Anda di halaman 1dari 9

http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/masalah-dalam-pendidikan-pemulihan.

html

MASALAH DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU

MOHD BAHRI

PENDAHULUAN

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh tokoh-tokoh pendidik Barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:
1245,1246), Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan
bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks
ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371, pemulihan bermaksud satu tindakan khusus
yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari
segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh
murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam
darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Seorang tokoh barat pula iaitu Blair (1956) mentafsirkan pengajaran pemulihan adalah satu
bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran
untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi
murid-murid lambat.

Bagi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): mentafsirkan


bahawa, '...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.'

Merujuk kerangka konsep Modul BMM3106, Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, dapat dibahagikan kepada 2 iaitu Pendidikan Pemulihan dan
Pendidikan Imbuhan.
Pendidikan pemulihan adalah pendidikan yang ditumpukan kepada murid-murid dalam
mengatasi masalah penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan
mengira. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Skop kajian pendidikan pemulihan ini banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik
darjah. Program ini juga hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Ini disebabkan objektif utama pendidikan pemulihan ini adalah untuk membetulkan
kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja
normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh
dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah
yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan
berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf
pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

Antara program pemulihan biasa yang dijalankan di dalam kelas termasuklah Pemulihan
KBSR, KIA2M dan PROTIM. Program Pemulihan Khas pula ialah Sistem Penarikan Keluar
(withdrawal System) di mana murid yang dikenal pasti akan dihantar ke kelas pemulihan
pada waktu tertentu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Mereka akan
dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan. Melalui kelas khas
pula, mereka yang dikenalpasti akan dimasukkan ke kelas pemulihan sepenuh masa
sehingga mereka menguasai kemahiran 3M.

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan


untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak
terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan
rakan mereka yang lain. Seseorang guru pemulihan wajar mempunyai pengetahuan yang
luas untuk melaksanakan pengajaran kepada murid-murid ini.Tidak adil sekiranya murid-
murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran ini terus dibiarkan begitu sahaja.
Pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja
usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk mencegah
berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal. Berbanding dengan
pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan
imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan
pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas.

Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan


antara golongan berada dan miskin. Ini bermaksud kanak-kanak dalam golongan bawahan
tidak mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat
pendidikan itu banyak direbut oleh mereka dari golongan atasan. Murid-murid miskin dan
kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi kemudahan pelajaran, motivasi
pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Justeru
untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan
merupakan pendekatan yang berkesan. Objektif utamanya adalah untuk merapatkan jurang
dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.

1. MASALAH UTAMA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU


Masalah utama murid-murid dalam pendidikan pemulihan Mata Pelajaran Bahasa
Melayu dapat dibahagikan kepada 4 kemahiran. Ianya adalah ;
i) Kemahiran Lisan ii) Kemahiran Bacaan iii) Kemahiran Ejaan
iv) Kemahiran Tulisan
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan masalah utama dalam pendidikan
pemulihan Bahasa Melayu di sekolah iaitu kemahiran bacaan. Seterusnya saya cuba
mengemukakan punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut.
Kemahiran Bacaan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-
hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang
diperlukannya. Kita membaca akhbar untuk mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya.
Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas
seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya. Wajar bagi seseorang murid untuk
menguasai kemahiran membaca.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris
dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran
yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981)
pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk
itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman
lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Menurut Atan Long
(1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses
mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran
daripada bahan bertulis itu. Melalui definisi yang diberikan di atas sudah cukup untuk
menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah
merumuskan bahawa proses membaca adalah perlakuan perlakuan yang kompleks dan
tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud
dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan
kemahiran memahami apa yang dibaca. Selain daripada itu, perlakuan membaca mesti
dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan.
Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan
yang dibacanya. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan
membayangkan apa yang dibaca.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang
aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses
membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang
melibatkan beberapa kemahiran lain.
1.1 JENIS-JENIS MASALAH KEMAHIRAN BACAAN
1.2 Terdapat beberapa jenis masalah kemahiran membaca yang dikenalpasti dalam
Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah. Antara masalah tersebut
adalah; 1.1.1 - Salah sebutan Murid salah menyebut perkataan-perkataan
yang dibacanya berikutan mereka tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf. Oleh itu mereka akan cenderung untuk melakukan
kesalahan dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut. Contohnya
perkataan, perkataan 'lidi' disebut 'lili', perkataan 'mari' disebut 'mali' atau
perkataan 'lari' disebut 'lali'. Kesalahan-kesalahan ini biasanya berlaku kepada
murid-murid berbangsa Cina kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran
membunyikan huruf 'r' dengan tepat.
Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan mereka adalah seperti berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh
perkataan.
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, c)
teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak
pasti akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda
bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut,
menggeleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Terdapat juga kesalahan dalam menyebut perkataan-perkataan ketika membaca
disebabkan pengaruh dialek atau loghat sesuatu tempat. Murid-murid di negeri Terengganu
akan menyebut perkataan 'makan' menjadi 'makang', perkataan 'pinggan' menjadi
'pinggang'. Keadaan ini akan menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna atau akan
merubah maksud ayat-ayat yang dibacanya.

