Anda di halaman 1dari 30

BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN

DAN TERJEMAHAN

TAJUK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:


Asal usul Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Klasik

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan mengenai asal usul bahasa Melayu


2. Menerangkan mengenai bahasa Melayu Kuno
3. Menghuraikan mengenai bahasa Melayu Klasik.

KERANGKA TAJUK: ASAL USUL BAHASA MELAYU

AUSTRONESIA

NUSANTARA POLINESIA MALANESIA MIKRONESIA


Bahasa Melayu Hawaii Fiji Kepulauan
Marianna
Bahasa Acheh Tonga Irian
Kepulauan
Carolina

1
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang asal usul bahasa
Melayu, bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik.

2
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
1.1 Asal usul bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Penutur bahasa


ini iaitu dari daerah Yunan telah bergerak ke selatan lalu berpecah kepada empat
kelompok kecil, iaitu;
(i) Bahasa kepulauan Melayu atau Nusantara seperti bahasa Melayu, bahasa
Acheh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog dan Solo.
(ii) Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
(iii) Bahasa Melanesia seperti bahasa Kepulauan Fiji dan Irian.
(iv) Bahasa Mikronesia seperti bahasa Kepulauan Marianna dan Carolina.

1.2 Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno berkembang antara abad ke-7 hingga ke-11 pada
zaman kerajaan Srivijaya. Bahasa ini telah menjadi lingua franca di Nusantara dan
juga menjadi bahasa untuk bidang agama dan falsafah. Bahasa ini telah
mempunyai tulisan, iaitu tulisan Palawa terutamanya tulisan Kawi dan Nagiri.
Kosa katanya merupakan campuran kata-kata bahasa Melayu kuno dengan kata-
kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit.

Berasaskan bukti sejarah, Ismail Hamid (1987) menyimpulkan bahawa


Bahasa Melayu ini berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Kesimpulan ini
diasaskan pada catatan orang China yang menyatakan bahawa kerajaan Jambi
telah menghantar utusan ke negeri China kira-kira tahun 644 Masihi.

Kerajaan Srivijaya sudah terkenal di Asia Tenggara pada abad ke-7 hingga
abad ke-11. Kerajaan Srivijaya telah menjadi pusat pengajian agama Buddha. I-
Tsing, seorang rahib Buddha, ketika dalam perjalanan ke India pernah singgah di
Srivijaya. Beliau mencatatkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan di pusat
pengajian agama Buddha di Srivijaya.

3
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
Selain itu, pengembara China yang sampai ke Nusantara melaporkan
bahawa bahasa yang dituturkan di Nusantara ialah bahasa Kwun Lun yang
dipercayai sebagai Bahasa Melayu Kuno. Malahan, I-Tsing telah mempelajari
agama Buddha di Srivijaya melalui bahasa ini.

1.3 Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang berkembang antara abad


ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa ini digunakan dalam kesusasteraan,
pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan
perhubungan. Bahasa ini mempunyai tulisan tersendiri, iaitu tulisan Jawi yang
berasal daripada tulisan Arab.

Kosa kata Bahasa Melayu Klasik banyak meminjam daripada Bahasa Arab.
Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti
Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah,
Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi yang ditulis dalam tulisan Jawi. Dengan
berakhirnya tahap Bahasa Melayu Kuno pada abad ke-11 dan bermulanya tahap
Bahasa Melayu Klasik pada abad ke-14, meninggalkan satu zaman kekosongan.

Sebenarnya, zaman antara tempoh tersebut iaitu abad ke-12 dan abad ke-
13, merupakan satu zaman peralihan atau dikenali zaman Bahasa Melayu
Praklasik, yakni permulaan zaman Bahasa Melayu Klasik. Zaman ini menyaksikan
peralihan pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam. Bahasa Melayu pada waktu
peralihan ini menunjukkan percampuran antara kosa kata Melayu Kuno dengan
kata-kata pinjaman Sanskrit tetapi menggunakan aksara Arab.

