Anda di halaman 1dari 6

AMALAN RUMAH TERBUKA

(TEMA) Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan
perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya
Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan
dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim
dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak
enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di
peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN)
Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional,
persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-
kepentingan amalan rumah terbuka?

(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan


kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan
pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota
masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis
terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang
melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum
seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum
lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan
dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih
harmoni. (PENEGAS) Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui
amalan rumah terbuka.

(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta


pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami
budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-
sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga
membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain
selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri.
(BAGAIMANA) Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya
merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.
(KESAN) Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya
yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang.
(PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan
murni ini.

(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumah-rumah
terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara
kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati
keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan memahami sendiri keunikan dan
keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing.
(BAGAIMANA) Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan
kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka
Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali
dan Krismas. (KESAN) Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat
di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka
sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri
pelancongan negara. (PENEGAS) Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat memberikan
persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan
rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya
semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan
terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang yang
semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah
terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat
perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua
dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan
kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka
dibudayakan.

(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa
kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu
dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati,
ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi
apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini dibudayakan sudah
pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya
angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia
namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan
teladan kepada mata dunia.

kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas
pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan kelahiran remaja
berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan
keharuman negara kita di persada antarabangsa.
Karangan Contoh SPM - Rumah Terbuka
Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.
Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka,
mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah,
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra
dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra
dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak
kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-
sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-
orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya
dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan
mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah
untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan
aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat.
Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan
pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar
tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri
dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada
orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil
makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah,
tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah
tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat
makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan
menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat
dicapai.
ESEI: FAEDAH MENGADAKAN RUMAH TERBUKA...
Konsep 'majlis rumah terbuka' memang sudah tidak asing kepada segenap lapisan masyarakat di
negara kita. Majlis rumah terbuka yang diadakan bersempena menyambut sesuatu perayaan itu
bertujuan untuk meraikan tetamu yang merupakan jiran tetangga, saudara-mara, rakan taulan
sama ada yang dekat mahupun yang jauh tanpa mengira perbezaan agama, etnik dan budaya.

Penganjuran rumah terbuka ini telah menjadi sesuatu kemestian kini dan kerajaan melihat
perkara ini sebagai sesuatu yang amat perlu diteruskan. Pihak kerajaan melalui agensi-agensi
berkaitan cuba memperluas penganjuran majlis rumah terbuka ini ke peringkat yang lebih tinggi
dan lebih besar sambutannya. Kini majlis-majlis rumah terbuka dianjurkan oleh pelbagai
peringkat, bermula dari institusi keluarga, jabatan, negeri dan juga peringkat kebangsaan. Majlis
Rumah Terbuka Aidilfitri, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu, Majlis Rumah Terbuka
Depavali dan lain-lain pasti dianjurkan apabila tiba masanya.

Pelbagai faedah/manfaat/kemaslahatan menganjurkan majlis rumah terbuka, antaranya:-


Bukan sekadar program makan-makan sebaliknya yang lebih penting ialah wadah untuk
mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini.
Dapat menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat.
Penganjuran majlis rumah terbuka dapat menjalinkan ikatan persahabatan dan kemesraan.
Dapat menyemarakkan perkembangan industri pelancongan negara yang membawa kepada
peningkatan imej negara.
Memberikan peluang dan ruang kepada setiap rakyat untuk mengenali dan menikmati perbezaan
yang wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Menyediakan mekanisme jitu dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik dan
terpinggir.
Dapat memperkenalkan aset pelancongan negara kepada dunia luar seperti pelbagai juadah
makanan, fesyen, kraf tangan, kesenian dan sebagainya.
Menjadi medan pertemuan antara golongan pemimpin dengan rakyat jelata.

Anda mungkin juga menyukai