Anda di halaman 1dari 1

Adat Mandi Anak Iban

Upacara memandikan anak di sungai dilakukan selepas bayi diberi nama dan berusia lebih kurang satu bulan. Tujuannya ialah untuk membiasakan bayi dengan air sungai. Jiran-jiran sekampung dan juga kampung-kampung berdekat akan dimaklumkan tentang upacara yang akan dijalankan. Bayi yang dipakaikan kain pua akan digendong dan dibawa ke sungai sambil diringi dengan muzik tradisional Iban. Sepanjang upacara ini gendang akan dimainkan tanpa henti supaya semangat jahat tidak mengganggu dan upacara berjalan dengan baik. Dua orang laki-laki akan dipilih seorang daripadanya akan membawa seekor ayam dan seorang lagi akan membawa panji-panji. Lemambang atau ketua upacara akan membaca mentera seterusnya akan menetak air sungai. Ayam akan disembelih dan bahagian sayap akan diletakkan di atas tersang. Bayi akan dimandikan dan nama bayi itu akan diumumkan. Bayi tersebut akan dibawa pulang semula ke rumah dan dipangku lalu duduk di atas tawak atau gong yang diletak di tengah-tengah ruai. Kedua-duanya akan diselimutkan dengan pua kumbu. Mereka akan disiramkan dengan air rendaman bahan-bahan seperti cincin emas, wang syiling atau batu penawar supaya bayi tersebut akan dirahmati dengan segala kekayaan. Setelah itu, pemangku bayi akan membawa bayi masuk ke bilik dan berakhirlah upacara memandikan bayi.

Anda mungkin juga menyukai