
dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan
korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi
dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara.
Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali
sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau
awal bulan Jun setiap tahun. 

Anda mungkin juga menyukai