Anda di halaman 1dari 8

KATA PERINTAH KAWAD STATIK KADET POLIS

MEMBENTUK SKUAD (JADIKAN TIGA BARISAN)


Kata perintah - Tiga barisan dihadapan saya......gerak
Pergerakan:
1. Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6 langkah dihadapan jurulatih.

KE KANAN LURUS
Kata perintah - Ke kanan.lurus
nombor - Ke kanan lurus dengan nombor , skuad......satu , skuad....dua dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. Semua anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kirikehadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke bumi dengan
kiraan satu. (Sekiranya latihan dengan nombor semua anggota di dalam platon membuat pergerakan yang pertama termasuk penanda kanan).
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan
kecuali orang nombor satu dalam setiapbarisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas bahu melalui belakang o rang dikananya kecuali penanda kanan
dengan kiraan dua. (Sekiranya latihan dengan nombor semua anggota di dalam platon membuat pergerakan angkat tangan separas bahu).
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-
turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus dengan kiraan tiga.
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya Pandang Depan.

PANDANG DEPAN
Kata perintah - Pandang..depan
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk balik kedudukan sedia.
PARASKAN SKUAD
Kata perintah 1 - Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan..paras
Pergerakan
1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota akan membuat pergerakan keluar baris dengan kiraan satu dan dua.
2. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan satu terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan dua, tiga.
3. Setelah keluar baris semua anggota terus beratur dalam satu barisan.

Kata perintah 2 - Da....ri Kanan, nombor atau Skuad...nombor


Pergerakan
1. Semua anggota menyembut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.

3- Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah


kebelakang.....gerak
Pergerakan
1. Bagi anggota nombor ganjil ambil satu langkah dengan kaki kiri ke hadapan dengan kiraan satu dan dua.
2. Bagi anggota nombor genap ambil satu langkah dengan kaki kiri ke belakang dengan kiraan satu dan dua.

4- Orang disebelah kanan diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan,


kanan dan kiri......sing.
Pergerakan
1. Orang yang disebelah kanan sekali diam (anggota nombor satu bagi barisan ganjil).
2. Anggota barisan nombor ganjil berpusing ke kanan denan kiraan satu dan dua.
3. Anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan satu dan dua.
Kata perintah 5 - Jadikan tiga barisan, cepat jalan
Pergerakan
1. Semua anggota berjalan cepat dimulai dengan kaki kiri kecuali orang sebelah kanan sekali.
2. Orang nombor dua bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor satu (penanda) sebagai orang nombor satu bagi barisan tengah.
3. Orang nombor tiga barisan ganjil, jalan dan berhenti dibelakang orang nombor dua sebagai orang nombor satu bagi barisan belakang.
4. Orang nombor empat bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti disebelah kiri orang nombor satu (penanda) dan diikuti anggota yang lain mengisi tempat kosong.
5. Bagi barisan nombor genap jalan dan membelok ke kanan megikuti barisan nombor ganjil serta berhenti ditempat kosong.

LURUSKAN BARISAN
Kata perintah - Luruskan.barisan
Kata perintah dengan nombor - Luruskan barisan dengan no skuad.up
Pergerakan:
1. Semua anggota di dalam platon dengan pantas angkat kaki kiri separas dengan pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan sebutan up. Sekiranya membuat pergerakan
terus Penanda Kanan hendaklah diam dan tidak perlu membuat pergerakan up.
2. Kemudian hentak kaki kiri disebelah kaki kanan pada masa yang sama palingkan kepala ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang
orang dikanannya dengan kiraan satu.

SENANG DIRI
Kata perintah - Senang..dri
Kata perintah dengan nombor - Senang diri dengan nombor, skuad.up, skuad.satu
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) kedudukan tangan masih lagi rapat dibelakanag penjahitan seluar dengan sebutan up.
2. Bawa keberatan badan ke sebelah kiri dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi dengan jarak dari tumit ke tumit 12 inci, masa itu juga bawa kedua-
dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan kiraan satu.
SEDIA
Kata perintah - Skuad, skuad..sdia
Kata perintah dengan nombor - Skuad sedia dengan nombor , Skuadup
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) kedudukan tangan di belakang punggong dengan sebutan up.
2. Hentakkan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan satu.

REHATKAN DIRI
Kata perintah - Rehatkan.dri
Pergerakan:
1. Lemahkan semua anggota badan dan kepala. Tangan dinaikkan ke atas punggong serentak dengan kiraan satu.

