Anda di halaman 1dari 3

Asas Perbarisan

1) 2) 3) 4) Masuk Baris Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan. Semua ahli pengakap masuk baris. Sedia Berdiri tegak. Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm. Senang Diri Bukakan kaki kiri ke kiri. Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung. Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya. Rehatkan Diri Seperti senang diri. Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

Klik pada pautan baca lagi...


5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan. Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak. Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke muka pengakap di kanan. Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain. Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan. Ke kanan/ kiri Pusing Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90 ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia. Kebelakang pusing Seperti dengan ke kanan pusing. Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180. Buka Barisan Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan. Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang. Tutp barisan Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang. Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan. Langkah Ke Sebelah Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri. Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri. Paras a) Paras ahli tinggi di tengah b) Paras ahli rendah di tengah c) Paras ahli tinggi di kiri d) paras ahli tinggi di kanan Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) : # yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan paras # nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3 )

6) 7) 8) 9) 10) 11) -

# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 ) # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6) # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan) # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke kiri, barisan genap dan ganjil paras. # Jadikan 3 barisan cepat jalan. 12) keluar Baris diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya. Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah. 13) Bersurai Sama seperti keluar baris. Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

PELAJARAN 1 : SEDIA Kedudukan sedia (Pertunjukan dan penerangan ) Kedudukan Sedia ..tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 70cm; lutut tegang, badan tegak dengan berat seimbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa kebelakang supaya dapat berada dalam keadaan biasa dengan tiada menyusah atau mengeraskan badan. Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan, pergelangan tangan lurus, tapak tangan tutup (bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan kebelakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar baju dan memandang terus kehadapan. PELAJARAN 2 : SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan) Biarkan kaki kanan tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang angkat kaki kiri ke hadapan, bengkok lutut, peha paras bawa kaki kiri ke sebelah kiri hentak ke bumi. Jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 32cm, pada ketika yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kiri supaya berat seimbang. SEDIA DARI SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan) Angkat kaki kiri ke hadapan bengkok lutut peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia, pada masa yang samabawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia. Dengan teriakan "UP!". PELAJARAN 3 : REHATKAN DIRI (Pertunjukkan dan Penerangan) Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa ( 1 - 2 - 3 rehat ) Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakkan kaki. Peringatan: a. kecuali dalam perbarisan-perbarisan tertentu , satu tangan bolehlah digunakan untuk membetulkan pakaian dan lain-lain. b. Dengan hukuman Skuad kedudukan senang diri hendaklah dilakukan semula. Ini adalah hukman yang tak ada amaran sebelumnya. PELAJARAN 4 : BERBARIS DALAM TIGA BARISAN (Pertunjukkan dan Penerangan) TIGA BARISAN - DI HADAPAN SAYA - GERAK. Peserta berbaris dalam tiga barisan ( hadapan , tengah dan belakang) 70 cm. jarak di antara baris dan jarak jauh satu tangan ( dengan jari digenggam) di antara seorang. Peserta itu berdiri rehat. (rehatkan diri) Peringatan: a. Perkataan hukuman di atas adalah mencukupi buat latihan permulaan.

b. Semasa berbaris dalam tiga barisan kadang kala ada kekosongan barisan. Kalau kekosongan 2 orang duduknya difail no.2 dari kiri barisan tenganh dan belakang, kalau kosong seorang duduknya di fail no.2 dari kiri barisan tengah. PELAJARAN 5 : MELURUSKAN BARISAN ( 2 PERGERAKAN ) LURUS BARISAN DENGAN NOMBOR. 1. Ke kanan lurus - Satu. Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kanan jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan ke atas, penggengam tangan kena bahu orang di sebelah kanan/kiri 2. Skuad - dua. Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan, tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya. Dengan pantas, orang di sebelah kanan barisan tengah dan belakang tentukan jaraknya kebarisan hadapan 70cm. 3. Pandang hadapan. Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan lengan lurus.

Anda mungkin juga menyukai