1.1.2 - Tidak kenal huruf


Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu
huruf itu sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak
bermakna atau berlainan makna. Biasanya mereka memerlukan masa yang agak lama
untuk membacakan huruf atau satu-satu perkataan itu. Sebenarnya keadaan ini berlaku
kerana mereka menggunakan masa itu untuk mengingat kembali nama dan bunyi huruf-
huruf tersebut sebelum membacanya. Apabila mereka tidak dapat mengingati huruf-huruf
itu, mereka akan menyebutkan apa-apa sahaja huruf yang terlintas di dalam kotak
ingatannya. Kemampuan untuk mengingati satu-satu perkara juga hanyalah bersifat
sementara.

1.1.3 - Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan.


Murid tidak membunyikan atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan dan imbuhan
juga menjadi punca masalah dalam kemahiran membaca. Contohnya perkataan sudah
disebut udah atau perkataan sendal disebut sedal. Perkataan tertentu di dalam ayat
juga kerap ditinggalkan semasa membaca.
Contohnya, Kucing itu sangat comel, dibaca sebagai Kucing itu comel:
Adakalanya murid meninggalkan imbuhan tertentu contohnya dalam perkataan
mengiringi disebut sebagai mengiring.

1.1.4 - Mengulang perkataan

Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap mengulang-ulang


perkataan atau suku kata tertentu semasa membaca. Perbuatan mengulang ini disebabkan
murid tidak tahu untuk membunyikan perkataan seterusnya selepas sesuatu perkataan
tertentu dibaca.
Contohnya ayat " Kami makan di Restoran Aminah". Murid-murid yang mengalami
masalah seumpama ini akan mengulang-ulang perkataan 'Kami maka di' atau perkataan 'di'
kerana mereka tidk dapat membaca perkataan 'Restoran' atau cuba untuk mengeja
perkataan tersebut.
1.1.5 - Menggantikan huruf atau perkataan
Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran membaca akan menggantikan huruf
atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Contohnya ladang disebut lalang, "sekolah"
disebut "selokah" dan "bajak" disebut "jabak".Kadangkala, terdapat perkataan yang
digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud ayat tersebut.
1.1.6 - Menambah huruf atau perkataan
Mereka yang mengalami masalah membaca juga akan menambah huruf atau perkataan
ketika membaca. Perkataan yang akan disebut merupakan perkataan yang biasa didengar
atau mereka gunakan sehari-hari. Selain itu mereka juga akan membunyikan perkataan-
perkataan tersebut mengikut bunyiyang dirasakannya sesuai. Contohnya perkataan buah
akan dibaca sebagai buwah.
Ada juga perkataan-perkataan tertentu ditambah dalam ayat. Sebagai contohnya
Saya suka bermain bola dibaca sebagai Saya sangat suka bermain bola". Hal ini boleh
berlaku terutama kepada murid-murid yang membaca secara mengeja perkataan demi
perkataan. Setelah mereka membaca seluruh perkataan dalam satu-satu ayat tersebut,
mereka akan membacanya pula tanpa mengeja. Ketika itu mereka akan membunyikan
perkataan melalui hafalan tanpa melihat perkataan yang dibacanya.
1.1.7 - Huruf atau perkataan dibaca terbalik
Murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam kemahiran bacaan juga mengalami
masalah membaca huruf atau perkataan itu secara terbalik. Contohnya perkataan bala
dibaca sebagai laba. Contoh ayat yang dibaca terbalik pula adalah sepeti ayat Dia
makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan. Keadaan seperti ini kerap terjadi kepada
murid-murid berbangsa India akibat dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka.

