Anda di halaman 1dari 9

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air
seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar
bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun
lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar
perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil


adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon
bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi
maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.
Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu
mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media
yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya
perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula
dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam
sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga
dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan
sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu
tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar


pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikatsyarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat
cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam
sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di
antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan
cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi


moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi
moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan
adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa
meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar,
majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan
pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan
teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan.
Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat
dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan

badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada

terus tercemar.

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan
mesej yang cuba disampaikan tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.Bait-bait
awal dalam lagu tersebut memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satusatunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam
menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini. Selagi kita terus mengamalkan sikap
negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak
tercemar, maka kita sendiri akan menerima padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk
memelihara alam sekitar perlu diberi perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.
Antara usaha yang praktikal ialah mengitar semula barang terpakai.40 peratus sampah
sarap seperti tin,besi buruk ,botol,kertas dan barangan plastik boleh dikitar semula. Dengan
mengitar semula satu tin aluminium kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
tiga jam untuk televisyen .Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat
mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok . Dengan
mengitar semula satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
mentol lampu 100 watt selama empat jam.Tegasnya amalan kitar semula
seumpamaserampang dua mata,menyelamatkan alam sekitar dan dapat pula mengurangkan
kos sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga.
Selain itu,elakkan pembakaran terbuka.Biasanya pembakaran terbuka ini dilakukan
oleh petani yang memugar hutan untuk tanaman padi bukit ,jagung dan getah. Ada juga
petani yang membakar jerami padi selepas musim menuai.Sebagai akibatnya berlakulah
pencemaran udara dan jerebu. Pembakaran terbuka mestilah dihalang melalui
penguatkuasaan undang-undang memandangkan proses pembakaran akan meningkatkan
karbon dioksida seterusnya akan menyebabkan kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau pula
akan menyebabkan pemanasan global.Tuntasnya jika pembakaran terbuka dapat dibendung
maka alam sekitar pasti terpelihara.
Akhir sekali,semua pihak mestilah menyahut seruan kerajaan dalam program tanam
semula pokok.Sebagai contoh,Kempen Tanam 26 Juta Pokok Menjelang 2015,Kempen Hari
Bumi ,Kempen Tanam 50 Jenis Pokok Hutan UPM 2011 dan Kempen Tanam Pokok Bakau
Melaka 2010. Pokok-pokok terutamanya bagi Hutan Hujan Topika amat penting untuk
menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan,kilang dan pembakaran
terbuka.Pokok-pokok juga melepaskan gas oksigen untuk kehidupan makhluk di
bumi,menghalang hakisan,zon penampan ribut atau tsunami dan memulihkan ekosistem bumi
yang kian terganggu.Tegasnya program tanam semula pokok mestilah dilakukan dengan
konsisten agar alam sekitar dapat diselamatkan daripada pemanasan global.Jangan
terhantuk baru tengadah,cuaca panas di Cameron Higlands wajar menjadi iktibar kepada
semua pihak agar lebih serius dalam memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, memelihara alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak
bertepatan dengan pesanan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Tan Sri Joseph
Kurup. Beliau berkata semua pihak tanpa mengira umur,sektor swasta atau kerajaan perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara , memulihara alam sekitar yang

semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah runtuh dan pelbagai
bencana alam yang lain.Sesungguhnya alam sekitar ini bukanlah milik kita,tetapi
dipinjamkan oleh generasi yang akan datang.Oleh itu kita mestilah amanah dalam menjaga
dan memelihara alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku
di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian
telah di kecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar.
Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat
mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani
masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam
kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya
mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu
diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.
Salah satu langkah yang

perlu diambil untuk menangani masalah

pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini
demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam
sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan
ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya
kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakitpenyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini
turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana
yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan
bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat
menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani
masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan
bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek


penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga
alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh
kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya
segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan
kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun
ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai
enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan
berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam
air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak
berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak
dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber
protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali
sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan
perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap
penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh
diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.
Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air. Melalui cara ini, sumbersumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk
memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat
menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat
memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah
satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen
kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui kempen
kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan

ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang
kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai
matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar
seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam
sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan
sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan
tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat
Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar
hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan
kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar
juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan
seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita
patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak
supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara Malaysia
sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat.