4
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

AKTIVITI

(i) Melalui rujukan perpustakaan,kumpulkan bukti mengenai bahasa Melayu


Kuno dan Klasik di Malaysia

LATIHAN

1 Senaraikan ciri-ciri berserta contoh-contoh tentang bahasa Melayu Kuno.

2 Nyatakan perbezaan diantara Bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu


Klasik.

BAHAN BACAAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat,(1995). Bahasa Melayu:
Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam,(1987). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Penerbit


Fajar Bakti.

Zulkifli Hamid, Ramli Mohd Salleh dan Rahim Aman,(2007).Lingusitik Melayu.


Penerbit UKM.

5
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

TAJUK 2 BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN


PASCAKOLONIAL

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang bahasa Melayu pramerdeka dan pascakolonial.


Perkara yang menjadi perbincangan ialah;

Bahasa Melayu dalam bidang pelajaran, politik dan sosioekonomi.

Bahasa Melayu dan kemerdekaan

Akta 152 Perlembagaan Persekutuan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pelajaran, politik dan


sosioekonomi.
2. Menyatakan mengenai peranan bahasa Melayu dalam era kemerdekaan.
3. Menghuraikan Akta 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan.

6
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
KERANGKA TAJUK: BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAKOLONIAL

KEDUDUKAN
BAHASA
MELAYU

PRAMERDEKA PASCAKOLONIAL

Peranan bahasa Melayu dalam Bahasa Melayu dan Kemerdekaan


bidang pelajaran, politik dan
sosioekonomi AKTA152

2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang bahasa Melayu pada
masa sebelum merdeka dan selepas kolonial.

2.1 Bahasa Melayu Pramerdeka

Sebelum merdeka, bahasa Melayu terpinggir kerana penggunaan bahasa


Inggeris lebih diutamakan dalam pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
kerana penggunaan yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-
buku berunsur Islam dan sastera sahaja.

7
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
Pada awal abad ke-20, golongan sasterawan, wartawan dan budayawan
telah menyedari bahawa bahasa Melayu semakin dipinggirkan dan
mereka mahu memperjuangkan kedudukan bangsa dan bahasa Melayu di Tanah
Melayu. Mereka telah memperjuangkan bahasa Melayu ini melalui perantaraan
akhbar dan majalah serta hasil karya mereka. Penyebaran tersebut meliputi dua
cara, iaitu;
i. melalui cara perseorangan atau individu
ii. melalui pertubuhan-pertubuhan.

Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan dengan


mengemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya penulis Melayu.
Antara individu yang terkenal ialah Zaba. Beliau telah menulis dalam bahasa
Melayu mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Melayu. Beliau
gemar mengetengahkan karya-karya dari aspek kemunduran masyarakat Melayu
pada zaman penjajahan British. Pihak British sangsi dengan hasil-hasil karya
beliau dan telah mengehadkan hasil karya beliau. Zaaba juga bergiat aktif dalam
aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik sebagai Penasihat Umum
persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937.

Persoalan bahasa terus dibincangkan sehingga kemuncaknya pada tahun


1955 apabila wujudnya Laporan Razak (1956). Antara perkara penting dalam
laporan tersebut, ialah:
i. Satu sukatan pelajaran yang sama
ii. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.

Pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3, yang berlangsung


pada 16-21 September 1956 bertempat di Johor Bahru dan Singapura telah
bersetuju menubuhkan Balai Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Dewan
Bahasa dan Pustaka.

8
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
2.2 Bahasa Melayu dan Kemerdekaan Tanah Melayu

Para nasionalis Melayu berusaha gigih untuk menjadikan bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaan. Usul bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
telah termaktub dalam perlembagaan negara kita. Hasilnya, tertubuh Suruhanjaya
Reid yang dilantik khas untuk menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai
bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa
pengantar dan bahasa ilmiah. Selain itu bahasa Melayu turut dijadikan sebagai
bahasa komunikasi dalam aktiviti seharian sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Penerbitan akbar dan majalah dalam bahasa Melayu telah dapat


menyampaikan maklumat dan penerangan daripada pihak kerajaan. Bahasa
Melayu juga dijadikan sebagai alat untuk menyatupadukan kaum agar dapat
melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama. Ini seterusnya
akan dapat memupuk semangat kekitaan dan bersatu-padu.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu turut dilakukan secara


aktif. Ia telah dijadikan sebagai alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu
dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Para pencinta bahasa Melayu telah
berusaha untuk memantapkan sistem ejaan, meluaskan perbendaharaan kata
serta mempunyai tatabahasa yang lengkap.

Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan


kebangsaan. Menjelang 1957, Ordinan Pelajaran 1957 telah digubal berdasarkan
Laporan Razak 1956. Pada tahun 1960 telah diwujudkan Jawatankuasa Rahman
Talib yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961, yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam semua peringkat pendidikan.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara yang merdeka.

9
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

AKTIVITI

(i) Melalui rujukan perpustakaan, perihalkan status kedudukan Bahasa Melayu


dari aspek pendidikan sekolah jenis kebangsaan selepas merdeka.

LATIHAN

1. Bincangkan peranan Zaba dalam perkembangan bahasa Melayu pada era


pramerdeka dan pascakolonial.

BAHAN BACAAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat,(1995). Bahasa Melayu:
Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd .

_____________________,(1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya:


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Petaling
Jaya:Fajar Bakti.

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam, (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

10
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

TAJUK 3 SEJARAH EJAAN JAWI

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai


Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor
Tulisan Jawi di Batu Bersurat

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan peranan tulisan jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai.


2. Menyatakan perkembangan tulisan jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
dan Johor.
3. Menghuraikan perkara yang berkaitan dengan tulisan jawi di Batu Bersurat.

11
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

KERANGKA TAJUK: SEJARAH EJAAN JAWI

TULISAN JAWI ZAMAN KESULTANAN MELAYU PASAI

TULISAN JAWI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


DAN JOHOR

TULISAN JAWI PADA BATU BERSURAT

3.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang sejarah penggunaan
sistem tulisan jawi dalam bahasa Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai,
Kesultanan Melayu Melaka dan Johor. Tulisan jawi pada Batu Bersurat juga
dibincangkan dalam topik ini.

3.1 Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai

Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan
kedatangan Islam ke Nusantara. Menurut catatan Ibnu Baitutah (Pengembara
Islam), ketika beliau mengunjungi ke Kerajaan Samudera Pasai pada tahun
1346M yang terletak di pinggir Selat Melaka (kini Wilayah Aceh), beliau
menganggap Kerajaan Samudera Pasai sebuah kerajaan yang giat

12
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
menyelenggarakan pengajian, perbahasan dan muzakarah mengenai Islam
sehingga menyebabkan Samudera Pasai menjadi pusat tumpuan pengajian Islam
ketika itu.

Menurut catatannya lagi, beliau menulis catatan peribadi Sultan Mahmud


Malik Zahir yang ketika itu menjadi Sultan di Samudera Pasai. Pada
pandangannya, Sultan Mahmud adalah penganut mazhab Syafie, iaitu Sultan
sangat rendah hati dan berangkat ke masjid untuk solat Jumaat dengan berjalan
kaki. Selesai solat, Sultan dan rombongan mengelilingi kota untuk melihat
keadaan rakyatnya.

Demikianlah antara beberapa catatan Ibnu Batutah mengenai Samudera


Pasai, satu kerajaan silam yang hebat serta wujud lebih 600 tahun lalu, malah
didirikan lebih awal daripada Kerajaan Melaka. Kini, Kerajaan Samudera Pasai
sudah tiada. Susur galur dan kehebatannya hanya dikenang lewat catatan sejarah
silam, antaranya menerusi Hikayat Raja-raja Pasai, selain penemuan pelbagai
tinggalan arkeologi yang ditemui di Wilayah Aceh.

Samudera Pasai mencatat rekodnya tersendiri dalam sejarah Melayu


kerana ia dianggap Kerajaan Melayu pertama yang menerima Islam. Ketika
Majapahit atau Srivijaya masih berpegang kepada fahaman Hindu-Buddha,
pemimpin dan rakyat Samudera Pasai sudah mengucap dua kalimah syahadah
dan mentauhidkan Allah SWT.