1.1.8 - Tidak memahami apa yang dibaca

Ada juga murid yang suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka
tidak memahami apa yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah
gagal memahami maksud perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa
yang terdapat dalam teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan
yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak
dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan
bacaan.
1.1.9 - Mengeja ketika membaca
Mengeja ketika membaca juga salah satu masalah dalam kemahiran bacaan.Proses
membaca sememangnya bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan
seterusnya mengeja perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran
membaca, mereka tidak perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca.
Contohnya bagi murid tahap 2, mereka tidak sewajarnya mengeja ketika membaca.
Sekiranya perkara seperti ini masih lagi dialami, mereka perlu melalui program pemulihan.
1.2 PUNCA MASALAH KEMAHIRAN BACAAN Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994),
punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu; i) Faktor fizikal
ii) Faktor kognitif dan bahasa
iii) Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.
1.2.1 Faktor Fizikal
Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu
kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain. Murid-murid
pendidikan pemulihan tidak dapat mengenal huruf yang mereka baca berpunca daripada
faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun atau silau boleh menyebabkan murid
menghadapi masalah ketika membaca. Kanak-kanak yang mengalami penyakit dyslexia akan
melihat satu-satu objek itu terbalik dan sentiasa bergerak. Saya ingin kongsikan pengalaman
saya menonton filem Hindi bertajuk Taare Zameen Par arahan Aamir Khan ( seperti
Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ishaan Awasthi
lakonan Darsheel Safary yang mengalami disleksia. Di kelas, ketika Ishaan diminta gurunya
untuk membuka dan membaca buku pada halaman 38, bab 4, perenggan ke 3, dia seperti
kebingungan dengan perintah gurunya. Setelah dua kali diminta untuk membaca, dia
berkata bahawa semua hurufnya menari-nari. Begitu juga dengan masalah pendengaran
kerana proses membaca memerlukan deria pendengaran untuk meniru bunyi-bunyi huruf
yang diperdengarkan oleh guru. Biasanya keadaan ini berlaku sejak kanak-kanak itu
dilahirkan lagi
Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal pula akan
menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Di sekolah saya iaitu SK
Taman Perling misalnya, terdapat 36 orang murid Pendidikan Khas. Kebanyakan mereka
mengalami masalah kecacatan mental berpunca daripada diserang demam panas ketika
bayi lagi
Kekurangan makanan berzat juga akan merosakkan kesihatan murid seterusnya
mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan cepat letih.
Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran. Faktor sosio-ekonomi keluarga yang tidak stabil
mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak.
1.2.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Tahap kognitif seseorang murid yang rendah juga
merupakan punca sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca
menjadi sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini
ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain.
Hal ini terjadi ada kaitannya dengan faktor genetik atau sejarah ketika mereka di dalam
kandungan lagi. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan mereka untuk mengenal huruf-huruf
dalam masa yang singkat. Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang
melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.
1.2.3 Faktor Emosi, Persekitaran dan Pendidikan
Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan
yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia juga berkait rapat
dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor
fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca.
Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor
persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang
keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan
pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Ia berkait rapat
dengan keadaan sosio-ekonomi keluarga. Peranan ibu bapa dalam memastikan keperluan
anak-anak untuk mencapai kejayaan tidak dapat diberikan sepenuhnya. Hasilnya, anak-anak
semakin jauh ketinggalan dari segi pencapaian dalam pelajarannya berbanding dengan
rakan-rakan sebaya mereka. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang
pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-
kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan
teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai