Anda di halaman 1dari 1

1.

Tesco: Homeplus Subway Virtual Store


a. Apakah matlamat TESCO di Korea Selatan? Matlamatnya ialah menjadi syarikat pasaraya nombor 1 tanpa menambah bilangan pasarayanya yang sedia ada. b. Apakah idea yang telah dicadangkan oleh TESCO? Mereka telah menjalankan kajian dan mendapati bangsa Korea adalah bangsa kedua terajin di dunia. Jadi mereka tiada masa yang banyak untuk membeli belah. Idea yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini ialah menjadi pasaraya yang pergi kepada pelanggan dan bukan sebaliknya. c. Bagaimanakah TESCO memastikan idea tersebut dapat dilaksanakan? Caranya ialah menyediakan pasaraya maya (virtual) yang berupa paparan seperti poster yang menyerupai barangan sebenar di stor di hentian system pengangkutan awam. Pengguna boleh membeli belah dengan mengimbas kod yang terdapat pada paparan dengan menggunakan telefon pintar dan menghantar imbasan tersebut ke laman web pasaraya. pihak pasaraya akan menghantar barangan yang dipesan terus ke kediaman pengguna. Maknanya sekarang pengguna tidak perlu membazir masa membeli belah di pasaraya sebenar dan boleh melakukannya di mana-mana pada bila-bila masa. Masa menunggu adalah masa membeli belah. d. Apakah kebaikan yang dinikmati oleh TESCO selepas idea tersebut dilaksanakan? Kesannya pembelian secara online telah meningkat secara mendadak. Seramai 10287 orang pengguna telah menggunakan perkhidmatan ini. Manakala pengguna baru telah meningkat sebanyak 76% dan jualan online telah meningkat sebanyak 130%. Keadaan ini telah menjadikan Homeplus (TESCO) sebagai pasaraya no 1 di Korea Selatan dan menghampiri kedudukan yang sama untuk pasaran offline ( pasaraya biasa )

Anda mungkin juga menyukai