Di bawah pemerintahan berasaskan tauhid kepada Allah itu, Samudera


Pasai menjadi Kerajaan Islam yang terkenal dan maju. Kerajaan tersebut
menjadi tumpuan kunjungan saudagar daripada pelbagai negeri seperti China,
India, Siam, Arab dan Parsi, malah angkatan dagangan Samudera Pasai turut
merentas laut untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar.
Selain menghantar ufti ke negara China, Sultan Pasai turut mengirimkan utusan
ke Quilon, India Barat Dagangan utama di wilayah itu adalah lada. Melalui

13
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
kemajuan perdagangan tersebut, kerajaan Samudera Pasai telah menghasilkan
mata wang emas yang disebut dirham dan mata wang itu digunakan secara rasmi
oleh kerajaan mereka.

Selain berkembang sebagai pusat perdagangan, Samudera Pasai turut


menjadi pusat perkembangan ilmu dan Islam. Ajaran Islam menerusi kitab bertulis
Arab, kemudiannya mencetuskan penghasilan tulisan jawi yang akhirnya menjadi
warisan budaya Melayu.Terhasilnya tulisan jawi juga mencetuskan perkembangan
sastera klasik Melayu, antaranya ialah penghasilan kitab Hikayat Raja-raja Pasai
yang ditulis sekitar 1360. Ilmu tasawuf juga turut berkembang apabila ada antara
kitab tasawuf diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. Antaranya
adalah Durru al-Manzum, karya Maulana Abu Ishak.

Kegemilangan Kerajaan Samudera Pasai dikatakan sama hebatnya


dengan zaman kemasyhuran kerajaan Melaka di alam Melayu. Walau bagaimana
pun, kerajaan Samudera Pasai mula mengalami kemunduran apabila Kerajaan
Melaka diasaskan oleh Parameswara. Golongan pedagang asing (India, Arab,
China dan Eropah) mula beralih dari pelabuhan Samudera Pasai ke Melaka.
Seterusnya pada 1360, Samudera Pasai diserang Majapahit dan akhirnya
kerajaan hebat itu ditakluki sekali gus menamatkan era kegemilangannya dalam
rentetan sejarah silam Nusantara, suatu ketika dulu.

14
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
3.2 Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor

Zaman penting bagi tulisan jawi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan
Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah menerima Islam dan berjaya
membina empayar yang luas serta dapat memperkembangkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi.
Perbendaharaan kata juga bertambah. Keagungan Kesultanan Melaka jelas
tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang ( sebuah karya dalam
bahasa Melayu ).

Manuskrip abad ke-18 M, yang diteliti ialah Hukum Kanun Melaka, Seni
khat pada Hukum Kanun Melaka, jauh lebih cantik daripada yang terdapat dalam
manuskrip yang terdahulu. Sistem ejaan jawi dalam manuskrip Hukum Kanun
Melaka mempunyai lebih banyak penggunaan abjad-abjad vokal alif, wau dan ya
untuk melambangkan bunyi-bunyi vokal pada suku kata akhir. Penggunaan abjad
vokal pada suku kata pertama dan tengah terbuka,serta tanpa penggunaan abjad
vokal pada suku kata akhir terbuka Kekecualian daripada pola di atas
(penggunaan abjad vokal pada suku kata tertutup)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan


tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi
sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau (abad ke 19). Terdapat beberapa hasil
penulisan penting, contohnya Hikayat Negeri Johor dan Kitab Pemimpin Johor.

Dua tahun sebelum penerbitan Kitab Pemimpin Johor, akhbar Melayu


pertama dalam tulisan Jawi telah diterbitkan di Singapura iaitu Jawi Peranakan.
Perkataan-perkataan yang lazim digunakan tanpa abjad vokal pada suku kata
akhir terbuka dan suku kata tertutup, dieja secara langsung atau terus. Pada
penghujung ke-19, bahan-bahan terbitan telah menampakkan gejala ketekalan
dan keselarasan. Ini dipengaruhi oleh kewujudan sistem persekolahan yang
memerlukan buku teks yang selaras dari segi bahasa dan ejaan.