BUKA BARISAN
Kata perintah - Buka barisangrak
Kata perintah dengan nombor - Buka barisan dengan nombor , skuad..........satu dan seterusnya.
Pergerakan:
Bagi barisan hadapan
1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan satu.
2. Kemudian ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan sejauh 15 inci dengan kiraan dua.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan tiga.
Bagi Barisan Tengah
1. Anggota barisan tengah tidak membuat pergerakan hanya diam sahaja.
Bagi Barisan Belakang
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan satu.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke belakang sejauh 15 inci dengan kiraan dua.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelanggan kaki (angklet) dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan tiga.

TUTUP BARISAN
Kata perintah - Tutup barisan..grak
Kata perintah dengan nombor - Tutup barisan dengan nombor
Pergerakan:

Bagi barisan hadapan


1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan satu.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan tolak ke belakang sejauh 15 inci dengan kiraan dua.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak kaki kiri disebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan tiga.
Bagi Barisan Tengah
1. Anggota barisan tengah tidak membuat pergerakan hanya diam sahaja.
Bagi Barisan Belakang
1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan satu.
2. Kemudian ambil satu langkah lagi dengan kaki kanan sejauh 15 inci dengan kiraan dua.
3. Seterusnya angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak kaki kiri disebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan tiga.

BERPUSING KE KANAN
Kata perintah - Bergerak ke kanan, kanan.sing
Kata perintah dengan nombor - Berpusing dengan nombor, kanan pusing.satu dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan satu.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan dua.

BERPUSING KE KIRI
Kata perintah - Bergerak ke kiri , kiri ..sing
Kata perintah dengan nombor - Berpusing dengan nombor , kiri pusingsatu dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan satu.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan dua.

BERJALAN : CEPAT MASA


Kata perintah: Da......ri kanan / kiri, cepat jalan
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit)pacak tumit ke bumi dengan kiraan satu.
2. Setelah itu melangkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) pacak tumit ke bumi dengan kiraan dua.
3. Kemudian mengulang langkah kaki kanan dan kiri dengan jarak yang serupa dengan kiraan tiga, empat dan seterusnya mengikut kehendakh arahan jurulatih.
Penerangan teliti:
1. Semasa melangkah kaki kanan (skuad satu) ke hadapan, lenggangkan tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh. Jari
genggam, ibu jari menghala ke atas dan kedua-dua lengan lurus.
2. Semasa melangkah kaki kiri (skuad dua) ke hadapan, lenggangkan tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh. Jari genggam,
ibu jari menghala ke atas dan kedua-dua lengan lurus.
3. Masa berjalan tegak buka dada, bahu sama rata serta pandangan ke atas sedikit dengan menuju satu tanda 200 meter ke hadapan.
Ingatan:
1. Yang dimaksudkan lenggang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hingga ke hujung tangan.
2. Langkah itu ialah dari pangkal paha ke hujung kaki.

BERHENTI: CEPAT MASA


Kata perintah - Skuad.....ti
Kata perintah diberi - Ketika kaki kiri pacak tumit ke bumi.
Kata perintah dengan nombor - Skuad berhenti dengan nombor, skuad......satu dan seterusnya.
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kanan ke hadapan dan hayun tangan kiri dengan sebutancheck.
2. Selepas itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan satu.
3. Kemudian diikuti dengan pantas angkat kaki kanan dengan ketinggian yang sama dan hentak di sebelah kaki kiri balikkedudukan sedia dengan kiraan dua.
Penerangan teliti:
1. Semasa perbuatan check tangan kiri masih dalam keadaan lenggang separas bahu ke hadapan dan tangan lenggang ke belakang seberapa yang boleh.
2. Bagi perbuatan skuad satu semasa mengangkat kaki kiri, tangan kanan hayun ke hadapan separas bahu dan tangan kiri lenggang ke belakang seberapa yang boleh.
Apabila hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan pantas kedua-dua tangan kiri dan kanan rapat ke belakang penjahitan seluar.
3. Bagi perbuatan skuad dua dengan pantas angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia. (Kedua-dua tangan masih rapat di sebelah kiri dan
kanan)

KELUAR BARIS
Kata perintah - Keluar .......... baris
Pergerakan
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan kiraan satu.
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak di sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan dua.
3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri sejauh 30 inci dengan kiraan satu terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan dua,tiga dan seterusnya bersurai.

PERINGATAN
Tujuan Keluar Baris adalah untuk bersurai sementara waktu sahaja menandakan latihan/aktiviti belum
tamat. Mereka tidak boleh beredar dari kawasan tempat latihan.

Anda mungkin juga menyukai