LANGKAHLANGKAHPEMELIHARAANDAN
PEMULIHARAANALAMSEKITAR
Penghutanansemula
Penghutanansemulaialahkegiatanmenanamsemulahutan
yangtelahditebangdenganspesiespokokyangcepattumbuh
danbermutu.Melaluicarainikelenbapansuhudapat
dikekalkandanseterusnyamasalahpeningkatansuhualam
sekitardapatdielakkanterutamanyadikawasanbandar
bandarbesarsepertidikualalumpur.Contohnya,pokokjenis
pain,batai,dansesenduktelahditanamdiBukitTinggi,
Pahang.JabatanPerhutananMalaysiaperlumemainkan
perananpentingbagimelaksanakanlangkahinidengancekap

danefisyen.Contohpenghutanansemulayangtelah
dilaksanakanadalahsepertidiHutanSimpanKemasul,
PahangdanHutanSimpanPayaLaut,Perak.
Penggunaanbajaorganik
Masyarakatsekarangterutamanyapetanidigalakkansupaya
menggunakanbajaorganikataubajaaslidaripadanajis
haiwansepertinajislembudanayamsertasisasisatanaman
untukmenggantikanpenggunaanbajakimiayangselalu
digunakanolehpetanimodenpadazamansekarang.
Kebanyakanpetanimodenyangmenggunakanbajakimia
secarakeraptelahbanyakmendatangkanmasalahkepada
alamsekitarterutamanyakepadamasalahpencemaran
air.petaniyangmenggunakanbajaorganikdapat
menambahkankesuburantanah,bajaorganikjugaadalah
lebihmurah,tidakperludiproses,dantidakmencemarkan
alamsekitar.
Contohnya,peladangladahitamdiSarawakmenggunakan
guano,iaitucampurannajisburungdankelawarsebagaibaja.
Kaedahbiologi
Peladangkelapasawitdinegarakitamenggunakankaedah
biologiuntukmengawalmakhlukperosak.Kebanyakan
peladangsekarangjarangmenggunakankaedahbiologiini
keranakaedahinidianggapsudahketiggalanzaman.Kaedah
biologiyangdigunakaninidapatmengurangkanpenggunaan
racunseranggadanracunrumpaiyangdapatmenyebabkan
berlakunyapencemarkanalamsekitar.Contohnya,diladang
kelapasawit,ular,burunghantu,danburunghelang
digunakanuntukmenangkaptikus,burung,dantupaiyang
merosakkanbuahkelapasawit.

Pertaniantetap
Kerajaanmenggalakkanpetanipetanitradisionalyang
mengamalkanpertanianpindahsupayamengubahcara
penanamanmerekakepadapertaniantetap.Kebanyakan
petanidikawasanpedalamanmasihmenjalankanpertanian
jenispindah.Masalahiniberlakukeranamasyarakat
pedalamankurangmendapatpendedahantentangpentingnya
alamsekitarterhadapkehidupandisekelilingnya.petani
sekarangterutamanyadikawasanpedalamanperlumengubah
teknikpertanianmerekadaripadapertaniansecaraberpindah
randahkepadapertaniantetap.
Langkahinibertujuanuntukmengelakkankemusnahan
kawasanhutanyangberhargadanmengurangkanhakisan
tanih.
Kaedahperundangan
Kaedahperundangandidefinasikansebagaiaktaperundangan
yangtelahdigubaldandikuatkuasakanuntukmelaksanakan
tndakanterhadappesalahalamsekitarantaranya:
Aktakualitialamsekitar(1974)aktainidigubalbertujuan
untukmengawalperkaraperkarayangbolehmembawa
kepadaberlakunyakemudahanalamsekitar.serentakdengan
iniaktainiperludiperketatkanagarusahamemeliharadan
memuliharakualitialamsekitarterjamin.Olehitu,dapat
dilihatbahawaperuntukanaktainimerangkumihampir
keseluruhanaspekdanmasalahpencemaranalamsekitar
sepertimasalahpencemaranair,pencemarantanah,dan
pencemaranudara.
Penilaianimpakalamsekitar(EIA)penilaianimpakalam
sekitarmerupakansatupendekatanyangmenekankanaspek

pengurusanalamsekitarsecaramenyeluruhbagimengekalkan
keseimbanganantarapembangunandengankualitialam
sekitardibawahaspekpengekalan,pemeliharaan,dan
pemuliharaanalamsekitar.Pihakpihakyangterlibatterutama
badanbadankerajaanyangberkaitanalamsekitarperluturun
padangsecarakerapbagimemastikandasarini (EIA) berkesan.

Anda mungkin juga menyukai