15
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
3.3 Tulisan Jawi pada Batu Bersurat.

Sistem ejaan jawi yang ada pada Batu Bersurat Terengganu (BBT)
merupakan kombinasi daripada sistem ejaan Arab yang menggunakan irab
dengan sistem Melayu. Bagi menjelaskan sistem ejaan Jawi BBT ini, anda boleh
membuat analisis perbandingan dengan ejaan Jawi terkini. Ejaan Jawi terkini
yang menjadi rujukan di Malaysia dan Brunei ialah Daftar Kata Bahasa Melayu:
Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Analisis tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu;
i. analisis bagi ejaan konsonan
ii. analisis bagi ejaan vokal.

Kedua-dua analisis ini bertumpu kepada ejaan konsonan dan vokal yang
sukar difahami dan bermasalah sahaja. Kesemua ejaan dalam BBT dikekalkan
tanpa apa-apa tambahan walaupun satu titik bagi mengekalkan keasliannya.
Sistem ejaan Jawi yang ada pada BBT merupakan kombinasi daripada sistem
ejaan Arab yang menggunakan sistem irab dengan sistem Melayu. Sistem
tersebut dicipta menggunakan abjad alif, wau, ya sebagai tanda vokal, selain
digunakan untuk separuh vokal dan diftong. Dalam sistem ejaan Arab, abjad alif,
wau, ya digunakan sebagai tanda madd atau kepanjangan suara dalam bunyi
vokal, selain tanda bunyi separuh vokal dan diftong.

16
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
3.3.1 Ejaan Konsonan

Pengejaan huruf konsonan dalam BBT dan DKBM pada dasarnya mengikut
sumber kata, terutamanya kata Melayu asli dan kata pinjaman Arab yang
mempunyai sistem ejaan yang berbeza. Analisis ejaan konsonan boleh
ditumpukan kepada tiga aspek konsonan yang berkaitan dengan sumber kata dan
aspek kesignifikan kepada BBT. Aspek-aspek tersebut ialah;
(i) Penggunaan huruf ta marbutah (tertutup).
(ii) Ta marbutah (terbuka),
(iii) Penggunaan huruf qaf pada akhir suku kata akhir tertutup, dan
penggunaan huruf nya.

Dalam BBT, terdapat lima perkataan yang mengandungi huruf ta pada


posisi tersebut. Satu keistimewaan pada BBT ialah penggunaan huruf nya yang
telah ditulis secara sempurna dengan tiga titik di atas, yang kemudiannya
diteruskan sehingga sekarang. Penulisan nya ini amat penting kerana huruf-
huruf yang lain belum menampakkan perbezaannya dengan huruf Arab. Dengan
adanya huruf nya yang telah ditulis dengan sempurna ini, maka dakwaan yang
mengatakan bahawa BBPT merupakan tulisan Jawi tertua yang pernah dijumpai
di dunia ini, sukar untuk dinafikan.

17
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

AKTIVITI

(i) Dengan merujuk kepada kerajaan Pasai dan Melaka, bincangkan


kepentingan peranan sultan dalam memartabatkan tulisan jawi.

LATIHAN

1. Senaraikan setiap satu lima contoh pemvokalan alif, wau dan ya.
2. Nyatakan perbezaan antara pemvokalan sistem abjad dengan pemvokalan
sistem baris.

BAHAN BACAAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat,(1995). Bahasa Melayu:
Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd .

_____________________,(1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya:


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

18
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

TAJUK 4 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN EJAAN RUMI

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui;


Kemasukan Tulisan Rumi
Perkembangan Tulisan Rumi Zaman British

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


1. menjelaskan mengenai kemasukan tulisan rumi.
2. Menerangkan perkembangan tulisan rumi pada Zaman British.

19
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
KERANGKA TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN EJAAN RUMI

SEJARAH DAN
PERKEMBANGAN
EJAAN JAWI

Kemasukan Ejaan Rumi Perkembangan Tulisan Rumi


Zaman British

4.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi perihal huraian kemasukan tulisan
rumi di alam Tanah Melayu. Anda juga akan mendapat gambaran mengenai
perkembangan tulisan rumi pada zaman British.

4.1 Sejarah kemasukan tulisan rumi

Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan rumi dan jawi. Bahasa Melayu mula ditulis
dengan menggunakan tulisan rumi apabila penjajah masuk ke Tanag Melayu.
Orang yang pertama menggunakan tulisan rumi ialah David Barbosa pada tahun
1516 di Melaka. Antara kesan penting kedatangan penjajah Eropah ke Tanah
Melayu ialah kemunculan tulisan rumi dalam aktiviti penulisan.

Menurut Hashim Musa (2003), terdapat empat naskah awal catatan


Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskah Itali dan tiga
naskah Pranchis. Pada abad ke 16, Cornelius de Houtman telah menghasilkan
senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip rumi. Namun begitu,

20
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
Hashim Musa menyatakan sistem ejaan Houtman bagi bahasa Melayu tidak
begitu stabil , dibandingkan dengan senarai Pigafetta.

Pada tahun 1701, Thomas Bowrey menghasilkan senarai kata bahasa


Melayu-bahasa Inggeris. Selain itu, beliau juga telah menulis dailog perbualan
harian dalam tulisan rumi. Dalam perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, isi
perjanjian ditulis dalam bahasa Melayu. Penulisan bahasa Melayu oleh dua kuasa
ini berbeza kerana Belanda menggunakan tulisan jawi mengikut sistem ejaan Van
Ophujsen, manakala pihak Inggeris menggunakan sistem ejaan Wilkinson.

Pada tahun 1901, Van Ophuijsen telah menyusun suatu sistem ejaan
bahasa Melayu. Beliau menerbitkan buku berjudul Kitab Logat Melajoe yang
berasaskan sistem ejaan Belanda. Ejaan bahasa Melayu versi Wilkinson
diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1904. Sistem inilah yang menjadi asas
kepada penulisan rumi hingga hari ini.

4.2 Perkembangan tulisan rumi pada Zaman British.

Penulisan bahasa Melayu pada peringkat ini hanya dibuat secara individu oleh
sarjana-sarjana Eropah. Mereka tertarik dengan sistem tatabahasa bahasa
Melayu dan mereka menulis tatabahasa bahasa Melayu menggunakan
pandangan mereka. Oleh itu, banyak berlaku kesilapan dan penulisan bahasa
Melayu.

Sarjana Eropah yang mula membincangkan hal ejaan rumi ialah William
Marsden. Ini diikuti olh W.G. Shellabear yang telah membuat analisis terhadap
naskah-naskah surat yang ditulis antara tahun 1600-1650. Menjelang 1902,
penjajah British telah menubuhkan Jawatankuasa Wilkinson bagi membentuk
sistem ejaan yang standard. Perkara ini melibatkan empat buah negeri iaitu
Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

21
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
Selepas pemerintahan Jepun, Zaaba telah menulis buku Petua Ejaan
Rumi. Zaaba telah mengubahsuai dan mengabungkan sistem ejaannya dengan
sistem ejaan Wilkinson. Perubahan-perubahan yang ketara dilakukan oleh Zaaba
dalam penulisannya.

Sistem ejaan yang digubal oleh Zaaba telah diterbitkan dalam buku Pelita
Bahasa Melayu I, II dan III. Sistem ini dikenali sebagai sistem ejaan sekolah.
Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 3 pada tahun 1956, isu bahasa
telah dibincangkan dan sebuah jawatankuasa dibentuk pada tahun 1957 yang
dikenali sebagai Ejaan Kongres.

22
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

AKTIVITI

(i) Senaraikan 10 contoh perbezaan perkataan dalam versi sistem ejaan Van
Ophujsen, Pigafetta dan Wilkinson

LATIHAN

1. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan apakah


peraturan-peraturan yang digunakan untuk merumikan bahasa Melayu.

BAHAN BACAAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat,(1995). Bahasa Melayu:
Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd .

_____________________,(1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya:


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

23
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

TAJUK 5 TERJEMAHAN DAN KAEDAH TERJEMAHAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Definisi, matlamat dan kesilapan-kesilapan terjemahan Bahasa Melayu


Kaedah proses terjemahan dalam Bahasa Melayu

Terjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks asli (bahasa


sumber) ke dalam teks bahasa sasaran dalam bentuk bahasa persamaan yang
paling hampir atau difahami oleh bahasa sasaran. Umumnya, terjemahan bahasa
sumber dalam bahasa Melayu dilakukan melalui dua kaedah iaitu kaedah
tradisional dan kaedah baru atau dinamik. Kelazimannya, terjemahan kaedah
tradisional lebih bersifat harfiah atau secara langsung sama ada melalui cara
pinjaman, peniruan atau penggantian. Manakala terjemahan dinamik pula
mengutamakan proses penyesuaian dari segi pematuhan struktur ayat
(tatabahasa) dan kata tanpa mengubah makna asal sesuatu bahasa sumber.
Selain itu, pertimbangan dari segi persamaan berdasarkan konteks dan nilai
budaya harus diberi tumpuan secara wajar oleh penterjemah.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan definisi, matlamat dan kesilapan-kesilapan terjemahan dalam


Bahasa Melayu.
2. Menjelaskan kaedah proses terjemahan dalam Bahasa Melayu.

24
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
KERANGKA TAJUK: TERJEMAHAN DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Terjemahan

Definisi, Matlamat dan


Kaedah Proses Terjemahan
Kesilapan Terjemahan

Tradisional Baru/Dinamik

5.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang definisi, matlamat dan kesilapan-kesilapan terjemahan yang berlaku
dalam Bahasa Melayu. Aspek yang berkaitan dengan kaedah terjemahan yang
sering digunakan penterjemah (daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran)
turut dimuatkan dalam modul ini.

1.1 Definisi terjemahan

Penterjemahan adalah satu bidang yang penting dalam disiplin linguistik.


Kamus Dewan(1986:1247) mendefinisikan istilah terjemahan sebagai ... pindahan
dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan... Newmark
(1981) pula berpendapat bahawa terjemahan merupakan satu kesenian yang
terangkum usaha menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu
bahasa dengan mesej atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Pendek
kata, pengertian terjemahan merujuk kepada satu proses menyalin semula
bentuk bahasa pertama penerima mesej (pengguna) daripada bahasa sumber
kepada bahasa sasaran dengan beberapa penyesuaian. Misalnya;

25
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


As a matter of fact Sebenarnya atau Pada hakikatnya

1.2 Matlamat terjemahan

Dalam zaman dunia tanpa sempadan pada masa kini, terjemahan menjadi
satu bidang kerjaya yang penting. Justeru, warga pendidik dituntut untuk
mempelajari dan mengetahui pelbagai bahasa negara maju seperti bahasa
Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jerman, bahasa Peranchis, bahasa Korea dan
sebagainya agar segala kemajuan dan penemuan yang baru dalam pelbagai
disiplin ilmu dapat diajarkan kepada anak didik kita. Di samping itu, terjemahan
bermatlamat untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau
multibahasa.

2.2 Kaedah proses terjemahan

Pada tanggapan sesetengah pihak, jika seseorang mengetahui dua bahasa,


dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain. Kenyataan ini adalah
tidak benar kerana bidang penterjemahan merupakan satu proses yang kompleks
dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Dari perspektif disiplin linguistik, aktiviti
penterjemahan direalisasikan melalui dua kaedah iaitu kaedah tradisional (bersifat
harfiah atau secara langsung) dan kaedah baru.

2.2.1 Kaedah Tradisional


Kaedah ini dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu kaedah pinjaman,
kaedah peniruan dan kaedah penggantian.
1. Kaedah pinjaman
Kaedah pinjaman digunakan sekiranya perkataan daripada bahasa sumber
tiada dalam bahasa sasaran, maka perkataan asal tersebut terus

26
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
digunakan dengan melakukan beberapa penyesuaian ejaan atau tanpa
penyesuaian. Misalnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


bomb bom
cent sen
economi ekonomi

2. Kaedah peniruan
Terjemahan melalui kaedah ini agak berbeza dengan kaedah pinjaman
khususnya dari aspek susunan tatabahasa bahasa sasaran. Dalam hal ini,
terjemahan ini haruslah diolah berdasarkan susunan tatabahasa bahasa
sasaran yang betul. Misalnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


new broom penyapu baru
cold war perang dingin

3. Kaedah penggantian
Dalam kaedah ini, ciri-ciri persamaan di peringkat kata dikekalkan. Cara ini
digunakan dalam teks yang berbentuk maklumat yang ditulis secara
ringkas dan tidak kompleks. Misalnya;

Bahasa Inggeris: I go shopping after work.


(a) (b) (c)

Bahasa Melayu: Saya pergi membeli belah selepas kerja


(a) (b) (c)

(a) (b) (c) > (a) (b) (c)

27
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
2.2.2 Kaedah Baru
Kaedah terjemahan ini lebih bersifat dinamik dan terdiri daripada empat
kategori. iaitu;
1. Kaedah transposisi
Istilah tranposisi bermaksud mengubah kedudukan frasa atau klausa
dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud mesej. Jadi, penggunaan
terjemahan kaedah ini memberi penekanan terhadap proses penyesuaian
struktur ayat supaya ayat yang diterjemahkan mematuhi tatabahasa dan
kelaziman ungkapan bahasa sasaran. Contohnya;

Bahasa Inggeris: Launched in April the campaign is a follow up


(a) (b)

to last years anti smoking drive.


(c) (d)

Bahasa Melayu: Kempen yang dilancarkan pada bulan April


(a)

merupakan tindakan lanjutan kepada gerakan


(b)

antimerokok tahun lepas.


(c) (d)

(a) (b) (c) (d) > (a)(b)(c)(d)

2. Kaedah modulasi
Kaedah ini mengutamakan pengekalan makna. Proses terjemahan
dilakukan dengan membuat perubahan dari segi kata tetapi maknanya
tidak berubah. Misalnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


saturday night malam minggu
Keep off the grass Jangan pijak rumput

28
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN
3. Kaedah persamaan
Kaedah ini mengutamakan persamaan sejadi atau terdekat dan bergantung
rapat dengan elemen konteks dan nilai budaya, seperti peribahasa dan
simpulan bahasa. Contohnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Let sleeping dog lie Sarang tebuan jangan dijolok.
Look before you leap Hari ini hari dia, hari esok hari kita

4. Kaedah penyesuaian
Dalam kaedah ini, terjemahan dilakukan dengan menggunakan gabungan
beberapa kaedah dinamik iaitu transposisi, modulasi dan persamaan
mengikut kesesuaian konteks. Justeru itu, penterjemah hendaklah sentiasa
peka dan bijak dalam memilih kaedah yang relevan untuk menghasilkan
terjemahan yang baik dan berkualiti. Misalnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


How are you Apa khabar ?
Thank you Terima kasih

29
BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN
DAN TERJEMAHAN

AKTIVITI

The two day seminar is being attended by some 45,000 employeers of


public and private sector.

(i) Secara berpasangan, anda diminta menterjemahkan ayat di bawah ini


daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Berikan alasan yang sesuai
untuk menyokong fakta yang diberikan anda.

LATIHAN

1. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, nyatakan jenis-jenis


kesilapan yang kerap berlaku dalam proses terjemahan bahasa Melayu.

2. Huraikan aspek persamaan dan perbezaan di antara kaedah terjemahan


tradisional dan kaedah dinamik dalam bahasa Melayu.

BAHAN BACAAN

Abdul Hamid Mahmood et. al.(2001). Teori dan Kaedah Penterjemahan dalam
Latihan Perguruan. Dlm. Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan
Antarabangsa Ke-8, 3-5 September 2001, City Bayview, Langkawi

Asmah Omar(1979). Aspek Penterjemahan dan Interpretasi. Kuala Lumpur: Pusat


Bahasa Universiti Malaya.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu(1975). Pedoman Umum Pembentukan


Istilah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

30

Anda mungkin juga menyukai